Dalam sesebuah perkahwinan bukan hanya didasari dengan wang ringgit semata-mata. Keikhlasan, keprihatinan, kasih sayang dan saling bertoleransi antara faktor penting dalam membuatkan tiang rumah tangga teguh berdiri. Biarpun hidup sederhana namun cukup bahagia.
Apa erti memiliki wang ringgit dan pangkat besar sedangkan rumah tangga hambar, hubungan suami isteri berantakan dek kerana ego dan sebagainya.
Apa yang dikongsikan saudara Syafiq Ridhwan cukup menyentuh hati. Satu contoh pengorbanan seorang isteri dan juga keprihatinan suami dalam melengkapi rumah tangga mereka.
“Bang, kalau saya nak beli handbag tu boleh?”
Saya pandang isteri, selepas itu saya kalihkan pandangan ke arah handbag yang tersusun rapi di atas rak. Handbag berjenama mahal ni semuanya kelihatan cantik.
“Tapi kan awak dah ada handbag” tanya saya semula.
“So tak payahlah ya, duit ni ada banyak lagi nak guna” ujar saya semula. Namun, jauh di sudut hati, saya selalu memasang impian untuk beli. Saya tahu dia teringin sangat.
Sampai hari ini saya masih ingat momen tersebut. Momen ketika awal-awal kahwin dahulu. Bukan handbag, malah apa jua keinginan, semua kami bataskan. Bukan tak ada duit sangat, ada je. Cuma takut-takut duit tu diperlukan bilamana kecemasan.
Ads
Jadi, handbag bukanlah satu keutamaan. Asal ada sebenarnya sudah memadai.
Selepas hampir 4 tahun, bila saya tengok balik handbag yang isteri pakai, masih lagi handbag yang sama dulu-dulu. Handbag yang kami beli longgok depan satu butik ni. Lebih kurang puluhan ringgit sahaja harga.
Dan handbag itu juga menjadi saksi pernikahan kami, elok saja terletak di atas dulang. Tak lupa, handbag ini juga menjadi saksi bagaimana wanita ini melayan saya sebagai seorang suami dengan baik. Bangun pagi buatkan bekal sarapan, siapkan makan malam.
Menjaga anak kami dengan baik, berjaga malam untuk pastikan anak kami dapat tidur dengan lena. Berusaha sehabis baik memastikan anak kami dapat membesar dengan sihat.
Kadang-kadang saya terfikir kerja kuat, dapat duit, untuk apa duit tu dibelanjakan. Adakah hanya untuk membayar hutang. Walhal menggembirakan hati isteri dan keluarga juga salah satu daripada tuntutan agama.
Ads
“Awak tengah cari handbag kan? tanya saya satu hari.
Dan nyaris-nyaris sebenarnya saya terlupa. Tiba-tiba petang tadi,
“Bang, bukalah bungkusan ni” pinta isteri saya.
Bila saya buka sahaja bungkusan, rupanya handbag yang dia minat tu dia dah beli. Tersenyum gembira dia. Mana taknya, handbag jenama ni lah yang dia dok teringin sejak awal kahwin dulu. Handbag nilah yang dia pendamkan rasa sebab beralah untuk benda-benda lain.
Ads
“Nak bayarkan yang mahal-mahal belum mampu tau, tapi kalau ada rezeki lebih, kita cari yang lain pulak nanti” ujar saya bila melihat dia tengah tersenyum gembira.
Pada kita nampak kecil, tapi percayalah, walau sekecil-kecil perkara sekalipun ia sebenarnya cukup untuk menggembirakan hati seorang isteri.
Begitulah,
Kawan tetap kawan, tapi isteri dan keluarga tetap paling utama. Pada akhirnya, mereka inilah yang bersama dengan kita waktu susah dan senang.
Hargailah mereka yang setia bersama dengan kita. Nak gantikan semua kasih sayang dan kesetiaan yang diberi dengan harta benda, belum tentu dapat terganti.
Bila bergelar anak sulung tentu tanggungjawabnya luar biasa. Mana taknya menjadi individu yang menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Nak tahu lebih lanjutnya nikmati bergelar anak sulung, jom lihat perkongsian Taufiq Razif ini
Nikmat Ke Jadi Anak Sulung?
Mengikut kajian manusia Anak sulung lebih tinggi IQ nya Kerana lebih banyak ‘mental stimulation’ nya
Anak sulung juga biasanya Mendapat 100% fokus ibubapanya Seluruh perhatian ibubapa hanya padanya
Anak sulung juga Biasanya lebih terserlah kemampuan memimpinnya Kerana di bawahnya Ada adik beradik yang perlu diawasinya
Tahu tak kita semua Di sebalik kelebihan anak pertama Terselit seribu satu tanggungjawab yang perlu ditanggungnya?
▪️ Anak sulung kena tunjuk contoh terbaik kerana anak sulung adalah idola kepada adik beradiknya
▪️Anak sulung kena belajar menjadi coach kepada adik beradiknya. Mendamaikan ketika ada perselisihan, menenangkan ketika terjadi pertikaian.
▪️Anak sulung kena berlatih jadi ketua rumahtangga, samada rela atau terpaksa kerana mereka lah pemimpin utama selepas ibu dan ayahnya. Ianya persediaan terpenting jika ditakdirkan ibu ayahnya tiada lagi di dunia
▪️Anak sulung kena tahu hukum hakam agama. Kerana selepas ketiadaan ibubapanya, anak sulung lah tempat rujukan utama. Anak sulung lelaki jugalah yang akan diangkat menjadi wali kepada adik beradik di bawahnya!
Taufiq Razif Anak Pertama Dalam 7 Beradik Yang Lelaki Semuanya!
p/s : saya suka kongsi ilmu parenting eksklusif di telegram channel saya. Klik je link ni untuk join ? t.me/NotaTaufiqRazif
p/s : Siapa kat sini anak sulung juga?
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu mana yang tidak terharu dan gembira melihat perkembangan anaknya, demikian juga dengan Puteri Sarah Liyana.
isteri kepada Syamsul Yusof baru-baru ini berkongsi perkembangan anak sulungnya Syaikhul Islam yang kini berusia 5 tahun semakin mahir dalam aktiviti berenang.
“Syaikhul budak yang suka swim”
“Alhamdulillah, Syaikhul start pandai swim dari umur 3 years old .”
“Then at the age of 4 Sarah hire coach bagi Syaikhul pandai lagi.”
Anak sulung kepada pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof akui Sarah, anak sulungnya itu pandai berenang sejak berumur tiga tahun lagi. Justeru dia Dan suami mengambil keputusan untuk mengupah jurulatih terlatih dalam renang untuk menggilap lagi bakat Syaikhul dalam aktiviti renang.
Bukan itu sahaja, , Syaikhul semakin pandai berenang sehingga pada usia seawal 5 tahun sudah ada sijil berenang dan mampu menyelamatkan seorang kawan yang hampir lemas.
“At the age of 5 now dia dah pandai swim sepenuhya and ada certificate!”
“Pernahlah Syaikhul selamatkan kawan dia yang tenggelam.”
“Mama sangat bangga dengan Syaikhul sekarang. Sekarang ni, abang ajar adik swim pulak”,” Kongsi Sarah menerusi kapsyennya.
Setiap kali memasak di dapur pastinya ibu-ibu akan menggunakan pisau untuk memotong sayur-sayuran, buah-buahan serta ikan mahupun ayam. Malah, ia merupakan antara peralatan dapur yang utama dan memudahkan kerja-kerja memasak dilakukan.
Pernahkah anda berhadapan dengan situasi pisau yang digunakan untuk memotong ayam tidak berfungsi dengan baik dan potongan pada bahagian ayam nampak tidak kemas? Itu tandanya pisau anda sudah menjadi tumpul.
4 Kaedah ini mungkin dapat bantu pastikan pisau kekal tajam:
1. Pilih Pisau Anti Karat
Untuk memastikan pisau lebih tahan lama, pilih pisau yang mempunyai bahan anti karat. Pemilihan pisau stainless steel amat baik untuk memastikan jangka hayat pisau tahan dengan lebih lama. Selain itu, digalakkan untuk memilih pisau dari bahan keramik kerana ia memudahkan kerja mengasahnya menjadi lebih mudah.
2. Fungsi Pisau dan Kegunaannya
Mengetahui jenis pisau dan kegunaannya juga penting untuk memastikan ia mampu bertahan dalam jangka masa yang lebih lama. Sebagai contoh, pisau mempunyai berbagai jenis.Jadi, sesuaikan penggunaan pisau untuk tujuan tertentu seperti pisau untuk memotong daging, buah-buahan dan sayuran dan sebagainya. Kaji terlebih dahulu penggunaannya agar anda bijak memilih pisau yang bersesuaian dengan makanan pilihan anda!
3. Kebaikan Mengasah Pisau
Untuk memastikan pisau sentiasa tajam dan berada dalam keadaan yang baik, jangan lupa untuk sentiasa mengasahnya. Pisau untuk memotong daging perlu diasah lebih kerap kerana ia berfungsi untuk kerja-kerja yang lebih berat berbanding pisau untuk memotong sayuran dan buah-buahan.
4. Bersihkan Pisau Setiap Kali Selepas Digunakan
Jangan sesekali malas mencuci pisau yang telah digunakan walaupun sekadar memotong sayuran. Sebaiknya, cuci pisau segera selepas digunakan dengan menggunakan sabun.Kemudian lap sehingga kering sebelum disimpan. Elak menyimpan pisau yang tidak dibasuh dan di tempat yang lembap kerana ia boleh menyebabkan ia mudah karat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.