
Lucu… demikian yang boleh diungkapkan dengan perkongsian dari saudara Nazrin Nasir.
Dia berkongsi kisahnya menerusi Group Facebook MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL mengenai barang dapur yang dipesan oleh isterinya.
Bukan sahaja senarai barangan ditulis dengan panjang, malah terdapat satu di antaranya yang mengundang rasa lucu.
Dalam tempoh tidak sampai dua jam dimuat naik, perkongsian Nazrin telah meraih lebih 5.4 ribu tanda suka dan dibanjiri dengan ratusan komen warganet.
Bila di suruh beli barang.. List barang macam karangan..
Paling pening nak cari barang dalam list ni oren berlubang bontot tu..
Nak tanya pekerja situ dah tentu2 kena gelak.. Sudahnya google oren berlubang bontot baru tau.. Nasib ada.. Beli la 1.. Balik kene bebel sbb beli 1 je..
Rata-rata yang membaca perkongsian itu meluahkan rasa lucu dan terhibur. Malah ada yang berkongsi mengenai limau yang dikongsikan tersebut.
Limau jenis itu menurut mereka mempunyai bulatan di bahagian bawahnya adalah limau yang sedap dan manis.
Tetapi, nama yang diberikan kepada limau tersebut supaya suami ‘faham’ sememangnya menyebabkan ramai tidak dapat menahan tawa. Memang kelakar kan.
Sumber: Nazrin Nasir via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
4 Petua Sambal Belacan Legend Kena Tahu Supaya Lebih Wangi Beraroma Dan Tahan Lama. Barulah Rasa Lebih ‘Power!’

Sambal belacan adalah hidangan yang wajib ada setiap kali menjamu selera. Ia bagaikan penyedap makanan.
Walaupun ramai yang kata nak buatnya senang aje, tapi salah buat ia jadi sambal yang biasa je hanya pedas semata.
Sebenarnya untuk menjadikan sambal belacan lebih power ada petua nya, barulah makin sedap.
Ikuti petua cara membuat sambal belacan jadi lebih sedap ini.
4 Petua sambal belacan lebih sedap.
Tips 1
Bakar belacan sekejap supaya smbal kita lebih beraroma
Tips2
Guna asam jawa yg dibancuh dgn air suam.petua supaya sambal belacan tahan lama
Tips 3
Limau kasturi yg dikisar brsama Kulit(buang biji) sambal lebih wangi dan sedap
Petua 4
Tinggalkan bbrpa biji cili api yg masih bertangkai..petua supaya tidak sakit perut makan sambal
Cara buat ikut urutan
( kisar kasar bahan2 )
1. 5 biji limau kasturi (buang biji)
2. 50g belacan yg telah dibakar
3. 3 biji cili merah+1biji cili hijau
4. 5 biji cili padi merah
5. 25 biji cili padi hijau
6. 100ml air asam jawa pekat
7. Masukkan sedikit gula dan garam
Nak buat banyak utk buat stok pandai2 la tambah bahan2 tu
Sumber: Hussin
“Sudah Arif Ara Pula..” Musim Sakit, Dua Hari Berturut Tya Bawa Anak Ke Klinik!

Sebagai ibu ayah sememangnya kita mudah berasa cemas bila melihat keadaan anak yang muntah-muntah dan tiada pula selera makan. Lagi-lagi ketika ini, macam-macam penyakit yang menyerang kanak-kanak.
Baru-baru ini pelakon Tya Arifin juga telah melalui detik cemas apabila anak sulungnya, Arif Jiwa mengalami kesukaran bernafas dan jantungnya berdegup kencang.
Situasi ini menyebabkan Tya dan suami bergegas ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan untuk anaknya itu.
Sudah Arif Ara Pula
Kerisauan Tya terhadap kesihatan anak-anaknya sekali lagi diuji, bila mana kali ini Ara pula muntah-muntah. Hal ini dikongsikan bersama di dalam akaun instagramnya dan menarik perhatian umum.
Dua hari ini syukur juga Tya memang bekerja dari rumah, ada jadwal personal coaching dengan my usahawan.
Jadi break lunch dan petang dah selesai, Tya boleh back to anak anak.
Tiba-tiba masa petang tu, Tya dapat tau dari kk nya, Ara muntah 2 kali.
Masa dia bangun tidur muntah semua apa yang dia makan 😳
Dan dibagi susu, dia muntah lagi..
Tak mau makan, 4 sudu je masuk.
Tya nampak dia lemas di kursi, maybe dehidrasi.
Jadi Tya terus bawa ke klinik yang sama macam abang semalam.
Huhuh mesti ibu2 kalau anak2 sakit tak tega kan, rasa baik kita yang sakit 🙁
Pergi Docter, kata doc,
Ara tengah batuk, dan dia muntah karna dia tengah keluarkan “kahak” nya.
Salah satu cara nak keluar kahak dengan muntah.
Legaaaaa…
Jadi Doc bagi ubat utk kontrol muntah, dan batuk utk Ara.
Malam ini Tya mesti tidur dengan Ara, ( kalau anak sakit Tya memang akan bermalam skin to skin dengan mereka) sampai dia sembuh..
Tya rasa, memang musim anak2 sakit ya sekarang???
Meninjau di ruangan komen nyata ramai yang mendoakan agar Ara segera sembuh dan ada juga yang memberi komen mengiyakan bahawa sekarang ini ramai anak-anak yang demam dan sakit.
Musim buah ni.mkate org Melayu..tak anak..Kecik basa ..sehat2 ye nak 😍
ya mmg musim, sakit, muntah2
semoga cepat sembuh ara comel 😍
Get well soon ara ❤️ strong girl
Syafakillah buat Ara. Cepat sembuh ya..
ARTIKEL MENARIK : Simpan Bawang Elak Rosak, Lagi Terjamin Bila Buat Cara Ni. Mudah Sangat!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!
Baca Ini Juga :“Mahu Lihat Anak Jadi Doktor…” Lisa Selesa Tak Libatkan Anak Dalam Dunia Seni!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Suka ‘Push’ Anak, Itu Cara Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Mendidik Selain Anggap Parenting Satu Eksperimen.

Melihat pasangan ini menguruskan dan mendidik anak-anak mengikut acuan sendiri nyata memberi motivasi kepada ibu bapa lain. Tidak hairanlah setiap kali mengemas kini status terbaru di media sosial, ada sahaja pertanyaan dan permintaan daripada orang ramai yang ingin mereka berkongsi ilmu keibubapaan.
Tidak sekadar itu sahaja, pasangan ideal Dato’ Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina juga tidak menggunakan bantuan pembantu rumah dalam menguruskan anak-anak. Sebaliknya mereka lebih selesa melakukan sendiri sejak dahulu lagi.
Push anak belajar banyak benda
Senada dan sehati dalam segala hal, namun Dato’ Dr Sheikh Muszaphar sedikit ‘dominan’ terutama dalam mendidik anak-anak. Tegasnya, anak-anak perlu didedahkan dengan segala kemahiran sejak kecil lagi bagi memudahkan pada masa akan datang.
“Alahmdulillah, syukur kerana ini rezeki yang Tuhan berikan pada kami. Saya dan isteri memang suka anak ramai. Saya suka mendidik anak-anak ikut cara saya yang dipraktikkan hasil pembelajaran melalui ajaran ibu bapa saya dan juga sebelah Halina. Saya suka tonjolkan anak-anak dengan unsur kasih sayang selain ‘push’ mereka sehingga ke tahap maksima kerana kita tidak tahu potensi mereka yang boleh pergi.
“Saya mahu didik mereka dalam semua bidang termasuklah bab agama, akhlak, mengaji, belajar berenang, tekwando dan pelbagai lagi. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, demikian juga kami. Dalam hal ini, saya mengharapkan anak-anak akan jadi lebih baik daripada kami kelak. Awalnya isteri saya agak takut dan kesian kerana anak-anak masih kecil.
“Tetapi sebenarnya mereka suka jika apa yang kita suruh buat itu benda yang menyeronokkan buat mereka. Penerimaan Bella dan Tasha baik dan saya tidak suka mereka membazir masa begitu sahaja kerana pada saya setipa minit itu adalah pelajaran. Kebetulan juga kami berdua sibuk dengan kerja, kerana itu saya suka hantar anak-anak ke kelas untuk menambahkan kemahiran mereka.
“Pernah juga mak saya tegur kononnya biarlah anak-anak main tetapi bagi saya pelajaran juga satu corak permainan. Contohnya ke kelas menyanyi, persekitaran tersebut cukup menyeronokkan. Jadi, daripada situ mereka selesa dan seronok untuk belajar. Saya berimpian mahu melihat anak-anak mengikut jejak langkah kami dalam bidang kedoktoran. Kerana itu saya mendedahkan mereka dengan bidang perubatan ini sejak awal lagi.
“Tetapi andai suatu hari nanti mereka mahu memilih bidang lain, saya akur. Tetapi saya percaya jika kita didik dan asuh minda mereka sejak awal ke arah tersebut, maka saya yakin mereka akan menuju ke arah yang betul.
Take a break elak stress
Ditanya mengenai cabaran memiliki anak kembar, jelas Angkasawan negara ini lagi, memang sangat mencabar dan dalam masa yang sama terselit kebimbangan tidak mampu memberi kasih sayang sama rata.
“Memang stress dan kadang kala penat sangat kerana boleh dikatakan 24 jam kami menguruskan anak-anak sendiri. Saya bangun jam 2-3 pagi untuk susukan dan dodoikan anak. Pada saya suami kena banyak berkorban dan jangan harapkan isteri sahaja. Saya lebih suka berjaga malam dan biarkan Dr Halina tidur dan berehat. Pada saya, sebagaimana isteri berkorban begitu juga suami dan kedua-dua kena main peranan.
“Saya selalu pesan pada isteri, kalau penat ambil rehat dengan pergi keluar untuk ‘take a break’ walau hanya 30 minit. Tetapi jarang sebenarnya nak stress kerana penat macam mana sekali pun itu adalah sesuatu yang kami suka lakukan. Lagipun kembar memerlukan perhatian lebih terutama Noah yang agak kecil berbanding Adam. Jadi, dalam diam-diam saya susukan lebih supaya dapat naikkan beratnya dan Alhamdulillah tidak banyak beza kedua-duanya,” seloroh Dato’ Dr Sheikh Muszaphar lagi.
Anak sekolah aliran Cina
Tidak mahu anak terkena kejutan budaya membuatkan pasangan ini menghantar anak-anak bersekolah lebih awal sedari usia 3 tahun. Bahkan Bella menurut Dato Dr Sheikh Muszaphar lagi sudah mencapai level tahun empat untuk subjek matematik dan Bahasa Inggeris. Mengakui Bella banyak mengikut jejak langkah isterinya terutama bab bergaya, mekap, kasut dan sebagainya, Dato Dr Sheikh juga menghantar anak-anak ke sekolah Cina.
“Saya selesa menghantar anak-anak ke sekolah kerajaan kerana tidak mahu anak berasa diri ‘besar’ sebaliknya mahu mereka jadi orang biasa yang sentiasa rendah diri. Sekolah Cina menjadi pilihan kerana mahu mereka fasih bahasa Mandarin. Walaupun saya secara peribadinya tidak tahu berbahasa Cina dan terpaksa membuka Google translate apabila mengajar anak-anak, saya tidak kisah kerana bahasa ini amat penting untuk masa depan,”ulas Dato Sheikh Muszaphar.
Parenting satu eksperimen
Mengakui masih baru dalam bab keibu bapaan, Dato Dr Sheikh Muszaphar tidak mengharapkan semua orang menerima kaedah yang dipraktikkannya itu.
“Ini cara saya dan kepada mereka yang tidak setuju tidak apa. Kerana proses parenting ini seperti satu eksperimen. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Mungkin kita sudah berikan yang terbaik tetapi hasilnya berbeza. Namun yang pasti saya sudah melakukan yang terbaik dan jika ada yang mahu mencontohi cara saya, maka boleh ikut.
“Keutamaan saya lebih pada keluarga dan bab memberi ceramah masih diteruskan cuma tidak mahu terima terlalu banyak. Soal penerimaan tawaran untuk anak-anak buat masa sekarang kami masih kawal lagi. Kami tidak mahu mereka didedahkan pada bidang komersil dan memilih produk yang bersesuaian dengan anak-anak,”jelas Dato Dr Sheikh Muszaphar yang mengakui kerjasama dan perancangan awal yang sistematik memudahkan dia dan isteri menguruskan anak-anak baik di rumah mahupun ketika bercuti dan sebagainya.
Sumber: Majalah Keluarga Jan-Feb 2018