Siapa sangka, mimpi mati lemas yang dialami nya benar-benar berlaku. Hal tersebut dikongsikan oleh rakannya sendiri.
“PAGI tadi, arwah beritahu dia bermimpi lemas, tak sangka pula ia betul-betul menjadi kenyataan dan berlaku hari ini,” kata Mohamad Azim Mohd Zamri.
Mohamad Azim, 16, berkata arwah Mohd Razlan Sabarudin, 15, memberitahu perkara itu kepada rakan mereka, Zafran Zamri, 14, sebelum mereka bertiga pergi memancing di Air Terjun Puncak Janing, Kuala Nerang, hari ini.
Katanya, Mohd Razlan yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Syed Ahmad, dikatakan bermimpi mati lemas sebelum terjaga dari tidur, hari ini.
“Saya baru tahu daripada Zafran mengenai perkara itu dan tak sangka akan kehilangannya.
“Malah, saya kecewa kerana tidak dapat menyelamatkannya walaupun nampak dia terkapai-kapai,” katanya kepada Harian Metro.
Ads
Mohamad Azim berkata, kejadian berlaku pada 9.45 pagi ketika dia datang semula ke tempat dua rakannya memancing di kolam air terjun berkenaan.
Katanya, mereka datang ke situ sekitar 8.45 pagi dengan menunggang dua motosikal dan sebaik sampai, mereka berpecah untuk memancing ikan.
“Saya sudah pesan jangan mandi sebab tempat itu dalam dan mereka kata cuma nak memancing saja.
Ads
“Tapi sebaik saya sampai semula di situ, saya nampak Zafran dan Mohd Razlan tenggelam timbul, namun saya hanya sempat selamatkan Zafran dengan menarik tangannya ke tebing,” katanya.
Mohamad Azim berkata, dia tidak berani hendak terjun untuk menyelamatkan Mohd Razlan kerana mangsa sudah hanyut ke tengah kolam yang agak dalam.
Katanya, dia menjerit memanggil nama Mohd Razlan berkali-kali, tetapi mangsa terus senyap.
Ads
“Tempat kejadian itu berada atas dari tempat orang mandi.
“Saya tak sangka kejadian ini meninggalkan kenangan sedih kerana kami bertiga kawan baik dan tinggal di taman perumahan sama,” katanya.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk tindakan lanjut manakala Zafran masih dirawat di hospital sama.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Noh Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Beliau berkata, mangsa dipercayai lemas dan tenggelam sebelum dibawa naik dengan ke tebing oleh orang awam.
“Rakan mangsa, Zhafran kini dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital berkenaan.
Sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Coretan daripada seorang lelaki bergelar suami ini menarik juga untuk dikongsikan di sini. Setiap baris ayat dan pandangan yang diberikan, menyenaraikan begitu banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh wanita bergelar isteri.
Semoga perkongsian bermanfaat ini dapat membuka mata lebih ramai lelaki bergelar suami menghargai pengorbanan isteri.
Ini coretannya
Ada orang bagi gambar para suami berdiri menunggu isteri di luar kedai. Lihatlah pengorbanan suami katanya. Ya, aku tahu itu melawak saja, tapi nak sebut tunggu isteri membeli-belah sebagai satu pengorbanan, malu rasanya.
Isteri di Malaysia ini, pengorbanannya tak boleh dihitung. Berkorban diri, emosi, impian, cita-cita, duit, hubungan kekeluargaan. Macam-macam, semata-mata untuk suami dan anak-anak.
Awal-awal perkahwinan, sudah berkorban ikut suami ke mana saja yang suami mahu. Tinggal di rumah mertua, tinggal di negeri orang. Satu pengalaman baru yang sukar namun digagahi juga.
Tentang mengandung dan bersalin, tak perlu ceritalah. Muntah, pening, sakit, itu semua kena hadap seorang diri. Kalau dapat suami yang baik, alhamdulillah, ada juga tolong ringankan kerja-kerja di rumah. Kalau tidak, dalam sarat mengandung itu jugalah kena masak, membasuh, sediakan kelengkapan suami serta jaga anak yang lain. Nak minta suami bawakan ke klinik untuk regular checkup pun belum tentu dapat. Terpaksalah bawa kereta sendiri dalam serba kepayahan.
