
Bagi yang rajin mengikuti perkongsian pelakon cantik manis Faezah Elai, dia rajin memuatnaik kisah anak-anaknya.
Malah kepetahan anak sulungnya, Dealova Heyrinna yang fasih bertutur dalam bahasa Inggeris membuatkan ramai yang kagum.
Terbaru menerusi laman akaun Instagramnya, dikongsikan satu lagi video baru Dealova yang sedang belajar bahasa Mandarin secara online. Kelihatan bacaan Dealova begitu lancar sekali.
Rupa-rupanya Dealova juga boleh bercakap dan membaca dalam bahasa Mandarin selain bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Faezah juga mendedahkan anaknya ini fasih berbahasa Inggeris sejak masih kecil lagi.
“She speaks and read mandarin too..So tak kan lah dia tk tau ckp melayuu!!!!!
“English fluency is not something that impressive anymore these days,almost 80 percent of children today are fluent in english.. english ni lg mudah compared dgn bahasa melayu..
“Cheq share previous video Dealova bout tips nk naik flight bukan nk tunjuk english dia konon power.. tk terlintas dlm otak pon..she speaks with that accent drp kecik.. klu betoi nk tunjuk,masa umoq 2 taun ku dh tunjuk!!
“Yg dok kalut kata ckp arab tau dak? Mengaji tau dak? Ehhh cheq ni share bideo anak 6 bulan sekali pon payah.. ibadah aku pon tk penah share ni kan pulak anak2..my ibadah it’s between me and Allah..
Haihhh… cuba belajaq jgn busuk peghot..
P/S : And owh,yg dok tanya sekolah,yg dok merapu sendiri konon anak cheq pi international school,ni nk habaq.. Tkdak pasai nk buang duit hantaq pi international school or private school!!
Cheq hantaq pi sekolah kerajaan sajooooo!!! Convent Girls!!! Jgn dok pandai2 naaa buat pitnah kata sekolah org kaya.. we are not rich!! We are comfortable Alhamdulillah !! 🙄
CHEQ TK MARAH TAU.. CHEQ NASEHATTT!!!
Menurut isteri kepada pengarah Mohd Heykal Hanafiah, anak perempuannya ini tidak dihantar ke sekolah International atau private school.
Sebaliknya hanya mengikuti pengajian di sekolah kerajaan, ianya mencukupi untuk Dealova dapat belajar dengan baik.
Sumber: faezahelai
ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!
ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’
BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Berat Badan Tak Naik & Ada Tanda Lekukan Di Dada, Rupanya Hidap Jantung Berlubang. Ibu Ni Kongsikan Apa Dah Berlaku!

Ini kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu yang diuji dengan kesihatan anaknya, disahkan mengidap penyakit jantung berlubang. Ibu muda ini telah berkongsi setiap detik sukar yang dilaluinya.
Buat kita yang membaca kisahnya, berdoalah yang baik-baik agar si kecil bernama Nur Ezra Darleena ini sihat dan membesar menjadi anak yang solehah. Amin.
Di sini saya ingin berkongsi kisah Nur Ezra Darleena..
2 ogos 2018 Ezra dilahirkan…Berat nya 3.07kg….discaj selepas 3 hari dihospital sebab czer kan…Berpantang seminggu kat klang, balik la kg halaman di Kuala Kangsar..stlah tu exra dpt kuning yg hmpir lma shgga dkt sbulan gak…
Berat Badan Tidak Naik
Timbang sebulan 3.0 kg di klnik menora…sy pernah bertanya pada nurse situ..ezra nafas cam berombak2 kdg2 laju..dia kata normal,then ok la..then cucuk kuning kat klinik karai..doc kata normal kalau cmtu..
Timbang 2 bulan kat kk rantau panjag klang pd 10.10 seberat 3.42kg….npk stu xnaik byk….then dox cek ad lekuk dibahagian luar kt dada..dia ckp ada systolic murmur(jantung berlubang gtu)..dia suh ambk appmnt..kat hsptal klang….aku tak pergi pon..
16.10 baru pergi sebab doc kk suh pergi jugak ..ezra da berat 3.99kg..hmm mlm tu pergi…ezra oxygen 89% xckup. O2 yg ok 95% ke atas. Kena pakai nasal pronge utk kawal o2 bg jangan penat…sian cucuk xdpt line.. trus ke admit wad 6b..sbb icu pnuh..
