Hiburan

Pahit Manis Dalam Poligami, Umisya Kongsi Pengalaman Bermadu

Share

Marissa Dania Hakim iaitu anak kepada selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim menjadi topik hangat netizen sejak berpoligami menjadi isteri nombor dua.

Marissa dikatakan telah bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember lalu tanpa pengetahuan keluarga.

Walau bagaimanapun, dalam keruh pasti ada jernih. Madunya Umisya Mazlan yang merupakan isteri pertama kepada Aslam berkongsi hikmah disebalik pahit manis berpoligami.

 

Umisya berkata dia berasa tenang walaupun rumahtangganya sudah lama menjadi perbualan orang ramai.

“Kalau nak diikutkan saya rasa tenang. Tenang sebab saya ada masa sendiri dan ada masa untuk me time,” jelasnya ketika ditemu bual oleh Hijabista.

Katanya, sejak isu curang suaminya Aslam bersama Marissa, dia banyak terima tawaran bisnes dan juga tawaran menjadi model untuk jenama pakaian tempatan.

Malah, dia tidak menyangka rezekinya akan mengalir sebegitu rupa selepas isu kontroversi suaminya itu.

Walau bagaimanapun, Aslam sudah tampil bersua muka dengan keluarga Marisa ketika Aidilfitri baru-baru ini dan Abby juga terima dengan takdir yang dituliskan.

MESTI BACA: “Kalau Perlukan Mama, Baliklah” Abby Abadi Titip Pesanan Buat Marissa!

Akhirnya Anak Abby Abadi & Norman Hakim Buka Mulut Akui Kesalahan, Minta Jangan Babit Ibu Bapa

‘Baru Semalam Saya Duduk Mengadap Mak, Masakkan Makan, Teman Solat….” Ibu Abby Abadi Meninggal Dunia

SUMBER: Gempak

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my