Suami tak cukup duit nak tampung sara hidup, isteri gadai barang kemas. Tak cukup, isteri pergi cari kerja walaupun cita-cita asalnya mahu jadi surirumah. Anak pun terpaksa dihantar ke nurseri sebab tak ada orang nak jaga.
Suami bila nak berhibur atau nak release tension, boleh keluar main futsal, mengeteh dengan kawan-kawan sampai subuh. Isteri nak buat macam itu? Jangan harap. Kalau stress pun pendam sendiri. Nak berbual dengan suami pun, belum sempat cerita satu bab, suami dah berdengkur.
Itu ini dibuatnya
Kadang-kadang isteri berkorban hobi dan minat sebab nak dahulukan suami. Tengok keadaan ekonomi keluarga, tak apalah bagi suami layan hobi dia dulu. Nak sambung belajar, bagi suami habiskan sambung belajar dulu. Nak minta belikan baju baru pun segan, takut nanti suami tak cukup duit.
Awal pagi, isteri dah siap memasak untuk sarapan dan siapkan anak-anak untuk ke sekolah. Rutin mengemas rumah tak berhenti sampai ke malam. Dah malam nak layan suami pula. Anak terjaga pukul 3 pagi, isteri juga yang kena bangun untuk susukan.
Nak balik raya, isteri yang paling sibuk, tak kiralah balik ke kampung dia atau tidak. Pakaian suami, pakaian anak-anak, semuanya sedia tersusun. Baju raya pertama, baju raya kedua, dah diasingkan siap-siap dalam beg dan bergosok. Dapur dan seluruh rumah habis dikemaskan. Kadang-kadang tak tidur malam 2-3 hari sebelum bergerak balik sebab nak sudahkan kerja.
Pengorbanan isteri itu banyak. Setakat suami nak menunggu lama meneman isteri membeli-belah, aku rasa tak padan. Sakit dia beranak pun kau tak mampu nak balas.
“Alah, emo pula. Melawak sikit pun tak boleh.”
Yalah, melawaklah. Orang perempuan memang selalu jadi bahan lawak dan dilawakkan.
Buat lawak tentang orang perempuan tak pandai bawa kereta, tak pandai side parking, tak pandai isi minyak, bersolek berjam-jam, balik raya bawa satu almari baju, nak cari baju sampai pergi 50 kedai.
Yang paling selalu kena, melawak pasal nak kahwin lagi satu.
Sedarlah, selain isteri kau, ibu kau juga seorang wanita.
Apa perasaan kau kalau orang buat lawak pasal ibu kau tak pandai bawa kereta, tak pandai side parking, atau buat lawak pasal ayah kau nak kawin dua? Ada nampak mummy happy?
Dalam Quran kata, “Ar rijalu qawwamuuna ‘alannisaa'”
Orang lelaki itu pemimpin untuk orang wanita, bukannya bermaksud kau boleh perlakukan dia sesuka hati. Tapi pemimpin dalam erti kata penjaga, caretaker, protecter, pelindung.
Maka apa-apa kekurangan isteri, terima seadanya. Keaiban dan kelemahan dia, suami simpanlah, bukan dijadikan bahan lawak. Tampung mana yang kurang, bantu mana yang dia tak mampu.
Ni cara hargai isteri
Nak buat baik pada isteri bukan dengan belikan cincin, rantai, beg tangan, baju, bunga, coklat dan segala material semata-mata. Bahkan yang perlu suami buat setiap hari ialah jaga hati dan perasaan isteri.
Gembirakan isteri, jadi pendengar yang baik. Isteri ada masalah, suami sama-sama selesaikan. Isteri tengah stress, biar dia luahkan pada suami. Nanti dia meroyan dalam media sosial, kau juga yang bengang.
