TRENDING

Padu Mamu! Sharnaaz Sah Pemilik Kelab Bola Sepak

Share

Tak sangka, ayah Jebat Jayden betul-betul hebat! Pelakon terkenal tanah air Sharnaaz Ahmad membuat kejutan apabila diumumkan sebagai pemilik kelab bola sepak amatur Carabat FC yang bakal beraksi dalam Liga Selangor (FAS League)

Ini disahkan menerusi laman sosial rasmi Carabat FC yang memaklumkan Sharnaaz adalah pemilik pasukan itu yang ditunjangi pemain muda.

Pelakon  ini yang merupakan anak kepada Dato Basir Ahmad di mana ibunya juga berstatus Dato iaitu Malina Putih yang merupakan usahawan di Pulau Pinang diketahui amat meminati sukan bola sepak dan pasukan terbabit ditubuhkan untuk dijadikan sebagai platform kepada pemain amatur mempamerkan bakat mereka.

“Penubuhan kelab didorong oleh semangat kesukanan dan keinginan untuk menyediakan platform untuk pemain berbakat untuk mempamerkan kebolehan mereka.

“Dengan tumpuan kepada kedua-dua prestasi kompetitif dan pembangunan pemain, Carabat FC berazam untuk berada di peringkat lebih tinggi dalam bola sepak Malaysia.

“Saya harap kami boleh mencapai lebih banyak kejayaan dalam masa terdekat dan membuat penampilan sulung kami dalam Liga Super FAS,” kata kenyataan rasmi Sharnaaz.

Carabat FC baru beraksi dalam satu perlawanan dan mereka bakal menentang Bangi City untuk aksi persahabatan kedua pada 19 Oktober ini di KV Arena, Shah Alam.

Mengikut rekod, pelakon popular Rita Rudaini tampil sebagai selebriti wanita pertama negara ini menubuhkan kelab bola sepak pada 2018.

Rita menubuhkan kelab bola sepak RR Cougars FC pada pertengahan tahun 2018 demi cintanya terhadap sukan bola sepak sejak dulu namun ia lebih kepada pembangunan kerana hanya disertai pemain berusia 5 hingga 10 tahun.

Sumber: Harian Metro