“Pa… Kita Sudah Dapat Cucu.” Nora Kongsi Berita Gembira Timang Cucu Sulung, Kini Bergelar Nenek!

Share

Tiada yang lebih menggembirakan buat penyanyi bersuara lunak ini bila mana dapat menimang cucu sulung. Nora Ariffin dalam satu perkongsian memuat naik berita berita gembira dirinya kini bergelar nenek selepas anak lelaki, Syakir Iman dan menantu, Putri Eliya Sofea, dikurniakan cahaya mata sulung.

Nora memberitahu, bayi yang dilahirkan secara pembedahan itu diberi nama Ayden Johan.
“Rasanya, sayalah yang paling seronok dengan kehadiran cucu sulung ini. Malah, dua anak perempuan saya seronok kerana dapat anak buah.

“Nama Ayden Johan itu dipilih lebih awal oleh anak dan menantu saya. Nama Johan itu memang diletakkan sebagai tanda ingatan terhadap Allahyarham suami dan bapa mereka, Johan Nawawi.

“Alhamdulillah, bayi dan ibunya dalam keadaan sihat. Terima kasih kepada kakitangan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana menjaga mereka dengan baik.
“Sofea akan menghabiskan tempoh pantang di rumah keluarganya. Nampak gaya, sayalah yang akan kerap menjenguknya kerana mahu bermain dengan cucu,” katanya lagi

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi berita berkenaan di instagram. Biarpun gembira, beliau turut meluahkan rasa sedih kerana meraikan kelahiran cucu tanpa suami di sisi.

Luah Nora, jika Johan masih hidup, berita itu pasti disambut gembira.

Subhanallah….
MasyaAllah…
Alhamdulillah…
Segala puji hanya bagi Allah.
I am sooooo happy dan rasa sangat bersyukur diatas kurniaan ini.


Happy……hanya Allah yg tahu.
Hari ni 26 Ogos 2020 hari bersejarah utk kami sekeluarga.
Pa….kita dah dapat cucu dah.😢😢
Kalau abang masih hidup, mesti abang happy sangat.
Baby selamat, sihat, semangat, cute & mcm iman.
Sama macam kita sambut Iman dulu.👩‍❤️‍👨
Congrats to my dearest son Syakir Iman & Putri Eilya Sofea.
@mosyi.johan @eilyasofea
A new day has become.😘😘
Tahniah juga to my lovely besan Puan Lena @azlena_tay & En Azman sekeluarga
Sesungguhnya anak itu anugerah & amanah dari Allah
Moga kehadiran Ayden Johan bakal menambah lagi seri & kebahagiaan dalam keluarga sederhana kami.
Moga Allah memberkati kami semua dunia akhirat.
Allahuakbar….Allahuakbar..
Wan….happy dan sangat teruja.😁
Wan nak Ayden jadi anak yg baik & soleh ye mcm arwah atok…Johan Nawawi.

Tq to all the staff frm HUKM yg sgt membantu permudahkan perjalanan menantu saya Eliya Sofea.
Tq sooo much to everyone for the wishes, doa & love.😍😍😍😍😍
Welcome AYDEN JOHAN to the new world.

Al- fatihah buat Johan Nawawi & Syakir Alif
We Miss you so much.Kata Nora, dia membahasakan dirinya sebagai Wan untuk cucu sulungnya itu.

“Anak-anak memanggil emak saya Tok Ma. Jadi untuk membezakannya, saya menggelarkan diri saya sebagai Wan,” katanya.

Sumber: itsnoraariffin