Apa yang isteri minat, asalkan patuh syariah, suami layankan. Paling tidak pun, jangan dihalang. Tunjuklah yang kau ambil berat. Ini bila dia cerita pasal minat dia, kau leka melayan telefon. Kecewa sungguh rasanya.
Dalam perkahwinan ini, suami isteri ada pengorbanan masing-masing. Apabila masing-masing sudah tunaikan tanggungjawab, hormatilah pasangan kita dan hargai jasa dia dalam memastikan rumahtangga kita harmoni dan kukuh.
sumber : Ahmad Affzan Abudllah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu mana yang sanggup melihat anak yang selama ini tidak pernah berenggang dengannya, tiba-tiba rapat dengan perempuan lain. Demikian yang dialami oleh pelakon drama popular, Jasmin Hamid.
Menerusi catatannya di laman instagramnya baru-baru ini, akui Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1997 bimbang dan sedih terpaksa berkongsi anaknya dengan perempuan lain.
“Ini bukan boyfriend saya.. Inilah Big Boss saya uols.. Saya bayangkan satu hari nanti bila Big Boss pulak kat pelamin, mesti saya sedih sebab kena share Big Boss dengan perempuan lain tapi takkan asyik nak berkepit je dengan Big Boss..
Beliau dalam pada itu mengakui bukan cemburu namun itulah perasaan seorang ibu. Malah, bertanyakan adakah hanya beliau seorang yang mengalami perasaan sedemikian.
Biasalah kan naluri ibu-ibu ni, tak sanggup berjauhan dan melihat anak tersayang yang sebelum ini rapat dengan kita tiba-tiba terpaksa berkongsi kasih dengan wanita lain. Itulah naluri seorang ibu kan.
Namun, itulah hakikatnya, apabila anak-anak sudah besar dan dewasa kelak, mereka akan mencari pasangan sendiri apabila tiba masanya.
Perkongsian Jasmin akan hal tersebut mendapat respond dari pengikut di laman sosialnya itu. rata-rata mengakui hal tersebut dan berkongsi rasa yang sama dengan pelakon tersebut.
Doakan yang terbaik untuk anak
rosenah4611Memang begitu lumrah hidup min..anak lelaki seorang bila dh berumahtangga terasa sngt kerinduan pd nyer…dia pun sama tiap kali telefon sy dia akan menangis rindukan sy coz dia mmg rapat ngan sy
daranorlizasaya pun ada sorang anak lelaki ..baru 13 thn ..terfikir juga kalau dia masuk kolej ke bila berkhwn tgll sorang kita ..yg paling takut kalau dah sakit tua siapa nak pakai kan pampers haaa .. kalau boleh nak sihat tak mau sakit ..insyallah
i_am_maharaniixpalah..kita sayangkan anak kita..kalau ada menantu..syg menantu juga..sama..insya allah menantu tidak jd mitos hantu..???
halinashamsudin_Sy juga punya perasaan yg sama. Tahun depan 2 puteri sy akan naik pelamin. Tak dapat nak bayangkan mcm mana perasaan tu. Takut ada gembira ada sedih pun ada. Nak pulak ank ppuan yg akan jadi kepunyaan org. Apapun sbg ibu kita kena doakan yg terbaik utk ank2 kita dunia akhirat.
kdj.zaliBetullah tu kak jasmin..sgt setuju..sy dah lama ada perasaan mcm tu sejak anak lelaki sy bergirlfriend time form 4..??? samapai lah skrg ni
Malah pelakon Zarina Zainuddin turut memberi komen akan hal tersebut.
melda86laparkSedangkan di blue tick je pon dah terasa hati kak….nie kan lagi …haiiii..tak sanggup pula ????..nak bia org lain jaga…takut pula hidup sorang bila dah usia senja nanti…?
zanariahzrSy pun single mom dan ada ank bujang sorang je..tiap kali dia mintk izin nk kuar dgn gf dia..hati sy ada perasaan mcm2…jeles..bimbang..sedih…sbb terasa mcm sy akn ditggalkan??? tp tu la..hati ttp mengalah…dia dh ada kehidupan sendiri
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...