Otak Perempuan Tengah Berehat Pun Akan Aktif. Dr Ni Tunjukkan Beza Sangat Dengan Otak Lelaki & Sebab Tu Suami Kena Faham Isteri!

Share

Perasan tak apa yang berlaku pada diri seorang perempuan ketika dia penat mengurus hal rumah tangga dan mengadu pada suami untuk dapatkan rehat, namun dalam waktu dia sedang berehat itu masih juga dilihat aktif. Memang tidak boleh duduk diam.

Kenapa ini terjadi ya? Sepatutnya bila hendak berehat, perlulah dalam keadaan menenangkan. Tapi tidak, tetap juga ada sahaja yang ingin dibuatnya.

Menjawab tentang itu, Dr Taufik Razif berkongsi fakta  berkenaan perbezaan gambar otak lelaki dan otak perempuan semasa kedua-duanya sedang merehat. Terbukti, cukup mengujakan.

Katanya, “Cuba tengok perbezaan gambar otak lelaki dan otak wanita semasa mereka sedang BEREHAT.”

Jelasnya, “Otak laki ni kalau tengah rehat, memang dia rehat habis. Kalau otak perempuan, kalau tengah rehat pun dia akan aktif.”

“Sebab tu wanita ni kalau tengah stress atau tengah penat, mulut akan makin laju bercakap. Kadang makin dia penat makin dia banyak menyembang.”

Laki pulak annoying. “Eh awak bukan kata nak rehat ke? ” terpinga pinga si isteri sebab memang itulah cara KEBANYAKAN WANITA berehat. Kebanyakan tau, bukan semua.

Jadi jangan marah isteri kita kalau lepas dia dah urus anak anak atau baru habis mengemas dapur tu dia duduk sebelah kita, dia bukak handphone sambil scroll Shopee tapi mulutnya terkumat kamit cerita bab zaman silam, zaman lampau, isu semasa, cerita muda mudi, cerita jiran sebelah dan bermacam lagi cerita.

Gambar hiasan

Sebagai lelaki dan suami mithali, buat buatlah dengar sekalipun tak masuk otak pun apa yang dia sembangkan. Bagilah walau anggukan kecil sekalipuan tanda kita menghargai luahan hati si dia.

Sesungguhnya ianya akan sangat membantu si dia untuk berehat dan ‘release tension’ dia kerana mendengarkan perbualan dan luahan hati pasangan adalah sejenis Listening Therapy.

sumber : Taufiq Razif

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club