Para suami, hargailah pengorbanan isteri. Sebaiknya dalam rumah tangga hargailah setiap perkara yang isteri atau suami lakukan. Bila suami isteri saling menghargai, barulah bahagia rumah tangga yang dibina.

Tidak boleh hanya mengharap pada satu pihak sahaja untuk menguruskan rumah tangga. Soal mendidik anak-anak juga perlu dilakukan bersama bukan hanya tugas seorang isteri dan ibu sahaja.

Ozlyn Kongsi Memang ‘Latih’ Johan Buat Kerja Rumah Bersama

Bagi pelakon Ozlyn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail isteri kesayangan kepada pelawak dan juga penyampai radio, Johan, menguruskan kerja-kerja rumah dan anak-anak perlu dilakukan bersama suaminya.

Ozlyn telah ‘melatih’ suaminya untuk mahir melakukan kerja-kerja rumah termasuk mengajar anak-anak.

Ozlyn Kongsi Memang ‘Latih’ Johan Buat Kerja Rumah Bersama, Suami Hargailah Pengorbanan Isteri

Suami Hargailah Pengorbanan Isteri

Dalam satu hantaran dilaman Instagram, Ozlyn pernah berkongsi tentang gaya hidup beliau dan suaminya melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah dan menguruskan anak-anak. Mereka membuat pembahagian kerja agar segala urusan rumah tangga dapat dilakukan dengan teratur.

Ads

“Mi goreng ini bekal sekolah untuk anak-anak. Letak telur dadar kerana anak-anak tidak suka telur mata. Sudah dua hari papa terlantar kerana kurang sihat. Selepas sihat nanti papa ambil semula semua tugas mencuci bilik air, membersihkan bilik, mengemas katil, mengajar anak-anak mengaji dan solat berjemaah bersama-sama,” tulisnya.

Ozlyn kerap berkongsi tentang tip rumah tangga dan mendidik anak-anak. Beliau sangat menekankan kerjasama suami isteri. Jelas beliau, suami isteri perlu bersikap tolak ansur dan saling tolong menolong antara satu sama lain.

Ozlyn Kongsi Memang ‘Latih’ Johan Buat Kerja Rumah Bersama, Suami Hargailah Pengorbanan Isteri

“Memang saya ajar suami untuk membuat kerja rumah bersama-sama. Jika tidak buat, saya akan marah sebab menguruskan rumah tangga bukan tanggungjawab isteri. Sebenarnya sudah banyak isteri kurangkan beban suami.

Ads

“Suri rumah sepenuh masa paling kasihan. Duduk di rumah sehingga tidak sempat hendak melihat dunia luar. Melakukan kerja rumah, menguruskan anak-anak dan suami, semuanya dilakukan isteri seorang diri,” katanya.

Ozlyn berharap agar para suami di luar sana agar menghargai pengorbanan isteri masing-masing. Katanya lagi, jika ada rezeki lebih, bawalah isteri berjalan-jalan sebagai menghargai segala penat lelah yang dilakukan oleh seorang isteri demi kebahagiaan keluarganya.

Ozlyn Kongsi Memang ‘Latih’ Johan Buat Kerja Rumah Bersama, Suami Hargailah Pengorbanan Isteri

Ads

“Kadang-kadang tidak perlu membeli-belah pun. Seorang isteri itu apabila dibawa ke pasar malam pun sudah rasa cukup syukur dan berbunga-bunga hatinya. Tidak dapat dinafikan juga pengorbanan suami dalam soal mencari rezeki. Buat isteri, jangan putus doa untuk suami. Bila suami menyenangkan hati isteri Insya-ALLAH lagi mudah segala urusan,” jelas Ozlyn.

Kesimpulannya di sini, hidup berumah tangga memerlukan sokongan dan kerjasama antara satu sama lain. Buat para suami, rajin-rajinlah membantu isteri di rumah. Usah biarkan isteri anda kepenatan menguruskan kerja-kerja rumah dan anak-anak.

Tugas mendidik anak bukan hanya pada isteri seorang. Anda sebagai suami juga bertanggungjawab dalam soal mendidik anak-anak. Kata pepatah, ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ barulah rumah tangga rukun dan damai.

Sumber: Instagram Jozlynnhanania

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI