Menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi berusia 21 tahun Masya Masyitah meluahkan rasa syukur apabila berjaya membeli sebuah lagi rumah hasil daripada titik peluhnya selama bergelar anak seni.
Masya dilihat berkongsi gambar ketika menerima kotak ‘fuse cutout’ sebagai simbolik sudah memiliki kediaman dua tingkat tersebut.
Melihat perkongsian tersebut, rata-rata pengikutnya berasa teruja dan tumpang gembira dengan pencapaian yang dibuat oleh artis kesayangan mereka itu. Siapa sangka anak muda ini bijak mengurus kewangannya, seawal usia 21 tahun sudah mampu memiliki harta yang berharga. Bukan satu tetapi telah berjaya memiliki 2 buah kediaman.
Sebelum ini Masya atau nama sebenarnya Siti Nusmasyitah Mohd Yusoff pernah berkongsi kejayaannya memiliki kondominium bernilai RM300,000 dua tahun lalu. Ketika itu Masya turut berkongsi video dekorasi kediamannya itu di Youtube untuk tatapan peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seninya.
Meninjau di ruangan komen ramai juga yang menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar Masya akan terus dimurahkan rezeki untuk membahagiakan keluarga tercinta.
Sumber : @masyitah_masya
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club