Esoknya masuk line sampai 2 jam tunggu..ezra kene puasa..then msuk icu…pakai bypap.pastu buat echo..ezra hidap jantung berlubang…panjang lubang 2.1cm .memang panjang. ..masalah avsd (atrium vntcular septum defect) dia punya aliran masuk tak sempurna. Tu menyebabkan xckup oxygen n manjadi lekuk di bahagian luar dada. Sebab aliran masuk tak sempurna.
Boleh jd sndrom down.. Tapi dia doc tengik bukan kategeri sindrom down…dan jangkitan kuman di paru-paru ada sikit..sebab kahak..
Rutin rawatan
20.10 ezra da semakin ok..pindah wad 6a..rutin dia begitu la…kene cucuk hari-hari, ambik darah..dari brat 3.99kg jadi 3.39kg sebab hari2 muntah.
24.10 diorang kasi sejenis carborie ditambah dalam susu badan saya bagi penambah berat utk ezra…Tapi ezra tak rasi..setiap hari muntah..ye kering dia..kasihan rasanya. Ubat jantung la, antbiotik la, lepastu…masuk icu balik pada 31.10.
1.11 pergi hospital serdang kena pakai ventilator… Lubang ezra echo kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah 2.1cm. Tp pakar kat Serdang kata 1.5cm….kompem avsd.
Then….2.11 ezra genap 3 bulan postponed lah cucuk vaksin…masa 2.11 ezra darah rendah..dari 10.8 turun ke 8,then ok 9.8….masuk darah kedua..jd 11… 7.11 ezra extiubated..pakai bypap semula..tp darah ezra rendah pulak kena masuk darah ke 3.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul
8.11 ezra tak ada suara la…
9.11 ezra terus intiubated balik ventilator. Sedihnya….on la ubat-ubat wayar2 semua…sayu je. Sampai la sekarang masih intiubated ventilator. Sedih sangat tengok wayar sana-sini. Macam menyesal kadang bawak hospital..sedangkan ezra tak ada tanda2 demam sesak nafas. Just nampak lekuk je. Kadang kang tak bawak. Tiba-tiba jadi apa2 menyesal gak..terkadang serba salah.
Allah..setiap hari seksa tengok dia…cucuk sana sni. Line susah dapat.
Keadaan ok stabil la. Pkai bypap. Masa kat wad biasa… Oxygn 5lter turun ke 3, turun ke 2…
Masa 2 tu ezra kahak pulak..suction terus naik smula 5 liter…then…msuk ubat jntung.n kencing semua.
24 Okt start masuk carborie dalam susu i bagi naik berat badan…sebab berat drop ..masa masuk 3.99kg. Then 3.39kg Then stop carborie 3.60kg Sekarang 3.70kg.
Sekarang kat icu lagi…keadaan dia gtu la. Pakai ventilator….doakan ezra ya.
Next Appoitment
Next appmnt 2 jan 2019
Operation akan buat apabila berat ezra dkt 5kg..keadaan stabil.. Dari jantung berlubang..da kena jangkitan paru-paru…semalam jangkitan kuman dalam darah …ikot kan hati i nak larikn anak..Nak tengok ezra pun kena pakai mask, glove & apron.
Apa rasa….anak tu…xdpt cium pulak. Sekarang pun i nak tengok ezra..pn kena pakai sarung tgn,mask n apron..sbb xnk jangkitan kuman bawa kelua masuk…Kalau i sebak xtahan i tgk dari pintu..kalau i kuat baru i duk dekat dia..sedangkan tiap waktu mesti mengaji kat dia dan borak2 bagi smgt..suami dtg tgk pun kami kat pintu sebab xnk memburukkan keadaan dia..momy tau adik kuat…kawan-kawan sekelian..tolong doakan anak ku sembuh dan dapat keluar wad.
Then ibnk bawa berubat kampung..I yakin Allah atur dah jln cerita yang cantik buat i,anak n suami.. Ezra anak yang kuat….momy akan kuat demi anak. Tq daddy selallu ada dengan kami…tq sangat.
Terus Berdoa
Tidak terkata apabila semalam 4.30pm nadi n o2 ezra drop.. Degupan jantung aku mulai terasa debaran…Allah Allah Allah…apa yg berlaku sebenarnya..setelah sejam berlalu.doc pgil n bgtw keadaan EZRA..bederau rasanya ezra tibe2 je jd cmtu..doc trus tkar tiub ventilator yg lain bg mgatasi komplikasi yg lain..takot ad drh atau kahak yg tsumbat pd hjg tiub….
