Berikutan kemelut rumahtangga yang berlaku, akhirnya pelakon Puteri Sarah Liyana mengambil keputusan untuk membuat tuntutan cerai terhadap suaminya, pengarah Syamsul Yusof.
Puteri Sarah selamat tiba di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur kira-kira jam 10.25 pagi untuk memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya itu.
Puteri Sarah yang memakai jubah serta tudung serba hitam itu hadir bersama dua orang adik beradiknya.
“Semalam balik shooting jam 1 pagi dan hari ini sudah bersedia untuk segalanya.
“Pagi ini saya bangun dengan bersemangat,” katanya ringkas kepada media sebelum meneruskan urusannya.
“Alhamdulillah syukur, segalanya sudah selesai difailkan. Saya sangat lega kerana satu beban sudah pun dilepaskan. 10 hari lagi saya akan menunaikan umrah. Semoga saya akan tenang sahaja bila di sana nanti.
“Kalau ikutkan, tahun ini sudah cukup sembilan tahun usia perkahwinan kami. Sebenarnya tarikh 7 Mac yang mahkamah berikan untuk prosiding memang cukup significant kerana 8 Mac itu genap ulang tahun perkahwinan kami.
Ads
“Ia memang satu kebetulan. Alhamdulillah, cukup sembilan tahun saya menjadi isteri kepada Muhammad Syamsul. Nampaknya sudah tiada rezeki perhubungan kami,” katanya.
Tambahnya, dia langsung tidak merasakan apa-apa kerana menganggap ia adalah pengakhiran untuk permulaan 9 tahun lepas.
“Saya tak rasa apa-apa dah. Saya rasa kita mulakan perkahwinan ini 8 Mac dan kita akhiri juga pada 8 Mac,” ujarnya.
Peguam yang mewakili pelakon itu, Datuk Akberdin Abdul kader turut memberitahu yang proses hari ini berjalan dengan lancar.
“Urusan semua berjalan dengan lancar. Kita dah failkan permohonan untuk cerai. Mahkamah telah putuskan tarikh sebutan pertama pada 7 Mac tahun ini.
Ads
“Selepas itu, kita akan serahkan saman kepada defendant, Syamsul Yusof dan dia perlu hadir pada tarikh tersebut. Ini adalah tindakan pertama saya,” jelasnya.
Dalam pada itu, Puteri Sarah juga bersedia untuk melalui proses prosedur yang panjang asalkan telah melalui proses berkenaan.
“Saya tidak kisah jika kes ini berlarutan. Namun apa yang penting saya lega sudah menfailkan penceraian hari ini.
“Malah Syamsul sendiri sudah sedia maklum mengenai perkara ini selepas dia tidak menyekat saya di media sosial lagi.
“Dia ada ajak saya berbincang, bagaimanapun ia belum berlaku memandangkan masing-masing sibuk dengan pengambaran.
Ads
“Dia ada menghubungi saya semalam, tapi saya tidak boleh mendedahkan apa mesej yang dihantar,” ujar Puteri Sarah.
Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin membuat tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu yang dikatakan tidak menemui jalan perdamaian.
Malah enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah kali kedua dengan Ira Kazar di Thailand, baru-baru ini.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Tular di media sosial berita mengenai bayi tertukar di sebuah hospital swasta telah menarik perhatian masyarakat Malaysia. Bagaimana kedua ibu bapa ini telah menemui bayi sebenar setelah menghubungi pihak hospital.
Mujur kejadian ini disedari kedua ibu bapa bayi berkenaan. Bimbang jika sebaliknya ia akan melibatkan nasab keturunan. Moga kejadian ini jadi iktibar buat yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi.
Allah terima kasih satukan kami , automatik kami dah jadi family . siti tak sangka Allah mcm aturkan nama baby pon Aisar & Aiman . kami baru lepas di interview Buletin TV3 yg akan bersiaran malam ni.
Syukur suami terdetik hati nak lihat tag nama bayi
Terbaru menerusi berita di Buletin TV3 hari ini siaran 13 Jun 2021, kedua ibu ini telah ditemubual mengenai perasaan setelah dibertemu kembali bayi sebenar mereka. Suasana kelihatan emosi apabila kedua-dua melahirkan rasa sayang kepada bayi berkenaan kerana telah menganggap seperti anak sendiri.
Menerusi temubual berkenaan puan Siti Suriani Wahiddin, 23, atau Siti Jamumall melahirkan rasa syukur apabila suaminya terdetik untuk melihat tag nama yang dipasang pada bayi berkenaan.
“Ya, Allah kalau Engkau tak jentik hati suami saya untuk tengok nama tu, sampai bila-bila aku tak jumpa anak aku.”
Tengok bayi sendiri tapi teringat bayi puan Siti
Manakala Diana Hanani Abdullah, 23 hanya menyedari setelah dihubungi oleh pihak hospital.
Beliau yang melahirkan anak secara pembedahan yang sama sehari sebelum Siti Suriayani berkata kejadian itu membuatkan emosinya terganggu.
“Suami mengelebah cari balik gelang tu. nasib baik sampah tu belum buang lagi. Memang betul nama puan Siti Suriayani.
“Kami baru teringat yang kami ada ambil gambar anak hari pertama, kami fikir muka tak sama. Tapi just fikir baby berubah muka.Lagi pun kami ini adalah anak pertama.
“Saya rasa lain sebab saya dah anggap anak puan Siti tu macam anak saya sendiri. Lagilah pengalaman anak pertama kan.
“Lepas tu, dah dua hari saya dan suami jaga. Balik tu memang kami nangis lah. Tengok anak sendiri tapi teringat anak orang lain.
Menurut laporan ini, mereka dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang mengenai kejadian ini kepada pihak hospital.
Nyata secara tersiratnya, hubungan ibu susuan ini akan kekal berpanjangan. Pasti ada hikmah buat pasangan kedua ibu bapa ini.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen mendapati ramai yang melahirkan rasa syukur setelah kedua pasangan ibu bapa ini telah menemui anak masing-masing.
Menjaga seorang bayi sudah boleh bikin riuh, inikan pula menjaga 5 bayi sekaligus.
Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki warga emas yang dilihat sedang sibuk menjaga cucu-cucunya yang masih bayi pada hari raya yang lalu.
Sedang orang lain sedang sibuk berborak dan menjamu selera, lelaki bernama Tok Aki dilihat cuba untuk menenangkan lima cucu serentak, terdiri daripada sepasang bayi kembar dua, manakala satu lagi adalah kembar tiga.
Bapa kepada kembar tiga, Syed Mohd Faiz Syed Nasir berkata, Tok Aki merupakan bapa saudaranya yang turut dikurniakan dua cucu perempuan kembar berusia tiga bulan.
Menurutnya, video tersebut dirakamkan ketika berkunjung ke rumah bapa saudaranya itu di Simpang Pulai di Pahang, sempena sambutan Hari Raya, baru-baru ini.
“Bapa saudara saya buat pertama kali ada cucu kembar dalam keluarganya. Malam itu saya sekeluarga datang dan bermalam di rumahnya, macam balik kampung.
“Saya ada anak perempuan kembar tiga (triplet). Jadi dia cuba menidurkan lima kembar serentak,”
Lebih mesra disapa Faiz, katanya, anaknya yang merupakan kembar tiga baru berusia 11 bulan dan pertama kali ke rumah Tok Aki.
“Setiap kali raya, saya akan ke rumah Tok Aki. Dia jaga dua cucu kembarnya sejak lahir. Dan malam Hari Raya tu saya bawa tiga lagi bayi kembar.
“Memang terkejut Tok Aki apabila melayan lima bayi kembar serentak. Tok Aki memang rajin menjaga cucu-cucu, dia juga penyayang,” ujarnya yang menetap di Cheras, Selangor.
Bapa kepada lima cahaya mata itu mengakui begitu mencabar untuk menidurkan tiga bayi kembarnya kerana masing-masing sudah pandai meniarap.
“Pergerakan mereka agak cepat menyebabkan sesiapa sahaja akan terkejar-kejar untuk menenangkan mereka. Tambahan pula cucu kembar dua pula baru bangun daripada tidur.
“Anak-anak saya (kembar tiga) pula terjaga daripada tidur di ruang tamu. Jadi, memang riuh masa tu, meraih kampung!”
Walaupun pengalaman baharu pada hari raya, Faiz yang merupakan peniaga air balang menyifatkan bapa saudaranya sebagai seorang yang sangat mesra dengan kanak-kanak dan penyayang.
“Tok Aki orangnya lemah-lembut. Naluri atuk memang sayang cucu-cucu. Bezanya raya tahun ini dia dapat berjumpa dengan lima cucu kembar sekali gus.
“Alhamdulillah dengan adanya Tok Aki masa tu, dapat meringankan sikit beban kami untuk berehat sekejap selepas beraya sepanjang hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Raja pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah berkongsi kegembiraan apabila isteri yang disayangi selamat melahirkan cahaya mata kelima.
Bayi lelaki seberat 2.84 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Shah Alam. Pasangan ini memilih nama Iskandar Rayyan Yamani yang merupakan anak ketiga hasil perkongsian hidup penyanyi ini dengan isteri, Datin Zai Izzati.
“Rabbanaghfirlanaa wa liikhwaninnalladziina sabaquunaa bilimaani wa laa taj’alfii quluubinaa ghilaa lilladziina amanuu rabbannaa innaka raufurrookhiimun.
“Artinya: “Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan dosa-dosa saudara kami yang telah mendahului kami dengan membawa iman, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Allah, sungguh Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.”
“Assalammualaikum.. Alhamdullilah telah lahir anak lelaki saya
“Mohon doa semoga menjadi anak yg soleh .. amin …ALHAMDULILLAH,SELESAI SUDAH.GEMENTAR SEHINGGAKAN AZAN PUN TERSASUL.TERIMA KASIH SEMUA.
Wassalam..
Demikian kapsyen yang dimuatnaik Jamal menerusi laman Instagramnya.
Turut berkongsi berita gembira tersebut adalah anak sulung penyanyi berkenaan, Yamani Abdillah yang memberitahu adik dan ibu tirinya kini berada dalam keadaan baik.
“Syukur dan seronok dapat adik lagi. Tak sangka sebenarnya akan ada adik-beradik yang ramai.
“Ini merupakan satu tanggungjawab besar buat saya suatu hari nanti untuk menjaga mereka,” kongsi Yamani kepada mStar.
Jamal sebelum ini berkongsi mengenai tarikh kelahiran anak ketiganya ini. Dua dan isteri sepakat memilih tarikh 22.02.2022 bagi menyambut kelahiran Iskandar namun ia bergantung kepada nasihat doktor dan kesihatan isteri.
Untuk rekod, Jamal dan Zai mendirikan rumah tangga pada 6 April 2017. Selain Iskandar Rayyan Yamani, mereka juga mempunyai dua anak lain iaitu Nur Azura Yamani, 3, dan El Isaac Yamani, 2.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.