Pakai Baju Kahwin Ibu! Busana Perkahwinan Berusia 18 Tahun Ini Tarik Perhatian Kerana Rekaaan Cantik

Share

Bagi setiap pasangan, pasti mahu majlis mereka meninggal sesuatu kenangan yang bermakna untuk diingatkan sehingga akhir hanyat.

Sebab itulah, ada pasangan yang sanggup berhabis untuk kelihatan cantik dan menarik sewaktu hari tersebut dan sanggup mengeluarkan ribuan ringgit semata untuk memuaskan hati.

Berbeza dengan gadis berasal dari Skudai, Johor ini yang memilih untuk memakai busana berusia 18 tahun pada majlis pernikahannya, 18 Februari lalu yang merupakan busana perkahwinan ibunya,

“Pada awalnya tak terfikir pun nak pakai baju kahwin mak.

“Semestinya untuk hari perkahwinan saya ingin sesuatu yang baharu, tapi mak sampaikan hasrat mahu lihat anaknya yang pertama kali berkahwin pakai baju kahwinnya,” ujarnya yang kini berusia 24 tahun.

Kebetulan, baju sanding yang digunakan ibunya dahulu turut sesuai dengan ukuran badan Azeera.

Bagaimanapun, dia perlu membuat beberapa perubahan terhadap busana itu seperti menambah kain hiasan lace.

“Kebetulan saya memang muat baju tersebut. Rezeki saya Alhamdullilah. Cuma ada penambahbaikan seperti lace di bahagian lengan sebab lengan bajunya pendek,” katanya yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik.

Tambah Azeera lagi, kakaknya juga memilih untuk mengenakan busana nikah ibunya yang berwarna ivory white ketika majlis perkahwinan yang dirancang pada Ogos nanti.

“Alhamdullilah hasrat mak tercapai untuk kedua-dua anak perempuannya memakai pakaian perkahwinan miliknya,” luahnya gembira.

Menurut isteri kepada Azman Mohd Fadzil itu lagi, meskipun baju tersebut dibuat pada 1995, namun kualiti kainnya masih terpelihara.

Tambahan pula, fesyen lengan besar atau puff kembali digayakan.

“Selepas nikah mak hantar ke dry cleaning dan simpan di dalam plastik khas dengan memastikan terdapat pengudaraan.

“Baju tu nampak elok mungkin disebabkan kualiti kain pada zamannya dan tak dinafikan keadaan kain masih cantik serta tidak dimakan usia.

“Kalau tengok pada design pun, zaman sekarang popular dengan lengan tangan puff,” ceritanya yang kini sedang menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor.

Video perkongsiannya telah menarik perhatian ramai. Ramai yang kagum dengan keluarga ini.