Tekanan drh ezra merundum Ezra msuk darah yg ke4…momy tau adik tengah berlawan skrg..doa momy n ddy sentiasa iringi adik..
Ya Allah,anugerahkanlah ke atas kami penawar drpd penawarMu,dan ksmbuhan dpd kesembuhanMu,juga keberkatan dpdi keberkatanMu,juga rahmat dpd rahmatMu thdp penderitaan penderitaan yg dideritai oleh org yg sakit ini NUR EZRA DARLEENA BT MUHAMMAD FAREZ @missarmwrestler ,juga mereka yg lemah dan sembuhkanlah,sembuhkanlah,sembuhkanlah dgn rahmatMu,YaAllah wahai maha yg paling Mengasihani dpd segala yg Mengasihani.. amin amin amin amin ya rab yaAllah…
Updte terkini:
Bru tye doc
Smlm kn ezra tbe2 je drop,kcing nya pn cm ad drh sikit,pastu doc nk buat scan..
Smlm pn da masuk drh…utk tgk fungsi buah pinggang.. Tpi rni air kcing dia sudah clear,tknan drh pn ok….xperlu buat scan
Posted by Nur Hidayu U on Wednesday, November 14, 2018
Tp doc ckp ni cbaran buat ezra la..kne byk bsbar. Xtray jtung pn mkin beso sbb bengkak…jtg penat bkerja… Mslh dia dri jantung blubang,jgktan kuman kat paru2 n jgkitan kuman dlm drh…tpi jgktan kuman dalam dah..da clear rtu… So skrg ezra pye jtung kn lemah…tekanan pru2 pn kuat..jd ezra kne byk guna daya… Jdi bila jtung xleh pam dgn baik..fungsi oxygen pn ssh utk p ke sluran paru2..jd dia mmg kne bgntung pakai mesin ventilator utk pernafasan dia… Tunggu la keajaiban Allah..tak ada yang mustahil..Tp beno kabo..ezra kuat..dia tengah berlawan penyakit nya….tapi sy sebagai ibu tau ezra kuat n akan sihat nanti ….Amin ya rab
sumber : Nur Hidayu U
Taat Pada Suami, Ganjaran Syurga Menanti Buat Isteri

Setelah sah dua jiwa lelaki dan wanita bernikah, secara automatik mereka digelar suami isteri. Maka di situ juga secara automatiknya si isteri akan berada di bawah tanggungjawab suami.
Siapa yang tidak impikan syurga, betul tak? Bertuah seorang isteri mithali dijanjikan syurga kerana mentaati perintah suami. Nak tahu apa kelebihan seorang isteri mentaati suaminya? Jom tengok perkongsian dari Ustaz Sihabuddin Muhaemin yang di kongsi oleh Ubaidillah Alias di laman Facebook miliknya.
Dalam rumah tangga. Hak suami di atas isterinya mengalahkan hak siapapun setelah hak Allah dan Rasul-Nya, termasuk hak kedua orang tuanya. Mentaatinya dalam perkara yang baik menjadi tanggungjawab yang terpenting seorang isteri kepada suaminya. Gelaran isteri yang mentaati suaminya disebut sebagai Isteri Solehah.
Seorang isteri solehah akan sentiasa menempatkan ketaatannya kepada suami di atas segala-galanya, dan tentu sahaja bukan ketaatan yang dimaksudkan di sini dalam kederhakaan kepada Allah, kerana tidak ada ketaatan dalam maksiat kepada Allah swt.
Isteri yang solehah akan mentaati suami di manapun, dalam situasi apapun, senang mahupun susah, lapang mahupun sempit, suka ataupun duka. Ketaatan isteri seperti ini sangat besar pengaruhnya dalam menumbuhkan cinta dan memelihara kesetiaan suami. Allah berfirman;
فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ
“Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka.” (surah al-Nisa’: 34)
Perkongsian kali ini adalah tentang kelebihan isteri yang baik dalam mentaati suaminya, antaranya ialah :-
(1). SYURGA ATAU NERAKA SEORANG ISTERI DI BAWAH TELAPAK KAKI SUAMI*
Ketaatan isteri kepada suami adalah jaminan syurga baginya. Rasulullah saw bersabda;
إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا ادْخُلِى الْجَنَّةَ مِنْ أَىِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ
“Bila seorang isteri telah mendirikan solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kesucian dirinya, dan taat kepada suaminya, nescaya kelak akan dikatakan kepadanya; Masuklah ke Syurga dari pintu manapun yang engkau suka.” (riwayat Ahmad)
Suami adalah syurga atau neraka bagi seorang isteri. Keredhaan suami menjadi asbab keredhaan Allah. Istri yang tidak diredhai suaminya karena tidak taat dikatakan sebagai wanita yang derhaka dan kufur terhadap nikmat suaminya.
Kenapa wanita banyak masuk neraka? Jawabannya dalam hadits berikut; Ketika selesai Rasulullah saw dari solat kusuf (solat gerhana matahari), baginda saw bersabda menceritakan syurga dan neraka yang diperlihatkan kepada beliau ketika solat;
وَرَأَيْتُ النَّارَ فَلَمْ أَرَ كَالْيَوْمِ مَنْظَرًا قَطُّ وَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ. قَالُوا: لِمَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: بِكُفْرِهِنَّ. قِيْلَ: يَكْفُرْنَ بِاللهِ؟ قَالَ: يَكْفُرْنَ الْعَشِيْرَ وَيَكْفُرْنَ اْلإِحْسَانَ، لَوْ أَحْسَنْتَ إِلىَ إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ، ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ: مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ
“Dan aku melihat neraka. Aku belum pernah sama sekali melihat pemandangan seperti hari ini. Dan aku lihat ternyata majoriti penghuninya adalah para wanita.” Mereka bertanya, “Kenapa para wanita menjadi majoriti penghuni neraka, ya Rasulullah?”
Baginda menjawab, “Disebabkan kekufuran mereka.” Ada yang bertanya kepada beliau, “Apakah para wanita itu kufur kepada Allah?” Beliau menjawab, “(Tidak, melainkan) mereka kufur kepada suami dan mengkufuri kebaikan (suami). Seandainya engkau berbuat baik kepada salah seorang isteri kalian pada suatu waktu, kemudian suatu saat ia melihat darimu ada sesuatu (yang tidak berkenan di hatinya) nescaya ia akan berkata, ‘Aku sama sekali belum pernah melihat kebaikan darimu’.” (riwayat Bukhari dan Muslim ).
(2). TINGGINYA KEDUDUKAN SUAMI DI MATA ISTERINYA*
Rasulullah saw bersabda;
لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لأَحَدٍ لأَمَرْتُ النِّسَاءَ أَنْ يَسْجُدْنَ لأَزْوَاجِهِنَّ لِمَا جَعَلَ اللَّهُ لَهُمْ عَلَيْهِنَّ مِنَ الْحَقِّ
“Seandainya aku memerintahkan seseorang untuk sujud pada yang lain, maka tentu aku akan memerintah para wanita untuk sujud kepada suaminya kerana Allah telah menjadikan begitu besarnya hak suami yang menjadi kewajiban isteri.” (riwayat Abi Daud, al-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)
Hak suami bagi seorang isteri berada di atas hak sesiapapun manusia termasuklah hak kedua orang tua. Hak suami bahkan harus didahulukan oleh seorang isteri daripada ibadah-ibadah yang bersifat sunnah.
(3). DILARANG BERPUASA SUNAT DAN MEMBAWA TETAMU LAIN DALAM RUMAH MELAINKAN DENGAN IZIN SUAMINYA*
Rasulullah saw bersabda;
لَا يَحِلُّ لِلْمَرأَةِ أَن تَصُومَ وَزَوجُهَا شَاهِدٌ إِلاَّ بِإِذنِهِ، وَلَاْ تَأْذَن فِي بَيتِهِ إِلاّ بِإِذنِهِ
“Tidak halal bagi seorang perempuan berpuasa sementara suaminya ada di rumah kecuali dengan izinnya. Dan tidak boleh baginya meminta izin di rumahnya kecuali dengan izinnya.” (riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Jabir ra menceritakan dalam haji wada’, Rasulullah saw menyampaikan suatu pesanan dalam khutbahnya;
فَاتَّقُوا اللَّهَ فِي النِّسَاءِ، فَإِنَّكُم أَخَذتُمُوهُنَّ بِأَمَانِ اللَّهِ، وَاستَحلَلتُم فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللَّهِ، وَلَكُم عَلَيهِنَّ أَلَّا يُوطِئنَ فُرُشَكُم أَحَدًا تَكرَهُونَهُ، فَإِن فَعَلنَ ذَلك فَاضرِبُوهُنَّ ضَربًا غَيرَ مُبَرِّحٍ، وَلَهُنَّ عَلَيكُم رِزقُهُنَّ وَكِسوَتُهُنَّ بِالمَعرُوفِ
