Jika anda sekeluarga penggemar pajeri nanas, tentu anda perasan ada pelbagai cara untuk menyediakan masakan ini. Umpanya setiap kali memasak, ada orang perlu ada santan pekat untuk pastikan kuahnya menjadi pekat dan berasa. Namun ada juga yang suka rasa cair dan memilih menggunakan santan cair.
Tidak dengan itu, ada juga yang menyediakan pajeri ini tanpa menggunakan santan sekali pun tetapi rasa masakan pajerinya cukup menyelerakan. Kuah rasa berempah, pekat dan cukup rasanya.
Ini seperti mana resipi yang dikongsikan oleh Norfadilah Ibrahim di salah satu group masakan di facebook. Perkongsiannya itu menarik perhatian warganet hingga ramai teruja untuk mencuba menyediakan menu pajeri tersebut.
Jadi buat anda yang ingin mencuba sendiri untuk menyediakan menu pajeri yang dimasak tanpa santan, boleh cuba rasa sendiri keenakan rasanya dengan menggunakan resipi yang dikongsikan ini.
Pajeri Nanas Tanpa Santan
Bahan A (menumis )
Bawang besar 1/2 biji
Bawang putih 2ulas
Bunga lawang 2
Kulit kayu manis 1batang
Bahan B (dikisar )
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 3 ulas
Ikan bilis
Bahan C
Rempah kari daging 2 sudu makan
Bahan D
Kerisik 2 sudu makan
Garam 1 sudu kecil
Serbuk perasa 1 sudu kecil
Gula putih 2 sudu makan
Bahan E
Buah nenas yang siap dipotong
Cara memasak
1.Panaskan minyak kemudian masukkan bahan A..tumis sehingga garing
2.Dah garing masuk bahan B..kacau-kacau dan biar dalam 3 minit macam tu masukkan pulak bahan C..biar sehingga betul-betul pecah minyak.
3.Rempah sudah masak boleh masukkan air dalam 1/2 cawan.
4. Kemudian masukkan bahan D & E
5.Biarkan seketika tunggu semua bahan sebati..
6.Rasa semua kalau dah ok bolehla tutup api dan dihidangkan bersama nasi panas-panas.
Sumber : Norfadilah Ibrahim
ARTIKEL MENARIK : “Kenderaan Adalah ‘Monster’ Yang Telan Banyak Duit…”-Lelaki Ni Pesan, Ada Betulnya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club