Pakai Bedak Nyonya Je! Tu Amalan Wanita Ni Jaga Kulit Wajah Kekal Mulus.

Share

Bagi anda yang lahir pada sekitar tahun 70an dan awal 80an  pasti kenal dan pernah menggunakan produk kecantikan nan satu ni yang dahulunya sangat popular di kalangan nenek-nenek kita.  Bedaknya berwarna putih berbentuk empat segi dan diluar bekas ditampal wajah seorang wanita Cina. Dan umumnya kita katakan bedak tersebut adalah ‘Bedak Nyonya’!

Namun bagi anak muda masa kini mungkin bedak ini tidak lagi terkenal  masa zaman dahulu dek kerana banyak lagi produk-produk kecantikan ada di pasaran masa ini.  Jadi apa kata kita baca perkongsian Marina Seringat yang telah menggunakan bedak yang kita panggil ‘bedak nyonya’ ini untuk masalah jerawat yang dialaminya. Jom semak!


 Tips kurangkan pertumbuhan jerawat yang suka tumbuh tanpa rela!

Kita suka pandang rendah bila tunjuk produk lama. Kadang-kadang yang baru ada kerana manfaat dan kebaikkan daripada produk yang lama.

Bila cakap bedak Samfong aka bedak batu ataupun bedak nyonya memang nostalgik giler kan. Yelah, nilah bedak opah opah kita and ibu ibu kita. Memang lejen sangat. Kalau tengok kulit opah atau nenek kita. Awet mudakan? Gebu kan? Jelita dengan tersendiri kan?

Haaa rahsianyaaaa bedak nilahhhhh!

2 minggu berturut sebenarnya kulit ari tumbuh jerawat. Memang jerawat is biasa. Tapi ni jerawat kecil kecil yang menggerutu. Makin tumbuh tumbuh dan tumbuh. Aduuhh mak aiii, sakit. Asalnya sebab berpeluh dimuka, muka jadi gatal gatal dan menyakitkan

Cari punya cari solusi, ari nekad. Terai bedak nyonya ni. Yess, bedak nyonya ni ari pakai as mask dan juga tak lupa tips sebelum ni tepung dan limau. Memang kerap dan rajin buat dua tips ni.

Alhamdulillahh, getting better. Plussss, kulit jadi makin pelolesss. Heyyyy, rasa nk lompat bintang tau bila skin dah sihat and paling best jerawat makin malu nak tumbuh! Hihih

Okeyyhh tak nak banyak cerita. Ari nak share tips mudah nih!

Bahan-bahan :

1/2 sudu bedak nyonya

Sedikit air suam

Cara-caranya:

1. Campurkan air suam dengan bedak nyonya. Pastikan tesktur tak terlalu cair untuk disapukan pada kulit. (Bau makin harummmm tau tenang je, hilang stress)

 

2. Sapukan pada kulit. Pastikan muka dibersihkan terlebih dahulu.

3. Tunggu kering dalam 15 minit atau semalaman.

4. Cuci dan rasakan perbezaan!

*Amalkan setiap hari kalau busy dan malas bebeno, 3 kali seminggu secara bergilir.

sumber : Marina Saringat