Jika anda sekeluarga penggemar pajeri nanas, tentu anda perasan ada pelbagai cara untuk menyediakan  masakan ini. Umpanya setiap kali memasak, ada orang perlu ada santan pekat untuk pastikan kuahnya menjadi pekat dan berasa. Namun ada juga yang suka rasa cair dan memilih menggunakan santan cair.

Tidak dengan itu, ada juga yang menyediakan pajeri ini tanpa menggunakan santan sekali pun tetapi rasa masakan pajerinya cukup menyelerakan. Kuah rasa berempah, pekat dan cukup rasanya.

Ini seperti mana resipi yang dikongsikan oleh Norfadilah Ibrahim di salah satu group masakan di facebook. Perkongsiannya itu menarik perhatian warganet hingga ramai teruja untuk mencuba menyediakan menu pajeri tersebut.

Jadi buat anda yang ingin mencuba sendiri untuk menyediakan menu pajeri yang dimasak tanpa santan, boleh cuba rasa sendiri keenakan rasanya dengan menggunakan resipi yang dikongsikan ini.

Pajeri Nanas Tanpa Santan

Bahan A (menumis )
Bawang besar 1/2 biji
Bawang putih 2ulas
Bunga lawang 2
Kulit kayu manis 1batang

Bahan B (dikisar )
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 3 ulas
Ikan bilis

Bahan C
Rempah kari daging 2 sudu makan

Bahan D
Kerisik 2 sudu makan
Garam 1 sudu kecil
Serbuk perasa 1 sudu kecil
Gula putih 2 sudu makan

Ads

Bahan E
Buah nenas yang siap dipotong

Pajeri Nanas Tanpa Santan, Begini Wanita Ni Masak Nak Jadikan Kuah Pekat & Terasa Sedap!

Cara memasak
1.Panaskan minyak kemudian masukkan bahan A..tumis sehingga garing

2.Dah garing masuk bahan B..kacau-kacau dan biar dalam 3 minit macam tu masukkan pulak bahan C..biar sehingga betul-betul pecah minyak.

3.Rempah sudah masak boleh masukkan air dalam 1/2 cawan.

4. Kemudian masukkan bahan D & E

Ads

5.Biarkan seketika tunggu semua bahan sebati..

6.Rasa semua kalau dah ok bolehla tutup api dan dihidangkan bersama nasi panas-panas.

Sumber : Norfadilah Ibrahim

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI