Perasan tak apa yang berlaku pada diri seorang perempuan ketika dia penat mengurus hal rumah tangga dan mengadu pada suami untuk dapatkan rehat, namun dalam waktu dia sedang berehat itu masih juga dilihat aktif. Memang tidak boleh duduk diam.
Kenapa ini terjadi ya? Sepatutnya bila hendak berehat, perlulah dalam keadaan menenangkan. Tapi tidak, tetap juga ada sahaja yang ingin dibuatnya.
Menjawab tentang itu, Dr Taufik Razif berkongsi fakta berkenaan perbezaan gambar otak lelaki dan otak perempuan semasa kedua-duanya sedang merehat. Terbukti, cukup mengujakan.
Katanya, “Cuba tengok perbezaan gambar otak lelaki dan otak wanita semasa mereka sedang BEREHAT.”
Ads
Jelasnya, “Otak laki ni kalau tengah rehat, memang dia rehat habis. Kalau otak perempuan, kalau tengah rehat pun dia akan aktif.”
“Sebab tu wanita ni kalau tengah stress atau tengah penat, mulut akan makin laju bercakap. Kadang makin dia penat makin dia banyak menyembang.”
Ads
Laki pulak annoying. “Eh awak bukan kata nak rehat ke? ” terpinga pinga si isteri sebab memang itulah cara KEBANYAKAN WANITA berehat. Kebanyakan tau, bukan semua.
Jadi jangan marah isteri kita kalau lepas dia dah urus anak anak atau baru habis mengemas dapur tu dia duduk sebelah kita, dia bukak handphone sambil scroll Shopee tapi mulutnya terkumat kamit cerita bab zaman silam, zaman lampau, isu semasa, cerita muda mudi, cerita jiran sebelah dan bermacam lagi cerita.
Ads
Sebagai lelaki dan suami mithali, buat buatlah dengar sekalipun tak masuk otak pun apa yang dia sembangkan. Bagilah walau anggukan kecil sekalipuan tanda kita menghargai luahan hati si dia.
Sesungguhnya ianya akan sangat membantu si dia untuk berehat dan ‘release tension’ dia kerana mendengarkan perbualan dan luahan hati pasangan adalah sejenis Listening Therapy.
Isteri dan ibu mana yang tak pernah rasa penat bila menguruskan hal rumah tangga. Benar ia satu tanggungjawab tapi isteri kenalah bijak mengawal tekanan dalam diri.
Kalau penat, bawa-bawalah rehatkan tubuh dan minda. Suami pula jangan buat tak faham. Jangan sebabkan kita jenis tak ambil kisah sampaikan isteri penat pun kita tak tahu.
Perkongsian Dr Taufiq Razif ini banyak benarnya. Suami kenalah kenal pasti bila isteri penat. Isteri selalunya tak pernah beritahu. Tapi kita kenalah ambil tahu, baru bahagia dunia akhirat.
Terkedu saya bila ramai sangat mengadu tak dapat kawal emosi bila berhadapan dengan anak.
Jadi saya merayu sangat kepada para suami semua untuk tengokkan isteri masing-masing kat rumah sana.
Isteri ni dia takkan mengadu sangat dia penat. Dia taknak bebankan suaminya tapi kita boleh tahu tanda-tanda isteri dah penat melampau.
Antaranya :
Isteri dah mula banyak mengomel dan membebel daripada biasa
* Benda sekecil apa pun boleh trigger si dia untuk menjadi marah dan beremosi
Menangis sendirian di dalam bilik tanpa sebab
* Mudah jatuh sakit
Wajah jadi redup tak bermaya
* Jadi hilang selera makan atau selera makan meningkat melampau lampau
Selalu tinggikan suara tanpa sebab pada anak-anak
* Akhirnya anak-anak jadi tempat si isteri melampiaskan tekanan emosi
Cuba peluk si isteri tu sekali sekala dan mintak si isteri ceritakan masalah sebenar. Mintak si dia cerita daripada hati ke hati.
Nanti hujung hujungnya si isteri akan buka cerita juga yang dia sebenarnya tengah penat dan perlukan bantuan si suami untuk uruskan rumahtangga.
Percayalah, emosi isteri akan jadi sangat tak stabil bila keperluan fisiologi (physiological needs ) paling asas seperti tidur, makan dan rehat yang cukup tu kita tak pedulikan.
Taufiq Razif Sangat percaya takkan jatuhnya ego seorang lelaki yang belajar untuk memahami isterinya sendiri
Kredit: Taufiq Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelombang ketiga pendamik Covid-19 ini dilihat kian ‘mengganas’, setiap hari ada sahaja kluster baru dimaklumkan kepada umum.
Nyata, dalam tempoh ini kita semua secara automatik berasa bimbang dan sebaiknya selain kita patuh SOP, ambil paduli juga sintom dan gejala berkaitan Covid-19 ini.
Melalui perkongsian daripada Abdul Fatah Abu Hanipah yang juga disahkan positif covid-19 pada dua hari lalu boleh dijadikan info.
Bahkan semangat positif yang ada pada dirinya wajar dicontohi. Ikuti perkongsiannya.
Saya Fatah. Kekal hensem walaupun dikesan positif Covid-19 dan sekarang ditempatkan di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN), Hospital Sungai Buloh. Orang kata PKKN ada hantu tapi saya peduli apa sebab Korona ini pun macam hantu juga. Ghaib dan menggelabahkan manusia.
Hari ini hari kedua saya di PKKN. Semalam saya disahkan positif setelah mengalami beberapa simptom dan berjelaga. Maafkan saya. Bergejala, bukan jelaga.
Untuk tulisan kali ini, saya nak ceritakan apa gejala yang saya alami sebelum saya disahkan positif. Iyalah, ini benda yang paling ramai orang nak tahu dan risau pun kan.
1) Demam panas dan batuk. Hari kedua saya jadi contact rapat dengan kawan yang positif (waktu itu dia pun tak tahu yang dia positif), saya dihinggapi demam panas sehingga sukar tidur malam. Hari lain rilek saja letak kepala terus lelap macam Nobita. Tapi tidak pada hari itu. Esok dan lusanya demam sudah tak ada.
2) Selsema dan sakit kepala. Dia datang sekali dengan demam. Pakej lah kiranya. Macam makan sate, kena ada nasi impit. Macam pakwe hensem, kena makwenya lawa. Ha macam tu lah.
3) Sakit sendi dan penat-penat. Sakit segala sendi ialah sakit yang paling orang tak nak sebab membuatkan kita rasa nak pulas segala bahagian sendi di badan. Orang pernah kena demam denggi pasti faham sakit dia macam mana. Tak boleh tidurlah kiranya selagi tak sapu minyak panas.
4) Hilang deria bau dan rasa. Ini paling power. Saya salute Virus Korona sebab dia mampu alter saraf saya jadi tak bau dan tak rasa apa. Hidung tak tersumbat tapi tak boleh bau apa-apa.
5) Rabun sekejap. Ini pun power juga. Hari terakhir di rumah sebelum saya disahkan positif, saya rasa macam mata saya ini berselaput macam baru bangun tidur. Dah mandi dah buat itu ini genyeh mata sampai berair, tetap rasa kabur-kabur. Saya ingat ada tahi mata, rupanya ini salah satu jelaga. Maaf, gejala.
Cukup dua gejala pertama dan sehari selepas saya dikategorikan sebagai contact rapat kepada kawan saya yang positif, saya pergi buat swab test di klinik kesihatan berdekatan (FOC). Tunggu dua hari, result di klinik kesihatan masih juga tak dapat-dapat.
Dek kerana badan makin terasa sakit-sakitnya, saya ke hospital swasta dan buat swab test sekali lagi. Jam 10 pagi buat swab test, jam 7 pagi esoknya doktor telefon.
“Morning Fatah. Tahniah, awak positif”
Aku tipu saja doktor kata tahniah tu.
Ok flow dia macam ini.
Buat swab test di klinik kesihatan atau hospital swasta dan kalau keputusannya positif, mereka akan hantar keputusan ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang terdekat. PKD yang akan ambil tindakan seterusnya. Kalau negatif, dia akan beritahu juga. Ada yang suruh kita sendiri telefon tanya status.
Bila positif dan PKD telefon, dia akan temu ramah, ambil details semua lah sebelum dia hantar ambulans untuk ambil di rumah. Itu sebab, bagus kalau kita ingat details semua benda pergi mana dengan siapa naik apa bla bla bla kerana klinik akan tanya benda sama, PKD tanya benda sama, kawan tanya benda sama, pejabat tanya benda sama sampailah kau nak muntah jawab benda sama.
Nak senang, tulis semua benda dalam nota telefon. Orang tanya, tepek saja info. Orang tanya, tepek. Senang. Kalau tanya lebih-lebih, sihat nanti pergi lempang. Settle.
Bila ambulans datang, ha saat situlah bermulanya manusia sekeliling jadi kalut macam Alpaka hilang anak. Orang sekeliling akan ambil gambar, hantar ke semua group WhatsApp, hantar ke member di Perlis sampai member Perlis pun kalut pergi mandi dengan sanitizer walaupun kejadian berlaku di Ampang. Orang akan jadi kalut sampai tak boleh tidur. Risau sampai suruh sanitize surau walaupun tak pernah pergi surau.
Ha gelak. Tapi itulah hakikat dia Tuan Puan. Itulah hakikat dia. Virus Korona melemahkan antibodi pesakit. Kekalutan sekeliling kerana tak cukup faham dengan situasi dan tidak tahu cara bereaksi, membunuh mental pesakit.
Jadi, jangan jadi pembunuh mental. Sebaliknya membantulah. Daripada kalut sebar gambar dan beritai itu ini yang tak tahu sahih tak sahih, eloklah tanya keluarga yang ada ahlinya yang positif itu, apa yang kamu perlukan yang kami boleh tolong dan usahakan.
Bagi yang bijak menghias kediaman, tiada masalah jika ruangnya agak sempit. Begitu juga dengan wanita ini berjaya mengubah ruang kecil di dapurnya tampak lebih menarik dan hebat.
Jom kita cuci mata dan lihat tip ini dikongsikan oleh saudari Liyana Elly . Mana tahu ibu-ibu berminat untuk mencuba. Kosnya pun tak mahal dan berbaloi untuk dicuba bagi menampakkan kelainan di kediaman anda.
Berkat rakan2 group ni nye idea,berjaya jugak kami pasang.Low cost budget je sebab rumah PPR je..?So,dapur pun kecik molek cinonet..?
total cost RM65.10 =31 keping ..beli kat Kedai Eco.Harap2 bertahan lama la hendaknya Insya Allah.kalo tak btahan pun kena redha sebab nama pun low budget ?
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.