“Bertaqwalah kepada Allah berhubung hak isteri-isteri kamu. Kamu mengambil mereka dengan amanah dari Allah, dan kamu halal berhubungan dengan mereka kerana Allah halalkan melalui akad. Hak kamu yang menjadi kewajiban mereka, mereka tidak boleh membenarkan lelaki asing masuk ke rumah. Jika mereka melanggarnya, pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Sementara mereka turut mempunyai hak agar disediakan makanan dan pakaian dengan cara yang wajar, yang menjadi tanggungjawab kamu.” (riwayat Muslim)
ونقل ابن حجر عن النّوويّ قوله؛ في هذا الحديث إشارة إلى أنّه لا يُفتات على الزّوج بالإذن في بيته إلاّ بإذنه، وهو محمول على ما لا تعلم رضا الزّوج به، أمّا لو علمت رضا الزّوج بذلك فلا حرج عليها
“Ibnu Hajar menukil keterangan dari an-Nawawi mengenai hadis ini, bahawa hadis ini terdapat isyarat di mana isteri tidak boleh memutuskan sendiri dalam memberikan izin masuk rumah, kecuali dengan izin suami. Dan hal ini difahami untuk mengelakkan terjadinya hal yang tidak diketahui oleh isteri tentang apakah suaminya redha ataukah tidak. Namun, jika isteri yakin suaminya redha dengan keputusannya, tidak menjadi masalah baginya.”
Sebagai contoh, tetamu yang tidak perlu izin daripada suami yang terdiri kaum kerabat suami atau isteri. Mereka boleh dipersilakan masuk, selama masih mahram dengan isteri. Tetapi untuk tetamu asing, bukan mahram, atau bahkan tidak termasuk keluarga suami mahupun isteri, sementara suaminya tidak ada di rumah maka isteri tidak boleh mengizinkan tetamu itu masuk sewenang-wenangnya. Jika tetamu itu menyampaikan salam, cukuplah isteri menjawab salamnya dengan wajar tanpa membuka pintu. Jika tetamu itu menyedari ada penghuni di dalamnya, dan dia minta izin masuk, cukuplah bagi isteri menyampaikan bahawa suami tidak di rumah dan tidak boleh diizinkan masuk
(4). DILARANG MENJAUHKAN DIRI DARI TEMPAT TIDUR SUAMINYA.*
Dalam hak berhubungan suami-isteri, jika suami mengajaknya untuk berhubungan, maka isteri tidak boleh menolaknya di atas alasan yang tidak munasabah. Rasulullah saw bersabda;
إِذَا بَاتَتِ المَرْأَةُ هَا جِرَةً فِرَاشَ زَوْجِهَا لَعَنَتْهَا الْمَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصبِحَ، وَفِى رِوَايَةِ، حَتَى تَرْجِعَ
“Apabila seorang wanita menghindari tempat tidur suaminya pada malam hari, maka para malaikat melaknatnya hingga ke pagi hari”. Dalam suatu riwayat yang lain disebutkan, “Sehingga dia (isteri) kembali (kepada suami).” (riwayat al-Bukhari dan Muslim).
(5). BERBAKTI DI DALAM RUMAHTANGGA SUAMINYA.*
Di antara kewajiban seorang isteri atas suaminya juga adalah, hendaknya seorang isteri benar-benar menjaga amanah suami di rumahnya, baik harta suami dan rahsia-rahsia suaminya, begitu juga bersungguh-sungguh mengurus urusan-urusan rumahtangga suaminya. Rasulullah saw bersabda;
وَالْمَرْأَةُ فِى بَيْتِ زَوْجِهَا رَاعِيَةٌ وَهْىَ مَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا
“Dan wanita menjadi pemimpin di rumah suaminya, dia akan diminta pertanggungjawaban mengenai amanah yang diurusnya.” (riwayat al-Bukhari).
