Pajeri menu yang ringkas tapi cukup padu sehingga membuatkan kita makan nasi bertambah-tambah. Masakan pajeri biasanya daripada terung dan nanas. Dinamakan pajeri kerana masakannya berkuah pekat dan bukan berkuah cair.

Bahan utama dan wajib dalam masakan pajeri sudah pasti kerisik dan rempah kari daging. Enak dinikmati bersama gelama masam goreng. Untuk anak-anak, boleh dinikmati bersama telur dadar atau ayam goreng. Kuahnya yang pekat likat, memang enak menjilat jari. Jom kita cuba buat pajeri terung.

Pajeri Terung, Ini Resipi Cara Nak Masak

RESIPI PAJERI TERUNG

Pajeri Terung, Ini Resipi Cara Nak Masak, Kuat Pekat, Likat

BAHAN-BAHAN:

5 biji terung
2 cawan air
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
1 sudu makan udang kering
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 pek kecil rempah kari ikan @ ayam
1 tangkai daun kari
3 sudu makan kerisik
¼ gula melaka
¼ kotak santan

Pajeri Terung, Ini Resipi Cara Nak Masak, Kuat Pekat, Likat

Kuat Pekat, Likat

CARA MEMASAK:

Ads

1. Kisar bawang, udang kering dan cili kering.

2. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar, rempah kari, daun kari, bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga sampai garing dan wangi.

Pajeri Terung, Ini Resipi Cara Nak Masak, Kuat Pekat, Likat

3. Bila bahan tumisan sudah pecah minyak dan garing, masukkan terung dan air. Biarkan mereneh guna api kecil sampai terung empuk.

4. Masukkan gula melaka dan kerisik.

Ads

Pajeri Terung, Ini Resipi Cara Nak Masak, Kuat Pekat, Likat

5.Bila semua bahan sudah sekata, masukkan santan kotak. Perasakan dengan garam dengan secukupnya supaya seimbang rasa masin, lemak dan manisnya.

Pajeri Terung, Ini Resipi Cara Nak Masak, Kuat Pekat, Likat

6. Pajeri terung sedia untuk dinikmati. Enak dinikmati bersama telur dadar atau gelama masam.

Ads

Pajeri Terung, Ini Resipi Cara Nak Masak, Kuat Pekat, Likat

 

Pajeri Terung, Ini Resipi Cara Nak Masak, Kuat Pekat, Likat

Kredit resipi & foto: Umi Watie

Baca artikel lain yang berkaitan: Ringkas Tapi Sedap! Resipi Pajeri Terung Pekat Likat Ni Pasti Jadi Kegemaran

Tanam Nanas Tak Perlu Siram Selalu. Selain Tu Ada Lagi Tips Lain, Tu Kena Tahu!

“Paling Dirindui Pajeri Nanas Sarah. Ya Allah Sedapnya.” Shuib Sepahtu Kongsi Momen Sambut Ramadan Bersama Arwah Isteri

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI