Sayur pak choy merupakan antara sayuran yang boleh kita tanam di rumah untuk kegunaan dapur. Tak perlu lagi nak beli di kedai. Biasanya kalau nak tanam sayur dari keratan batang yang di beli dari pasar kebiasaanya mesti syaratnya perlu ada akar seperti kangkung dan bayam.
Bagaimanapun berlainan pula dengan sayur pak choy. Ia boleh ditanam dan dibiakkan dari keratan tunggul tak berakar. Biasanya tunggul pak choy ramai yang buang sebab agak keras, jadi selepas ini jangan buang ya! Kita biakkan.
Berikut dikongsikan cara-cara untuk menanam dan membiakkan pak choy hanya dengan keratan tunggul yang tidak berakar.
1. Sediakan medium tanaman yang mempunyai saliran baik dalam bekas yang telah dilubangkan.
2. Selasai potong pak choy itu, rendam dalam air paip biasa selama lebih kurang 30 minit.
3. Selepas direndam, terus tanam pada medium yang telah disediakan. Jangan tanam terlalu dalam. Pastikan bahagian yang berdaun (pucuk) tidak terlindung dengan tanah.
Moga selepas ini kita dapat lebih berjimat membeli barang-barang dapur. Lagi pun bila tanam sendiri, tak perlu risau penggunaan racun serangga dan sebagainya. Tanam sendiri, makan sendiri!
Sumber: Puan Oggy Bungsu cuba