Justeru itu Allah berfirman;
فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ
“Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka.” (surah al-Nisa’: 34)
Kata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah (maksud), “ayat ini menunjukkan wajibnya seorang isteri taat kepada suami dalam hal berbakti kepadanya, ketika bepergian bersamanya dan lain-lain. Sebagaimana juga hal ini diterangkan dalam sunnah Rasulullah saw.” (Lihat Majmu al-Fatawa 32/260-261)
Berkhidmat kepada suami dengan melayaninya segala keperluan suaminya adalah di antara tugas kewajiban seorang isteri. Bukan sebaliknya, isteri yang malah dilayani oleh suami. Ibnu al-Qayyim berdalilkan ayat di atas, jika suami menjadi pelayan bagi isterinya, dalam memasak, mencuci, mengurus rumah tangga, anak-anak dan lain-lain, maka itu termasuk perbuatan mungkar kerana ia bererti suami sudah tidak lagi menjadi pemimpin. Justeru, kerana tugas-tugas isteri dalam melayani suami-lah, maka Allah pun mewajibkan para suami untuk memberi nafkah kepada isterinya mengikut kemampuan suaminya. (rujuk Zaad al-Ma’aad 5/188-199)
(6). TIDAK BOLEH KELUAR RUMAH DENGAN SUKA HATI MELAINKAN DENGAN IZIN SUAMI*
Seorang isteri juga tidak boleh keluar rumah kecuali dengan izin suami. Kerana tempat asal wanita itu adalah di dalam rumah suaminya. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Ahzab, ayat 33;
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَىٰ
“Dan hendaklah kamu (wanita-wanita) tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu.” (surah al-Ahzab: 33)
Ibnu Katsir berkata (maksudnya), “Ayat ini menunjukkan bahawa wanita tidak boleh keluar rumah kecuali ada keperluan yang mustahak.” (Tafsir al-Quran al-Adzim 6/408)
Dengan demikian, wanita tidak boleh keluar rumah melainkan untuk urusan yang penting atau termasuk membeli keperluan rumah seperti untuk memasak dan lain-lain. Jika bukan urusan tersebut, maka seorang isteri tidak boleh keluar rumah melainkan dengan izin suaminya. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menyatakan lagi, “Tidak halal bagi seorang wanita keluar rumah tanpa izin suaminya, jika ia keluar rumah tanpa izin suaminya, bererti ia telah berbuat nusyuz (derhaka), bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya, serta layak mendapat hukuman dari suaminya.”
Menurut jumhur fuqaha’ (Maliki, Hanafi, Syafi’e, dan Hanbali), nusyuz itu bererti;
هو خروج الزوجة عن طاعة زوجها
“Bahawa ia (nusyuz) adalah keluarnya seorang isteri dari ketaatan terhadap suaminya.”
Semua ketentuan yang telah Allah tetapkan di atas sama sekali bukan bertujuan untuk membatasi gerak para wanita, merendahkan harkat dan martabatnya, sebagaimana yang dilaung-laungkan oleh orang-orang kafir tentang ajaran Islam. Semua itu adalah syariat Allah yang sarat dengan hikmah dan pengajaran. Dan hikmah dari melaksanakan dengan tulus ikhlas semua ketetapan Allah di atas adalah berlangsungnya bahtera rumah tangga yang harmoni dan penuh dengan keamanan. Ketaatan isteri kepada suami pun hanya dibatasi dalam perkara-perkara yang baik sahaja, sesuai dengan kemampuan selama ia tidak mengarahkan kepada maksiat.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (surah al-Tahrim: 6)
“Sakitnya Tangan Kena Cengkam. Rupanya “Contraction” Isteri Dah Mula.” Pesan Suami Ni, Jangan Lupa Buat 6 Perkara Ini Waktu Teman Isteri Tengah ‘Struggle’ Di Labour Room

Saat mahu melahirkan anak, hanya Tuhan yang tahu akan keperitan dan kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh sang ibu. Menahan sakit selama 9 bulan dan kini apabila tiba masa melahirkan umpama nyawa dihujung tanduk.
Jika kelahiran itu berjalan lancar maka tidak akan mengambil masa yang lama, namun jika ia mengalami komplikasi, nyawa ibu dan anak jadi taruhan. Kerana itu, suami harus menghargai jasa dan pengorbanan isteri yang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat anda.
Jika berpeluang, temani isteri di labour room untuk sama-sama memberi sokongan dan menyaksikan sendiri kepayahan yang terpaksa ditempuhi oleh isteri anda. Apa sebenarnya yang berlaku di dalam dewan bersalin dan peranan suami. Jom baca perkongsian dari saudara Akhtar Syamir .
“Suami kepada Cik Nora Azni, sila daftar dan masuk labour room”.
Ayat yang dah 3 hari saya tunggu akhirnya kedengaran. Ini kali ketiga dalam hidup, saya akan menghadapi situasi ini.
Kononnya sudah biasa, dalam hati membayangkan nak tenang – tenang je masuk labour room.
