Kewujudan Persatuan Anak Negeri haruslah dipandang dari sudut yang positif kerana ia diwujudkan bagi menghubungkan masyarakat di negeri kelahiran masing-masing.
Ini terbukti dengan pelbagai program yang dilaksanakan untuk membentuk jati diri anak kelahiran negeri berkenaan.
Biarpun dunia berdepan pandemik COVID-19, ia bukan penghalang bagi persatuan bagi mereaslisasikan program yang bermanfaat untuk ahli.
Bagi Persatuan Anak Bangsa Johor (PABJ), usaha untuk memartabatkan Warisan Negeri Johor tetap diteruskan walaupun berdepan cabaran pandemik.
Menurut Presiden PABJ, Mohsen Hasbollah, penubuhan PABJ adalah merupakan ilham daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor yang juga merupakan Penaung Diraja PABJ.
PABJ ditubuhkan setelah mendapat perkenan DYMM Tuanku dan dengan rasminya diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 30 Mei 2021.
Sehingga kini, PABJ telah mempunyai lebih daripada 100 orang ahli. Penubuhan PABJ adalah bertujuan untuk menyatukan anak Bangsa Johor dan menjadi satu platfom bagi mengukuhkan hubungan sosial, pendidikan, kesenian dan kebudayaan Negeri Johor serta menjadi pemangkin bagi memperkasakan ekonomi anak Bangsa Johor.
PABJ telah mewujudkan tujuh (7) biro iaitu Biro Pendidikan, Biro Keahlian, Multimedia & Perhubungan, Biro Ekonomi & Keusahawanan, Biro Kesenian & Kebudayaan, Biro Sosial, Kebajikan & Keagamaan, Biro Sukan & Rekreasi serta Biro Keselamatan & Kesihatan.
Melalui pengwujudan biro-biro tersebut, terdapat pelbagai aktiviti yang telah dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2021/2022.
Ads
Program pertama yang telah berjaya dilaksanakan adalah di bawah kelolaan Biro Sosial, Kebajikan & Keagamaan iaitu Program Ibadah Qurba sempena Hari Raya Aidiladha.
Manakala pada bulan Ogos ini, Biro Kesenian & Kebudayaan mengadakan satu program kelas online iaitu ‘Roti Jala Viral’.
Selain itu, bagi mempromosikan PABJ, Biro Keahlian, Multimedia & Perhubungan juga telah telah menubuhkan website PABJ, Facebook (FB), Instagram (IG) dan Youtube Channel PABJ serta merancang beberapa aktiviti seperti mengadakan sidang media, hi-tea bersama ahli, melantik icon PABJ dan beberapa aktiviti promosi yang berkaitan.
Terdapat pelbagai aktiviti lain yang telah dirancang oleh biro-biro dibawah PABJ seperti Pertandingan Warisan Seni Sempena Kemedekaan, Seminar & Tutorial Seni Warisan, “roadshow” Jelajah Jejaki Seni, Citrawana, Culinary Arts dan Malam Seni Gemilang Permata.
Program-program pendidikan seperti webinar dan juga pembangunan modul PABJ. Program keusahawanan seperti solar projek, penanaman padi untuk pasaran tempatan dan eksport.
Manakala, bagi program sukan dan rekrasi adalah seperti perlawanan golf, bola sepak, futsal dan lain-lain. Selain itu, PABJ juga bakal mengadakan sambutan perayaan bagi setiap kaum dan lain-lain program kebajikan dan sukarelawan yang berkaitan.
Ads
Walaubagaimanapun, kaedah pelaksanaan program-program yang dirancang ini adalah bergantung kepada situasi pandemik pada masa kini.
Bengkel Roti Jala secara virtual
Dalam pada itu, Pengerusi Biro Kesenian & Kebudayaan PABJ, Sharifah Rafiza Al-Jamalullail melahirkan rasa syukur apabila program mempelajari Roti Jala secara virtual telah mendapat sambutan di kalangan ahli PABJ.
“Saya tak sangka peserta teruja mengikuti program ini. Ia melibatkan 50 buah keluarga yang di diri daripada anak kelahiran Johor.
“Saya berharap aktiviti ini mendapat memberi manfaat dan inspirasi kepada ahli. Apa yang pasti, aktiviti seumpama ini dapat mengeratkan hubungan ahli,” ujarnya yang juga dikenali sebagai LadyRose.
Tambah ahli
Ads
Oleh kerana baru sahaja ditubuhkan PABJ yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kini dalam usaha untuk menambah ahlinya.
Ia suatu usaha untuk anak kelahiran cakna mengenai aktiviti yang akan dijalankan oleh persatuan PABJ.
PABJ mengalu-alukan pendaftaran ahli baru. Di bawah ini disertakan google linkuntuk permohonan menyertai PABJ.
Memiliki ruang laman yang dilengkapi dengan ruang santai tentu menjadi idaman untuk direalisasikan. Kiranya dapatlah seisi keluarga berehat menghirup udara luar dalam suasana yang cukup mendamaikan sambil ditemani dengan landskap laman yang menghijau.
Bahkan tidak dinafikan sanggup berhabis duit untuk meletakkan gazebo puluhan ribu ringgit di ruang halaman rumah demi memberi mood santai yang indah.
Pun begitu, berbeza dengan Azlan Idris yang lebih selesa menggayakan ruang laman dengan jelmaan ruang patio daripada block stone dengan bermodalkan RM 500 sahaja namun nampak begitu sempurna dan cantik sekali.
Menurutnya, tujuan dilakukan DIY di ruangan tersebut adalah untuk dijadikan tempat santai menikmati suasana BBQ bersama keluarga tercinta.
Turut dikongsikan cara dan bagaimana membuat patio tersebut di salah satu group deko di facebook, dan perkongsian mendapat perhatian ramai.
Jadi buat anda yang terinspirasi untuk hasilkan patio seumpamanya, bolehlah lihat langkah demi langkah yang dikongsikan olehnya untuk dijadikan panduan bersama.
DIY PATIO BLOCK STONE
Langkah 1 : Tentukan dan ukur keluasan yang ingin dijadikan ruang patio. Untuk keluasan ini adalah 100 inci X 150 inci.
Langkah 2 : Korek dan ratakan tanah mengikut keluasan yang ditandakan.
Langlah 3 : Taburkan pasir dan padatkan agar permukaan menjadi rata. Setelah itu barulah susun stone.
“Abang beli area rumah ni, Ulu Yam RM1.20 satu batu…kat lain kalau ada murah tak tau lah. Total cost lebih kurang RM500 je”
“Ada yg letak batu gravel gak sebelum pasir…tapi kalau setakat orang je yg naik atas cukup dah pasir…kalau nak yg parking kereta bagai elok 2 lapis..batu graval lepas tu pasir..dah bagi padat baru susun batu,” tulisnya diruangan komen bila ramai yang bertanya soalan kepadanya.
Langkah 4 : Bersihkan kesan pasir di celah-celah batu dengan air paip.
Langkah 5 : Siap dan bolehlah letakkan meja, kerusi dan kelengkapan BBQ mengikut susun atur yang sesuai.
Melihat situasi kes pandemik yang melanda negara kian menurun, rata-rata melahirkan rasa syukur dan gembira. Sementelah banyak aktiviti yang dapat dijalankan seperti biasa.
Antaranya termasuklah sesi persekolahaan Yang dibuka mengikut fasa tertentu yang ditetapkan kerajaan. Pelbagai pandangan masyarakat tentang isu ini, Ada yang gembira tak kurang yang bimbang dengan keselamatan anak-anak.
Berkongsi pandangan mengenai isu berkenaan di instagram miliknya, Yatt Hamzah mengakui gembira melihat anak kecilnya, Iqlima yang sudah pun memulakan sesi persekolahan seperti biasa.
Meskipun ada rasa bimbang, namun akuinya, itu adalah pilihan terbaik dibandingkan dengan membawa anak-anak Keluar ke tempat lain.
“Kesian Iqlima, rindu sekolah, rindu kawan-kawan dan guru-gurunya sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Dia mengadu mimpi pergi sekolah jumpa kawan-kawan masa awal bulan lepas September.
“Menitis air mata Bondanya masa tu juga lantas berdoa agar sekolah cepat dibuka. Dan Alhamdulillah doa dimakbulkan. Hari ini dia sudah boleh ke sekolah,” kongsi Yatt bercerita.
Lebih baik dari bawa ke tempat lain
Bagi Yatt dia berserah segalanya kepada Allah untuk melindungi anaknya sepanjang di sekolah dan keputusan menghantar anak ke sekolah itu pastinya lebih baik dari membawa anak ke tempat-tempat lain yang tidak mematuhi SOP
“Namun ramai pula tanya tak takut ke anak dah ke sekolah dengan kes Covid19 masih tinggi? Tak risau ke anak-anak kena jangkitan nanti?
“Jawapan Bonda, lebih takut dan risau bawa anak-anak ke shopping mall, tempat-tempat peranginan untuk bercuti dan makan di restoran. Di tempat-tempat ni masih sangat ramai yang tak jaga SOP maka kebarangkalian untuk dijangkiti sangat tinggi berbanding di sekolah anak-anak saya,” katanya menerusi kapsyen.
Dia dalam pada itu memuji pihak sekolah anaknya yang amat menitik beratkan disiplin selain mengikut SOP dengan ketat.
“Alhamdulillah sekolah Tahfiz As Sofa sangat menitik beratkan dispilin dan menjaga SOP dengan ketat. So Bonda tak risau in shaa Allah all my daughters are in good hands.
“Terima kasih guru-guru dan pihak pengurusan sekolah untuk Hari Pertama yang menceriakan bagi anak-anak kami.
“Semoga anak-anak akan dapat terus ke sekolah tanpa halangan yang memudaratkan mereka lagi. Semoga anak-anak ini dididik dengan baik di sekolah agar menjadi anak-anak yang Soleh Solehah, Musleh dan Alim. Ameen YA Rabb,” ujar Yatt lagi.
Apabila bergelar ibu ayah pastinya kehidupan berubah. Segala yang dilakukan semuanya untuk anak-anak.
Begitulah perasaan yang dialami oleh isteri pelakon, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin mengakui kehadiran dua zuriatnya mengubah kehidupanya 360 darjah.
Melahirkan rasa syukur melalui perkongsian di instgaram miliknya.
Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017 dan Sarima Samheizy pada 17 April lalu.
KEHIDUPAN BERUBAH 360 DARJAH
“Bila dh ada anak2 ni kan, hidup kita 360’ berubah! Walaupun depa kecik dan belum faham pasai hidup pasai dugaan tpi anak2 ni lah yg bukak mata kita ibu bapak supaya jadi lebih baik utk diri sendiri dan utk depa.
“Allahuakhbar betapa powernya hadiah2 dari allah ni, sebb anak2 jugak aku kerja lebih keras dari dulu, sebab anak2 la aku belajaq utk besabaq!!
“Bukan senang utk jadi org yg penyabaq, kadang2 kantoi teruk jugak!.
ANAK PENGIKAT KASIH
“Betul lah org kata, anak2 ni pengikat kasih syg antara kita dan laki kita. Nak buat apa pun lani,semua pikiaq anak dulu.
“Aku harap bila depa dh faham nnti,depa boleh terima yg depa ada bubu yang kepala otak tak berapa nak betoi, syeriv pun duk nampak dah sikit2 dia punya xbetoi tu.
“Moga allah pelihara dan lindungi anak2 aku. Aku rela semua sakit mai pindah kat aku dari anak2 aku yg merasa..amin ya allah,” kongsinya panjang lebar.
Guru wanita trauma disamun tiga lelaki bersenjata parang di sebuah taska. Seorang guru wanita berdepan detik mencemaskan apabila menjadi mangsa rompakan oleh tiga lelaki bersenjatakan parang di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Tali Air 11, Pasir Panjang pada pagi Isnin.