Menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi berusia 21 tahun Masya Masyitah meluahkan rasa syukur apabila berjaya membeli sebuah lagi rumah hasil daripada titik peluhnya selama bergelar anak seni.
Masya dilihat berkongsi gambar ketika menerima kotak ‘fuse cutout’ sebagai simbolik sudah memiliki kediaman dua tingkat tersebut.
Melihat perkongsian tersebut, rata-rata pengikutnya berasa teruja dan tumpang gembira dengan pencapaian yang dibuat oleh artis kesayangan mereka itu. Siapa sangka anak muda ini bijak mengurus kewangannya, seawal usia 21 tahun sudah mampu memiliki harta yang berharga. Bukan satu tetapi telah berjaya memiliki 2 buah kediaman.
Sebelum ini Masya atau nama sebenarnya Siti Nusmasyitah Mohd Yusoff pernah berkongsi kejayaannya memiliki kondominium bernilai RM300,000 dua tahun lalu. Ketika itu Masya turut berkongsi video dekorasi kediamannya itu di Youtube untuk tatapan peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seninya.
Ads
Meninjau di ruangan komen ramai juga yang menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar Masya akan terus dimurahkan rezeki untuk membahagiakan keluarga tercinta.
Tiada manusia yang tidak membuat kesilapan. Mungkin, silap orang senang untuk kita nampak, tapi silap kita, hanya Dia sahaja yang tahu.
Pernah beberapa kali nama tercemar dek kerana kenangan lampau, pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz berkongsi caranya untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik di mata Allah SWT.
Menurutnya, dia mengakui telah melakukan pelbagai kesilapan pada masa silamnya dan berusaha untuk memperbaiki diri.
Disoal pendapatnya mengenai dosa yang pernah dilakukan menjadikan manusia lebih merendah diri, Aliff mengambil contoh dirinya dan memberitahu dengan satu syarat.
“Dosa yang dibuat menjadikan kita rendah diri dengan satu syarat iaitu tiada siapa yang boleh paksa diri kita dan kena jujur dengan diri sendiri.
“Cakap depan cermin, saya buat benda tu. Saya pergi toilet, saya duduk depan cermin dan cakap dengan diri sendiri.
“Awak boleh tipu dengan semua orang, kita memang boleh tunjuk luaran depan semua orang tapi tak boleh tipu dengan orang yang depan cermin (diri sendiri). Awak kenal diri sendiri lebih dari orang lain,” katanya.
Susulan perkara itu, perlu jujur pada diri sendiri dan banyak perkara yang perlu dikorbankan untuk berubah kearah yang lebih baik.
“Persoalannya kita sedia tak nak buat benda tu? Ia tak mudah sebab awak kena buang ego dan alasan dan mengakui apa yang pernah kita buat.
“Hanya dengan mengakui semua benda tu, Allah akan bagi jalan pada kita. Pada pendapat saya, itu berkat kita jujur dengan diri kita. Ia bermula dengan cara tu.
“Duduk dan fikirkan segala dosa yang pernah buat dulu dan salahkan diri sendiri diatas semua kesilapan yang kita buat. Berhenti salahkan orang lain dan bagi alasan pada diri sendiri, Insya-Allah Allah akan beri jalan,” ujarnya.
Tambahnya, diri Aliff yang dulu sering berjanji untuk berubah tetapi sebenarnya dia masih belum bersedia untuk berbuat demikian.
“Macam saya dulu lah, mulut cakap saya janji tak nak buat lagi itu ini, tapi hati taknak buat, sama je kita akan kekal macam tu.
“Sebab tu kalau sekarang orang tanya saya, saya tak berani cakap apa-apa dah sebab saya tak nak jadi mangsa kata-kata saya sendiri kerana saya hanya manusia biasa.
“Saya hanya doa pada Allah kalau perkara ini baik buat saya, dekatkan kalau tak baik, jauhkan,” jelasnya.
Sumber : Xtra
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cenderung berkongsi kisah di sebalik tabir berkaitan kerja-kerja kebajikan yang dilakukan, terkini pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew dengan segera telah menghulurkan bantuan kepada seorang ibu tunggal yang gambarnya tular di media sosial sedang menghantar makanan menaiki motor sambil mengendong anak oku buta.
“Hadiahkan kereta buat ibu tunggal Azimah Rahim yang tular kerja menghantar makanan sambil mengendong anak oku buta.
“Menangis akak terharu dalam kereta hadiah untuknya sambil peluk anaknya dan kata,ya Allah anak rezeki kita. Tak sangka dapat rezeki begini.
“Sebak sayu hati bila ziarah akak ni tadi. Kuatnya seorang ibu demi membesarkan anak dengan kerja menghantar makanan dengan mengendong anaknya,” cerita ustaz Ebit Lew di akaun facebooknya.
Difahamkan bantuan yang diberikan itu, bukan kali pertama. Ini sebagaimana dijelaskan oleh Ustaz Ebit Lew lagi.
“Syukur pada Allah , 11 bulan lalu kami carikan rumah dan kami bayarkan sewa bulanan rumah akak ini dan anak kecilnya sehingga kini. Kami cuba bantu nak carikan pengasuh tetapi anak ini aktif dan tidak mahu orang lain. Beberapa pengasuh tak dapat menjaganya kerana dia perlu perhatian 24 jam oleh ibunya.
“Menangis bila jumpa akak ni. Katanya dari arwah maknya ingin jumpa saya. Setiap hari doakan saya.
“Hari ini kami hadiahkan sebuah kereta supaya akak ni boleh kerja menghantar barang dan makanan menggunakan kereta. Kadang mengambil tempahan membuat mee kari dengan laksa untuk rumah yang inginkan. Beliau pandai masak juga.
“Ya Allah semoga Allah beri kekuatan buat kakak ini bersama anak kecilnya,” doanya diakhir perkongsian.
Sumber : Ebit Lew
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Tadi masa mama belum balik kerja, elok je dia tak meragam. Bila nampak mama macam-macam perangai dia tunjuk ya,” komen papa pada si kecilnya yang mula merengek minta didukung bila nampak kelibat mama.
Pernahkah situasi begini berlaku pada ibu-ibu terutama yang bekerja? Situasi macam ini memang tidak mustahil terjadi. Kalau dengan ibu, si kecil bukan main mengada-ngada dan manja tapi bila dengan ayah boleh pula berdisiplin dan dengar cakap?
Lebih pelik kalau dengan ibu, anak-anak memang susah hendak tidur tapi bila dengan ayah, sekali suruh terus lelapkan mata. Mesti ramai ibu ayah yang perasan akan hal ini kan?
Sebenarnya mengikut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pengkaji dari Jabatan Psikologi University of Washington, prestasi kanak-kanak akan menurun sehingga 800% (8 kali ganda) apabila ibunya berada di dalam bilik yang sama.
Lebih mengejutkan, kajian mendapati jika kanak-kanak berusia 10 tahun dan ke bawah, peratusnya meningkat dua kali ganda menjadi 1600% (16 kali ganda)!
Kajian tersebut dijalankan ke atas 500 buah keluarga yang mengukur kebergantungan kanak-kanak itu, menangis dan merengek, menjerit, percubaan berlaku kasar, terlupa cara untuk berjalan atau bercakap dan bersikap seperti orang bodoh.
Menurut Profesor dalam bidang Perkahwinan dan Psikologi Keluarga, Dr.K.P Leibowitz, dalam kajian tersebut mereka mendapati kanak-kanak yang berumur 8 bulan boleh bermain dengan riang dan gembira tetapi apabila melihat ibunya masuk ke dalam bilik itu, perangai mereka berubah 99.9%.
Mereka mula menangis, melepaskan apa yang mereka pegang dan meminta perhatian ibunya dengan tergesa-gesa. Baki 0.01% pula mempunyai masalah penglihatan, tetapi apabila mendengar suara ibu, mereka mula melemparkan barang dan meminta makanan walaupun sebenarnya mereka baru sahaja makan!
Salah seorang daripada ayah yang terlibat dalam kajian tersebut (mempunyai 3 orang anak) sangat terkejut dengan laporan kajian dan berkata
“Saya selalu tertanya-tanya kenapa isteri saya tak dapat menyiapkan kerja rumah. Rupa-rupanya kelemahannya adalah anak-anak dan dalam masa yang sama magnet mereka adalah ibunya. Ini kerana anak-anak berkelakuan baik ketika dengan saya.”
Ramai suami atau ayah yang mungkin tidak tahu tentang fakta yang ditemui dalam kajian ini kerana si anak cuma buat perangai apabila bersama dengan ibu sahaja.
Kajian ini juga mendapati jika dalam situasi untuk membetulkan disiplin anak-anak, 100% (semua sekali) lebih responsif kepada kata-kata yang diucapkan dengan nada normal daripada seseorang selain daripada ibunya!
Malah untuk mendapatkan respon yang sama pula, seorang ibu dalam kumpulan itu harus meninggikan suaranya pada si anak.
Jadi, lepas baca hasil kajian ini janganlah ayah cakap ibu cepat manjakan anak sampai jadi mengada-ngada. Sebenarnya ibu itu sendiri macam magnet kepada anak-anak. Asyik nak melekat je!
Sumber:ohsemama
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...