Tapi, baru sampai kat pengawal yang jaga dewan bersalin, saya dah terkial – kial nak isi buku pelawat. Tiba – tiba jadi tak reti nak isi ruangan nama, nombor kad pengenalan dan lain – lain. Pengawal tu pun dah pandang semacam je.
Masuk pintu pertama, saya disambut dengan almari baju putih ala – ala baju doktor. Hampir terlupa bab kena pakai baju nie. Baju disarung dengan peluh sejuk yang mula keluar di dahi. “Ko nie dah kenape? Kawal diri tu sikit”, kata saya kepada diri sendiri. Entah kenapa masa ni ada 2 karakter pulak. Haha.. Baju putih yang ketat di ketiak terus saya sarung sambil menuju ke labour room.
Setelah mendapat kebenaran jururawat, saya masuk dan disambut dengan senyuman si isteri. Belum sakit lagi barangkali. Mesti dia lega saya ada.
“Terima kasih abang sebab sentiasa ada dengan sayang”, kata isteriku sambil tersenyum manis. 3 kali dah saya di sini. 3 kali juga isteri saya bakal merasakan kesakitan yang amat sangat. Rasa bersalah ada, rasa kesian pun ada.
Tangan dia sentiasa saya usap. Dia meminta kebenaran untuk tanggalkan tudung. Tadi nampak jugak 2 orang Doktor pelatih lelaki. Awal – awal masuk tadi kami dah pesan dengan nurse yang kami nak Doktor perempuan sahaja. “Boleh, jangan bimbang” katanya.
Kami ditemani dengan bunyi degupan jantung baby dari salah satu alat di dalam dewan bersalin ni. Alhamdulillah aktif bunyinya. Mungkin baby pun tengah bersedia untuk keluar.
“Puan nak makan ubat tahan sakit tak?”, soal seorang nurse yang baru sahaja masuk. Kami pun macam terpinga – pinga sebab bersalin sebelum ni memang tak pernah ada orang tawarkan ubat tahan sakit. Rupanya disebabkan jantung baby ok dan bukaan baru 4cm. Dia tawarkan ubat tu sebab kemungkinan lama lagi tunggu dan nanti bila dah mula sakit, tak boleh dah ambil ubat tu.
Sambil berbual – bual, saya urut – urut badan dan usap kepala isteri untuk beri dia selesa. Sedar – sedar dia dah tidur. Ubat dah berkesan la tu.
Aduhhhh.. Sakitnya tangan kena cengkam. Rupanya “contraction” isteri dah mula. Saya pun mula rekod masa dan jarak masa bila ianya terjadi. Makin lama makin kerap. Makin lama makin panjang. Makin lama nampak makin sakit.
Masa inilah. Memang masa inilah. Kalau tidak datang keinsafan dalam diri, memang hati tu dah mati. Di depan saya, orang yang paling saya cintai sedang mengalami kesakitan yang amat sangat tanpa saya boleh buat apa – apa pun. Sakitnya sehingga air mata dia mengalir. Bila “contraction” itu berhenti, baru dia lega. Besar sungguh pengorbanan isteri. Fikir saya dalam hati.
Alat sedut gas tu dah macam takde kesan. Kesakitan dah terlalu kuat. Saya panggilkan nurse untuk periksa. Masuk seorang Doktor pelatih perempuan untuk periksa laluan. Baru 5cm katenye. Tapi gayanya macam nak bersalin dah. Lepas Doktor pelatih tu keluar, kebetulan ada nurse lain masuk. Saya pujuk nurse tu supaya periksa balik.
“Eh, dah boleh dah ni. 8cm dah tapi kalau pandai teran boleh je, anak ketiga dah kan?”. Datang seorang lagi nurse. Tapi tiba – tiba masuk dua orang Doktor Pelatih lelaki tadi. Saya terus mintak maaf dan maklumkan yang kami nak perempuan sahaja. Mereka berdua pun faham dan meninggalkan kami berempat dalam tu.
Selepas itu saya dan isteri terus fokus. Sebelum ini kami dah rancang strategi teran yang berkesan. Ini semua hasil daripada apa yang kami lalui semasa anak pertama dan kedua. Antara strategi kami :-
1. Jangan angkat punggung. Nanti akan terkoyak.
2. Jangan teran selagi tak dibenarkan nurse. Buang masa dan tenaga.
3. Jangan teran sikit – sikit. Rugi sebab baby akan masuk balik dan keluar sikit je.
4. Teran dengan kuat dan panjang. Biar kurang bilangan teran tapi sepenuh tenaga dan lama – lama. Ini bakal bagi baby keluar dengan cepat dan tanpa sangkut – sangkut.
5. Jangan benarkan nurse buat episiotomi (potong untuk bukaan lebih luas). Saya kena main peranan tegah nurse kalau dia nak potong. Sebab kami yakin kami boleh buat.
6. Set masa bila nak buat “final push”. Masa ni ialah masa untuk teran habis – habisan. Saya akan bagitau dia masanya dah sampai bila kepala baby dah keluar.
Dan seperti yang dirancang, situasi yang sama berlaku. Tapi kali ni nurse dah pegang gunting dan nak potong. Saya tanya “nak potong apa? Jangan !”. Rupanya nurse cakap nak potong tali pusat sebab takut terbelit. Sebab masa kepala dah nak keluar tu, tali pusat dekat sangat dengan kepala baby.
Bila potong je, terus kepala baby senang nak keluar. Saya pun bagitau kat isteri yang inilah masanya. Dia tarik nafas dalam – dalam dan bersama dengan saya, kami sama – sama keluar suara untuk meneran sepanjang yang boleh.
Nurse pada masa itu sentiasa bagi dorongan positif seperti bagus, pandai dan sikit lagi. Saya pulak berada dekat dengan muka isteri. Hanya dia dan saya je dalam dunia kami sendiri, dia tak dengar dah nurse cakap ke atau bunyi lain. Dia teran, saya pun teran. Ini nampak macam takde ape – ape, tapi sebenarnya amat membantu isteri.
Alhamdulillah, dengan hanya 3 kali teran, Daisy Medina dilahirkan. Saya terus peluk isteri saya dan ucapkan terima kasih dan I love you berkali – kali. Ini juga kali pertama saya tak boleh control tangisan saya. Habis basah pipi dia dengan air mata saya. Syukur sangat segalanya selesai dengan selamat.
Cuma kali ni lepas bersalin, isteri muntah – muntah. Bila ditanya, rupanya ianya kesan dari ubat tahan sakit.
Setelah beberapa ketika menemani dan mengelap muntah isteri dan keadaan sudah tenang, saya diminta tunggu di wad. Perjalanan dari labour room sehingga ke tempat menunggu bagaikan sedang berjalan di dalam taman warna warni. Berbunga – bunga hati saya. Saya rasa masa tu juga kalau diukur, kedalaman lesung pipit adalah yang paling dalam dalam sejarah hidup saya. Hehehe..
Posted by Akhtar Syamir on Monday, 26 November 2018
Jadi, kesimpulannya di sini. Betapa pentingnya kehadiran suami di dewan bersalin.
1. Jangan biarkan isteri anda hadapi saat bersalin bersendirian. Isteri perlukan orang yang paling disayangi di sisi.
2. Wajib jadi penenang kepada isteri. Waktu itu fikiran isteri tidak menentu.
3. Bantu mana yang patut, urut tempat yang lenguh kerana berjam – jam menunggu.
4. Bantu isteri berkomunikasi dengan nurse. Masa tu isteri tengah sakit, suami yang ada kat situ boleh tolong jawab dan tanya info mengenai keadaan isteri dan baby masa tu.
5. Suami wajib jagakan aurat isteri. Bertegas jika perlu. Berlembut jika terpaksa.
6. Ucapan terima kasih dan penghargaan yang spontan sejurus selepas kelahiran baby adalah amat penting. Isteri baru sahaja melalui satu keadaan yang getir dan amat menyakitkan demi kita. Jangan anggap mudah perkara nie.
Semoga dengan penulisan ini dapat memberi sedikit idea mengenai apa yang berlaku di dalam dewan bersalin. Amat baik buat yang belum pernah atau akan melalui saat seperti ini.
Buat yang tidak mampu untuk berada bersama isteri kerana tidak tahan dengan darah, janganlah bersedih. Ini adalah perkara yang di luar kawalan. Berilah sokongan serapat yang boleh.
Buat suami yang tidak dapat bersama isteri kerana bekerja, bertabahlah. Ini ujian buat suami dan isteri. Diharap dengan penulisan ini juga dapat anda faham betapa sakitnya isteri dan betapa isteri memerlukan suaminya pada saat itu. Cubalah sebaik mungkin untuk berada bersama. Rancanglah sehabis baik. In Shaa Allah akan dipermudahkan segala urusan.
Jika anda rasa penulisan ini bermanfaat, silakan SHARE.
Jemput follow saya ? Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.