Berdiet dengan menikmati makanan yang enak dan menyelerakan tentu seakan pelik didengar. Tapi itulah hakikatnya jika mengamalkan hidangan overnight oat seperti yang dikongsikan oleh Adila ini.
Melihatnya sahaja sudah dapat digambarkan keenakan rasa sajian yang dihasilkan olehnya.
Dan disini dikongsi resipi penyediaanya dan khasiat mengamalkan overnight oat ini. Jom semak.
Overnight oat boleh jadikan kita kurus dan sihat?
Semalam saja la Dila share gambar overnight oat yang Dila buat di status wassap. Ramai pulak yang wassap minta resepi lepas tu. Jadi Dila share dekat sini la ye.
Ok sebelum Dila share resepinya, jom kita ambik tahu dulu apa itu overnight oat. Lebih-lebih lagi pada yang sedang berdiet atau nak loss weight tu.
Overnight oat kaya dengan serat, karbohidrat, protein dan vitamin B. Selain memberikan rasa kenyang yang lebih lama, overnight oat juga membantu membakar lemak-lemak dalam badan. Lagipun rasa dia lebih sedap dari oat biasa bila kita campurkan dengan topping yang jadi pilihan mengikut citarasa kita.
Orait rasanya semua pun dah tahu apa itu overnight oat. Ni resepi yang Dila buat untuk makan sendiri ye. Korang boleh olah ikut citarasa dan kreativiti masing-masing asalkan masih kekal sihat dan tidak manis.
Bahan-bahan:
Rolled oats – Yang ni Dila guna jenama Quakers je. Boleh cuba yang organic, banyak dijual di pasar raya.
Susu Segar – Boleh juga gantikan pada susu segar rendah kalori macam Farm Fresh dan sebagainya. Dila guna Dutchlady sebab ni je yang ada dalam peti pun.
Natural Yogurt – Tak kisah brand apa as long rendah kalori. Boleh juga gunakan Greek yogurt.
Mix Nut – Ada biji labu, walnut, biji bunga matahari, kismis. Dila beli dekat Mahnaz Food je. Memang sedia ada kat rumah, sebab ni kudapan anak-anak. Especially Adra dan Hayat. Memang diaorang suka sangat.
Chia Seed – Optional. Kalau ada bagus, tak ada pun tak apa. Kebetulan benda sedia ada dalam almari Dila, jadi mari la kita perabiskan letak dalam ni. Hihi.
Madu – Sebaiknya guna madu yang asli (yang lelaki jangan macam-macam) atau gantikan dengan kurma pun dah memadai untuk tambah rasa manis dia.
Buah-buahan – Ikut citarasa. Tapi Dila utamakan buah-buahan citrus dan elakkan buah-buahan yang tinggi kalori macam mangga dan pisang.
Caranya :
1) Masukkan bahan kering dahulu. Rolled oats, mix nut dan chia seed.
2) Tambahkan yogurt, madu dan kemudiannya susu.
3) Akhir sekali masukkan buah-buahan ikut citarasa. #PS Buah-buahan ni masuk last sekali bila nak makan. Kalau masukkan awal overnight oat akan rasa pahit.
Siapppp! Simpan semalaman dalam peti sejuk dan esoknya boleh la dinikmati dengan syoknya. Oh ye kacau semua bahan bagi sebati time nak makan nanti ye. Kalau nak buat stok. Letak semua bahan kecuali buah. Buah tu letak masa nak makan. Fresh dan crunchy lagi. Slurppp.
1 bekas ni Dila buat sebagai snacking. Cukup untuk 3 kali makan. Snacking pukul 11 pagi, 3 petang dan 7 malam. Saja buat lebih sebab Dila mintak suami support sekali untuk eat clean kali ni. Jadi dia makan apa yang Dila makan. Hihi.
Jom kita lihat kebaikan lain overnight oat, bijirin magik ni.
1. Overnight oat memenuhi keperluan serat harian anda kerana secawan oat mengandungi 14g dan dicampur pula dengan serat daripada buah-buahan. [Keperluan serat harian: Lelaki = 30-38g, Wanita = 25g
2. Memberikan rasa kenyang yang lebih lama kerana oat mengambil masa yang lama untuk dicernakan.
3. Overnight oat mengandungi kanji yang tidak dicernakan (resistant starch) yang mengurangkan penyimpanan lemak, meningkatkan kadar metabolisme lemak dan mengurangkan indeks jisim badan (BMI).
4. Kaya dengan karbohidrat sihat yang baik untuk jantung, sistem imuniti, mengurangkan paras kolesterol, menurunkan risiko arteri tersumbat dan mengurangkan risiko penyakit kanser.
5. Proses merendam oat bersama cecair bersifat asidik seperti susu dan yogurt memecahkan komponen asid phytic yang menghalang penyerapan nutrien di dalam sistem pencernaan.
Bestttkan. Jadi apa lagi, mulakan reka resepi overnight oat korang sendiri tapi pastikan rendah kalori. Jumlah kalori yang dicadangkan untuk setiap hidangan adalah 400 kalori bagi mereka yang fokus untuk turun berat badan.
Sumber : Adila Azwin