HomeKekeluargaan“Pagi Arwah Meninggal, Tuhan Tak Gerakkan Abang Ipar, Isteri & Anak-Anak Bangun....
“Pagi Arwah Meninggal, Tuhan Tak Gerakkan Abang Ipar, Isteri & Anak-Anak Bangun. Ya Tuhan, Sedihnya Tak Dapat Tatap Wajah Akhir Mak Sendiri.” Sebaknya Baca Perkongsian Ni!
Kisah ini cukup menyentuh hati, bagaimaan seorang anak yang tidak berkesempatan melihat wajah terakhir ibunya sebelum dikebumikan. Inilah realiti pada zaman ini, kebanyakan anak-anak sibuk dengan urusan sendiri sehingga mengabaikan ibu bapa.
Semoga kita semua mendapat pengajaran daripada apa yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Mokhtar ini.
Ada yang menganggap dengan menghulurkan duit belanja setiap bulan sudah memadai, sebaliknya ibu bapa ni bukan hanya nakkan duit tetapi perhatian dan kasih sayang dari seorang anak. Nak nak lagi dalam usia yang sudah lanjut ini. Semoga kisah ini tidak berlaku dalam kehidupan kita sekeluarga.
Pagi tadi saya sarapan dengan seorang kawan. Dia baru kehilangan mak mertua dia 3 hari lepas. Meninggal sebab sakit tua.
Dia tak kelihatan sedih sangat. Agaknya sebab sebulan lebih arwah sakit dan terlantar, dia dengan isteri yang jaga di rumah. Memang sebulan sebelum tu, arwah datang ke rumah.
Dah jadi rutin, 4 bulan duduk rumah dia, sebulan balik kampung. Lepas tu datang balik. Begitulah.
Jadi datang yang kali ini, arwah sakit kuat. Lepas sebulan meninggal. Dia kata Tuhan mudahkan urusan arwah. Meninggal jam 3:30 pagi, pukul 11:00 pagi esoknya selesai kebumi.
Ads
Kejiranan taman dia tinggal di Shah Alam sana sangat membantu. Pukul 3:45 pagi dah ramai bantu itu ini. Syukur dia kata.
Cuma dia terkilan 1 perkara.
“Agaknya Tuhan nak tunjuk benda ni dekat mata aku sendiri. Aku cerita ni kita ambil lah pengajaran,” dia berubah ke nada serius.
Saya mendekatkan muka. Nak dengar betul-betul.
“Tentang abang ipar aku. Duduk tak jauh pun. Dekat Sepang sana. Tapi tak selalu datang ziarah masa arwah sakit. Padahal dekat.”
Nak jadikan cerita, pagi arwah meninggal tu, Tuhan tak gerakkan abang ipar dia bangun tidur. Bukan dia sahaja, isteri dan anak-anak dia pun tak sedar.
Ads
“Aku telefon dia ni berkali-kali. Missed calls aku sahaja dekat henfon dia 21 kali. Langsung dia tak angkat.
Biasanya dia akan bangun sembahyang subuh. Pagi tu seorang pun tak sedar,” dia sambung.
Entah pukul berapa abang dia sedar, dah berpuluh missed call, siap ada mesej baru dia dapat berita mak dia dah tak ada.
Bersiap dari Sepang ke Shah Alam, sampai ke tanah perkuburan jenazah dah siap kebumi. Dah habis tahlil pun.
Ya Tuhan. Sedihnya. Dia tak dapat tatap wajah akhir mak sendiri.
Ads
Banyak kali kawan saya ulang, “padahal dia dekat sangat. Famili dari Kuala Kangsar sana pun sempat sampai pagi tu.”
Kawan saya kata, pada dia itu didikan Tuhan. Kalau kita tak nak sangat jumpa dan ziarah mak kita, nanti Tuhan pisahkan betul-betul.
Sampai tak sempat nak tengok langsung. Allahu.
Saya yang mendengar pun sedih. Terus terbayang muka Ummi. Nak menangis pun ada.
Kawan-kawan,
Selagi orang tua kita ada, ziarahlah selalu. Andai jauh dan kalian tinggal berjarak, hubungilah selalu. Kita tak tahu sampai bila Tuhan bagi peluang untuk kita khidmat ke ibu bapa kita.
Begitulah.
Firdaus Mokhtar, Masih bersedih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Melegakan batuk selain disarankan doktor perlu makan ubat, tidak salah juga kiranya kita mencuba rawatan alternatif ini dengan mengamalkan makan madu bersama bawang.
Mungkin ada yang belum tahu petua ini, pun begitu menurut perkongsian daripada Mya Ja’amat, petua ini juga telah dishare oleh Dr Rizal Abu Bakar.
Untuk itu, ketahui bagaimana cara penyediaan ramuan untuk merawat batuk secara alami ini.
UBAT BATUK SEMULAJADI DENGAN BAWANG MERAH DAN MADU SAJA.
Hai uolls. Hari ni sis Mya nak share satu petua untuk hilangkan batuk. At least kurangkan batuk dulu la. Slowly kang dia hilang la. Atas izin Allah.
Petua ni selain dari buku yang sis Mya baca, Dr Rizal Abu Bakar pun pernah share. Beliau kata kalau kita makan ubat batuk dari klinik tu salah satu side efek dia akan menggangu perkembangan otak.
“Pengambilan ubat batuk menyebabkan bahagian otak yang menjadi paksi untuk belajar, membuat keputusan, perancangan dan pengurusan emosi menjadi tidak aktif. ” – Dr Rizal
Pendek kata otak jadi lembab.
Adeh seriau plak iolls baca.
Yang sesekali batuk tu takpe la kan. Yang jenis batuk lama tu kene jaga la. Selain petua petua lain yang sis Mya penah share. Serius ye petua yang ni agak cepat jugak keberkesanan dia. Mungkin serasi kot ngan sis Mya kan. Okay nah nak buat dia senang je.
Cara cara dan bahannya :
1- 1 biji bawang merah – kalo ikut dr Rizal bawang bombay atau holland. Tapi bawang merah pun kira ok la kan.
2- Potong 2, guna sebelah je. Dan leraikan bawang tu. Potong potong boleh.
3- Campurkan 1 atau 2 sudu madu asli. ( sis Mya guna 2 sudu madu)
4 – Biarkan selama sejam atau 2 jam, bagi jus bawang tu keluar.
5- Jus bawang tu akan sebati dengan madu. Nampak lah kan madu tu cam cair cair sikit.
6- Boleh la minum macam ubat batuk. Bantu kurangkan kahak dan batuk. In shaa allah otak kita terjaga sama.
Actually sebelum sis Mya share ni sis Mya dah cuba dulu dalam 2 3 hari ni. Ada sekali tu sis Mya batuk sampai muntah muntah. Sedih tau. Abis keluar segala makanan yang makan sebelum tu.
Elok plak malam tu sis Mya ada bukak telegram Dr Rizal terbaca tips ni. So iolls cuba. Tapi masa sis Mya cuba tu tak sempat pun nak tunggu jus bawang keluar. Sis Mya makan je bawang ngan madu tu terus tawakal la minta Allah kurangkan batuk.
Hehe. Sis Mya pemakan ulam so takde masalah takat makan bawang merah ke bawang putih mentah. Tu iolls kunyah je. Lagipun bawang merah ni manis. Campur plak madu ok je la boleh kunyah dan telan tanpa nasi pun.
Pastu pagi tadi terkedek kedek bukak buku rupanya memang ada petua ni. Dalam buku tu siap boleh campur gula. Tapi sis Mya pilih jalan selamat lah. Madu je.
Tidak lama lagi kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Selain sibukkan diri dengan amalan ibadah seperti solat terawih, biasanya minggu-minggu terakhir bulan Ramadan akan digunakan untuk mengemas dan membersihkan kawasan rumah terutamanya di bahagian ruang tamu dan ruang makan.
Salah satu ruang yang penting adalah tingkap dan cemin kaca untuk mewujudkan ruang pengudaraan dan pencahayaan rumah yang baik. Namun wujud masalah apabila pintu dan tingkap kaca kotor akibat daripada kesan titisan hujan dan debu halus yang melekat. Secara tidak langsung anda pasti akan melakukan pembersihan cermin dan pintu kaca secara rutin untuk memastikan ia sentiasa berkilat dan bersih.
Sudah tentu kita mahu cermin kembali berkilat dan bersih. Ikuti tip berikut.
Surat khabar lama
Ambil surat khabar lama. Celupkan dalam air. Ramas-ramas kemudian perahkan airnya sedikit. Kemuaian lapkan pada cermin tingkap. Selepas itu laplah dengan kain kering.
Tepung Jagung
Ambil setengah cawan tepung jagung dan bancuhkan dengan dua cawan air. Kemudian gunakan air tersebut sebagai bahan pencuci dan pengilat cermin dengan cara lapkan bancuhan tersebut ke atas permukaan kaca atau cermin dengan menggunakan span.
Cuka
Cuka adalah merupakan bahan pelbagai guna yang sangat berguna. Sangat berguna sebagai bahan dalam resepi masakan dan begitu juga buat cermin yang kita nak basuh. Hanya dengan campuran separuh air dan separuh cuka sudah cukup untuk digunakan pada cermin. Cuma ianya disarankan untuk kegunaan cermin luar kerana selepas cucian ianya akan meninggalkan sedikit bau.
Ubat gigi
Siapa sangka ubat gigi juga boleh mengilatkan cermin dengan cara meratakan sedikit ubat gigi pad apermukaan cermin dan biarkan seketika. Kemudian bila kering, lap bersih dengan kain dan kesannya cukup berkilau.
Kegembiraan hanya sementara, kesedihan pula menerpa. Begitulah situasi yang dialami oleh graduan ini ekoran penemuan mayat ayah tercinta setelah hilang dilaut baru-baru ini. Khabaran duka itu, mengejutkan anak mudah ini bertapa, kasih sayang ayah hingga hujung nyawa. Mencari rezeki demi membesarkan dan memberikan pendidikan kepada anak tanpa menghiraukan bahaya mendatang. Sebak dengan perkongsian Faiz Mechi yang merakamkan momen berlatarbelakangkan pantai dengan memakai baju graduasi bersama arwah ayah dan ibu. Moga arwah ayah Faiz Mechi ditempatkan bersama orang beriman.
APRIL 2018 Dalam beratus-ratus gambar, gambar ini sangat istimewa bagi aku. Gambar sebuah keluarga pesara tentera/nelayan dan suri rumah bersama anaknya. Tiada berlatar belakang kan studio gambar, cuma berlatar belakang di tempat ayahku mencari rezeki untuk keluarga.
Terukir senyuman kedua ibu ayah ku ketika ini. Anak yang dibesarkan dari kecil hingga dewasa kini telah menamatkan pelajaran di universiti. Ayah dan ibu lagi bertambah gembira kerana aku telah mendapat pekerjaan tetap ketika ini. Sekarang aku dah boleh berdikari dan membalas jasa ibu ayah aku semula.
Namun ia hanya hasrat yang sementara. 28 November 2018, tersentak hatiku mendapat berita ayah hilang di lautan ketika mencari rezeki untuk keluarga.. Allah.. 2 hari aku menanti ayah, namun ayah tidak dijumpai oleh pasukan menyelamat. Berkat rezeki doa dan takdir Allah S.W.T., ayah timbul di permukaan jam 12.45 pagi setelah 2 hari misi pencarian. Allah takdirkan seorang nelayan untuk menjumpai ayahku di lautan. Ayah selamat dikebumikan pada waktu Asar, Hari Jumaat, 30 November 2018.
Terima kasih ayah sebab membesarkan Faiz sampai ke hari ini. Segala pesan dan ilmu yang ayah berikan Faiz tak akan lupakan. Faiz dan Salmi janji akan jaga ibu sampai bila-bila.
Saya Muhammad Faiz Bin Md Rasid, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dalam mencari ayah dan juga mendoakan arwah ayah saya. Maaf kepada semua pihak kerana saya tidak dapat reply semua ucapan di whatsapp dan sosial media namun saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga atas keperhatinan dari tuan2 dan puan2 sekalian. Segala jasa baik tuan2 dan Puan2 tidak dapat sy balas. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas jasa baik tuan2 dan puan2.
Assalamualaikum
Al-Fatihah PW U 1 (B) Md Rasid Bin Md Jizan (1966-2018)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...