Hati mana tak luluh, jiwa mana tak pilu bila insan yang disayang hdup bersama belasan tahun kini pergi buat selama-lamanya. Apatah lagi perginya dalam keadaan yang mengejutkan. Namun ketentuan Ilahi tak siapa mampu menduga. Itulah yang berlaku kepada seorang warga emas yang kematian isteri akibat kemalangan jalan raya. Walaupun begitu, dia melepaskan dengan reda. Apa yang menyentuh hai bila mana dia memaafkan si pelaku.
Itulah yang dikongsikan oleh Siti Nabyelah Ithinin menerusi laman facebook, apabila pemuda tampil bertemu pak cik saudaranya selepas berasa bersalah menjadi punca kematian isteri lelaki itu.
Suasana pilu menyelubungi pertemuan tersebut, lebih-lebih lagi mereka berpelukan dan masing-masing tidak dapat menahan rasa sedih dan mengalrkan air mata.

“Pak Cik Saya Minta Maaf.” Tiada Niat Lari Selepas Terlanggar, Pemuda Tampil Mohon Maaf, Ini  Reaksi Suami Arwah.  Sebak!“Ini ka yang melanggar tu?”

“Iya pakcik. Dia la yang terlanggar macik”

“Bukan juga sengaja bah tu…”
Seketika ibu saya mencelah.

Ads

Dengan tenang pakcik berkata
“Ooh.. Iyalah. Apa boleh buat. Dia ada di sana. Kau pun ada di sana”

Sebak rasa hati, betapa tabahnya hati pakcik menerima takdir. Sebak juga rasa hati, terlihat jelas betapa takut, menyesal, dan sedihnya anak muda ini. Bila di minta untuk cerita semula apa yang terjadi. Ambil masa yang lama untuk menenangkan diri. Dengan suara terketar-ketar di ceritakan semula apa yang terjadi. Allahu.. X terbayang perasaan anak muda ini pada waktu dan ketika itu. Hingga ke hari ini masih trauma dirasa. Kesimpulan ceritanya, bukan niatnya untuk lari selepas terlanggar. Cuma terlalu panik dan terlalu takut hingga otak tidak lagi dapat berfikiran waras.
“Pak Cik Saya Minta Maaf.” Tiada Niat Lari Selepas Terlanggar, Pemuda Tampil Mohon Maaf, Ini  Reaksi Suami Arwah.  Sebak!Tertulis sudah Takdir didalam Qada’ Qadar Nya sejak Azali. Tiada dendam, tiada amarah. Namanya juga manusia, tidak terlepas dari silap dan salah. Apa yang pasti setiap ketentuan Allah itu pasti ada hikmahnya. Sabar dan Redha, itulah yang terbaik buat kita sebagai hamba di dunia.

Ads

“Pakcik.. saya minta maaf pakcik… “
Sayu sekali suaranya, air mata mengalir laju.

“Tidak apa, nak. Janganlah fikir-fikir lagi. Tidak apa..”
Di usap-usap lembut kepala anak muda itu.
“Pak Cik Saya Minta Maaf.” Tiada Niat Lari Selepas Terlanggar, Pemuda Tampil Mohon Maaf, Ini  Reaksi Suami Arwah.  Sebak!
Lalu kedua mereka pun menangis deras. Kami yang di sekeliling juga turut menangis simpati. Simpati dengan nasib yang menimpa kedua mereka. Allahu.. Segera ku capai handphone untuk merakam detik memilukan ini.

Ads

Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka berdua di Dunia dan Akhirat. Apa pun keputusan dari pihak polis, semoga tidaklah terlalu berat buat seorang abang yang berkerja keras menanggung adik-adiknya yang masih bersekolah (ibu ayah tidak ada sejak mereka kecil lagi). Seorang abang yang menggalas sepenuhnya tanggungjawab seorang ibu dan ayah. Dialah ibu, dialah ayah, dialah abang. Allahu Allah.. remuk hati ini seremuk-remuknya.

Mohon sedekahkan Al Fatihah buat arwah, ROSNAH BINTI HAWA. Moga-moga tenang di alam sana.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI