Tiada yang lebih menggembirakan buat penyanyi bersuara lunak ini bila mana dapat menimang cucu sulung. Nora Ariffin dalam satu perkongsian memuat naik berita berita gembira dirinya kini bergelar nenek selepas anak lelaki, Syakir Iman dan menantu, Putri Eliya Sofea, dikurniakan cahaya mata sulung.
Nora memberitahu, bayi yang dilahirkan secara pembedahan itu diberi nama Ayden Johan. “Rasanya, sayalah yang paling seronok dengan kehadiran cucu sulung ini. Malah, dua anak perempuan saya seronok kerana dapat anak buah.
“Nama Ayden Johan itu dipilih lebih awal oleh anak dan menantu saya. Nama Johan itu memang diletakkan sebagai tanda ingatan terhadap Allahyarham suami dan bapa mereka, Johan Nawawi.
“Alhamdulillah, bayi dan ibunya dalam keadaan sihat. Terima kasih kepada kakitangan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana menjaga mereka dengan baik. “Sofea akan menghabiskan tempoh pantang di rumah keluarganya. Nampak gaya, sayalah yang akan kerap menjenguknya kerana mahu bermain dengan cucu,” katanya lagi
Ads
Dalam pada itu, beliau turut berkongsi berita berkenaan di instagram. Biarpun gembira, beliau turut meluahkan rasa sedih kerana meraikan kelahiran cucu tanpa suami di sisi.
Luah Nora, jika Johan masih hidup, berita itu pasti disambut gembira.
Ads
Subhanallah…. MasyaAllah… Alhamdulillah… Segala puji hanya bagi Allah. I am sooooo happy dan rasa sangat bersyukur diatas kurniaan ini. Happy……hanya Allah yg tahu. Hari ni 26 Ogos 2020 hari bersejarah utk kami sekeluarga. Pa….kita dah dapat cucu dah.😢😢 Kalau abang masih hidup, mesti abang happy sangat. Baby selamat, sihat, semangat, cute & mcm iman. Sama macam kita sambut Iman dulu.👩❤️👨 Congrats to my dearest son Syakir Iman & Putri Eilya Sofea. @mosyi.johan@eilyasofea A new day has become.😘😘 Tahniah juga to my lovely besan Puan Lena @azlena_tay & En Azman sekeluarga Sesungguhnya anak itu anugerah & amanah dari Allah Moga kehadiran Ayden Johan bakal menambah lagi seri & kebahagiaan dalam keluarga sederhana kami. Moga Allah memberkati kami semua dunia akhirat. Allahuakbar….Allahuakbar.. Wan….happy dan sangat teruja.😁 Wan nak Ayden jadi anak yg baik & soleh ye mcm arwah atok…Johan Nawawi. Tq to all the staff frm HUKM yg sgt membantu permudahkan perjalanan menantu saya Eliya Sofea. Tq sooo much to everyone for the wishes, doa & love.😍😍😍😍😍 Welcome AYDEN JOHAN to the new world.
Al- fatihah buat Johan Nawawi & Syakir Alif We Miss you so much.Kata Nora, dia membahasakan dirinya sebagai Wan untuk cucu sulungnya itu.
Ads
“Anak-anak memanggil emak saya Tok Ma. Jadi untuk membezakannya, saya menggelarkan diri saya sebagai Wan,” katanya.
Raja Azura sopan berhijab, mohon doa agar kekal istiqamah, “bukan nak cantik tapi kerana Allah.” Raja Azura mengakui bahawa keputusannya untuk berhijab dilakukan dengan sepenuh hati.
Raja Azura Sopan Berhijab, Mohon Doa Agar Kekal Istiqamah, “Bukan Nak Cantik Tapi Kerana Allah”
Ujarnya lagi sudah tiba masanya untuk dia mematuhi kewajiban menutup aurat. Genap sebulan berhijab sebaik bergelar hajah, pengacara Raja Azura mengakui perubahan dilakukan adalah atas pilihan diri sendiri yang sudah semakin meningkat usia.
“JANGAN BUAT KERANA NAK KELIHATAN CANTIK, TAPI LAKUKAN KERANA ALLAH. APABILA SUDAH SAMPAI WAKTU, KITA BERUBAH MENJADI SEORANG YANG LEBIH BAIK.
“Kita semua makin lama makin berusia. Saya tidak seperti orang lain yang mendapat mimpi dibakar sebelum memilih untuk bertudung.
“Saya lakukan dengan ikhlas kerana Allah dan sedar menutup aurat ini adalah tanggungjawab dan wajib kepada diri saya,” katanya.
Jemu dengan imej sebelum ini, pelakon filem Tiga Janda Melawan Dunia itu meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya agar kekal istiqamah dan tidak cepat menghukum mereka yang belum bertudung.
“Saya sudah melalui macam-macam perkara dalam hidup ini. Kita semua melalui proses kehidupan, tidak kira baik atau buruk.
“Kalau ada dalam kalangan kita belum bertudung, jangan menyalahkan individu itu kerana mereka juga milik Allah.
“SETIAP ORANG AKAN MELALUI PELBAGAI DUGAAN DALAM HIDUP. JIKA TIADA UJIAN, TIDAK MUNGKIN MEREKA MAMPU MENJADI SEORANG YANG MATANG.
“Jadi, kena selalu berfikiran positif untuk orang lain. Belum tentu yang sudah bertudung itu hatinya baik, jadi perbetulkan diri sebelum nak istiqamah,” tuturnya tenang.
Ibu tunggal kepada dua anak itu turut meluahkan rasa teruja apabila berpeluang mengerjakan haji buat kali kedua bersama ibunya, pada Julai lalu.
Jelas Raja Azura yang mesra disapa Kak Engku itu, jemputan mengerjakan rukun Islam kelima itu adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka. Ia sekali gus sebagai kejutan kepada ibunya yang sudah berada di Tanah Suci lebih awal.
Setiap orang tentu ada makanan kegemaran masing-masing, malah dengan makanan itu juga dapat mengingatkan kita pada si penggemarnya.
Apatah lagi andai insan itu sudah tiada, menyediakan menu kegemarannya itu juga boleh dijadikan mengubat rindu.
Benar atau tidak, hanya yang pernah lalui sahaja tahu pengalaman itu.
Hal yang sama juga turut dilakukan oleh Fiza Faisal, berkongsi resipi arwah ibunya dan turut menjadi kegemaran rakan-rakannya dipejabat.
Jom ikuti perkongsian tersebut.
Pagi tadi buat pie crackers berinti daging utk jamuan di ofis..alhamdulillah laku keras resepi arwah mak..lama sangat dah tak buat ni semenjak mak meninggal..dulu mak suka makan yg berinti sardin makan cicah dengan sos cili pun sedap ni..
~Resepi~
Bahan Inti:
Sardin @ daging cincang tumis dgn bawang besar + cili. Tambah perasa ikut selera masing2.
Menurut istilah syara’, faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Namun yang menjadi isu adalah apabila berlaku perebutan harta si mati.
Ada segelintir kita tidak ambil peduli soal rumah kediaman yang dibeli dengan meletakkan dua penama iaitu nama suami dan isteri. Namun, kesannya jika salah seorang yang meninggal dunia, 50% nilai rumah berkenaan akan difaraidkan.
Selanjutnya ikuti perkongsian ini untuk mengetahui apa yang akan berlaku jika pasangan anda meninggal dunia jika pembelian rumah dilakukan secara joint loan.
Kebiasaanya, suami isteri akan membeli rumah bersama untuk kuatkan dokumen. Di SPA/SNP pula akan ada dua nama. Nama si suami dan nama si isteri. Dua-duanya mengambil MRTA/MRTT (takaful).
Sekarang apa akan berlaku jika salah seorang meninggal dunia?
Jika harga rumah RM600,000. Rumah itu terbahagi 2 (sebab 2 penama):
50% Si Suami (RM300,000) 50% Si Isteri (RM300,000)
Jika suami meninggal dunia, 50% bahagian suami sudah tidak perlu dibiayai, kerana takaful sudah bayarkan. Betul kan? Manakala bahagian isteri, 50% selebihnya perlu terus dibayar oleh pihak si isteri.
Isu Yang Timbul Selepas Kematian Salah Seorang Penama. Bahagian si suami sudah pun menjadi HARTA PUSAKA. Jika suami masih ada mak ayah, mereka boleh tuntut hak mereka daripada 50% tersebut.
Saya baru dapat mesej, seorang balu yang baru kehilangan suaminya, anak ada dua. Mak dan ayah mertua tidak mahu lepaskan hak. Mereka tetap mahukan bahagian mereka dalam rumah. Si isteri tidak mampu bayar, kerana jumlah bahagian mereka hampir RM140,000!
Ya, RM140,000.
Sudahlah harta ini saja tinggal kepada balu dan anak-anaknya. Tetapi tetap mak ayah mertua tidak lepaskan. Bila ditanya kenapa?
“Ayah mahu sedekah duit kepada anak yatim dan bagi anak-anak ayah.”
Gamaknya, mertua beliau dan cucu beliau bukan anak yatim rasanya. Allah. Ini kes biasa yang ada di Malaysia. Penunggang agama tahap tertinggi. Ini baru mak ayah mertua, bagaimana pula kalau dengan adik-beradik mertua?
Di sinilah anda perlu mempelajari ilmu faraid. Kenali siapa waris suami anda dan isteri anda sekarang. Kenali perwatakannya. Namun, itu pun belum menjamin apa-apa.
Ayah Mertua Mahu Rumah Anak Yang Bakal Mati Kes lain saya jumpa, ayah mertua kata buatlah rumah di atas tanah dia. Nanti dah siap, ayah mertua tukar nama. Tetapi sampai sekarang tak tertukar. Sudahlah si isteri guna tunai buat rumah dengan orang kampung. Tiada hitam putih.
Sekarang suaminya sudah lumpuh (anaknya si ayah ini) dan sudah nyanyuk kerana kemalangan. Tiap-tiap hari ayah mertua remind menantunya, jangan tukar bil elektrik. Sebab dia ingin rumah itu jatuh kepada dia jika anaknya sudah tiada nanti.
Saya rasa kasihan dengan si isteri itu. Anak sudah 4 orang. Sekarang isteri tengah memikirkan bagaimana nak dapatkan rumah yang telah dibina dengan duitnya. Moga Allah swt lindungi mereka dan mencukupkan rezeki mereka.
Tiga Perkara Yang Anda Perlu Buat?
Untuk elakkan perkara di atas berlaku dan anda ingin pasangan hidup senang, tidak mahu merempat selepas anda tiada nanti, anda perlu:
1. Buat hibah bersyarat.
Si suami hibahkan bahagian (50%) beliau kepada si isteri. Si isteri pun hibahkan bahagian (50%) beliau kepada si suami. Hibahkan antara satu sama lain.
Jika suami meninggal dunia, bahagian suami akan dapat sepenuhnya kepada isteri. Jadi 100%. Begitulah sebaliknya. Selamat. Tidak pergi ke sesiapa sudah. Prosesnya anda perlu berjumpa consultant untuk melakukan hibah ini.
Rumah yang belum habis bayar pun boleh dihibahkan. Ini diambil atas ijtihad Dr Wahbah Zuhaili, dengan syarat hutang (loan) itu dilangsaikan jika meninggal dunia.
Apa maksudnya?
Perlu ada MRTA/MRTT. Kos tidaklah mahal. RM1600 sahaja untuk 1-3 geran rumah. Apalah nilai RM1600 dengan nilai rumah anda RM400,000-RM500,000. Ini untuk orang tersayang anda juga, bukan untuk orang lain.
2. Bagaimana dengan harta sepencarian?
Untuk harta sepencarian, proses perlu di Mahkamah Syariah di mana kos amat tinggi. Biasa rate peguam buka kes sahaja RM5,000-RM10,000.
Untuk dapatkan hak penuh rumah, isteri perlu menunjukan bukti beliau ada sumbangan terhadap rumah tersebut.
Contoh:
Resit bayaran bulanan, Resit renovation, Resit yang berkaitan dengan rumah. Pihak isteri perlu membawa perbuktian, barulah Hakim akan memberi pertimbangan sewajarnya. Sangat susah kes isteri dapat hak penuh terhadap rumah. Oleh itu, rancanglah sebaiknya tentang rumah ini kerana rumah paling kritikal jika berlaku perceraian atau kematian.
3. Boleh ke saya tukar terus kepada nama isteri atau anak?
Lebih selamat. Proses ini dibuat di Pejabat Tanah. Isi Borang 14A.
Jawapannya:
Tidak juga, kerana jika isteri mati warisnya juga boleh menuntut hak. Jika tukar kepada nama anak, anak pula mati awal daripada mak ayah.
Jika anak itu sudah berkahwin, sudah ada waris lain yang berhak. Contohnya, isteri atau suaminya.
Penyelesaian Terbaik Penyelesaian yang terbaik ialah yang pertama iaitu hibah bersyarat.
Kepada suami dan isteri, buatlah perancangan sekarang. Kebanyakan yang ramai sangat jumpa saya ialah mereka yang telah menghadapi masalah sebegini.
Merasai keperitan keluarga retak kerana harta. Beza orang merasai dan tahu. Yang merasai sudah tentu tidak mahu warisnya susah begini. Yang tahu hanya tenang sahaja.
Alangkah sedihnya. Kita sudah berada di taman-taman syurga. Tetapi waris kita berada di neraka dunia. Merempat kerana tiada lagi rumah untuk berehat dan bersuka ria.
Sila tag dan share kepada pasangan anda jika anda termasuk dalam golongan ini.
Golongan di atas ini ialah golongan pertama kritikal perlu perancangan hibah.
Nasihat terakhir:
Hibah bukan lebih baik daripada faraid. Hibah bukan penyelesaian segala-galanya. Hibah bukan lebih baik daripada wasiat. Setiapnya ada fungsi berbeza.
Semoga menjadi iktibar dan bermanfaat agar anak-anak dan pasangan dapat hidup dengan selesa dan terbela. Moga kita semua celik faraid.
P/S: Nak tahu aktiviti kekeluargaan yang menarik dan petua-petua JOM JOINT TELEGRAM KELUARGAGADER
Sumber: notawarisanpusaka.blogspot.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...