“Orang Yang Paling Kalut, Penat Serta Letih Setiap Pagi Adalah Wanita Bergelar Isteri & Ibu.

Share

Berkongsi hidup bermakna, berkongsi segala-galanya. Susah, senang, suka dan duka. Begitu juga dalam hal menguruskan rumah tangga. Takkan jatuh ego seseorang lelaki andai menghulurkan sedikit bantuan kepada sang isteri waima mencuci pinggan sekali pun.

Apatah lagi jika mengambil alih segala tugas di dalam rumah, itu ibarat ‘double bonus’. Tetapi isteri jangan pula naik lemak. Sama-sama bantu dan menguruskan rumah tangga, pasti lebih bermakna dan menyemarakkan lagi kasih sayang.

Demikian juga dengan suami dan juga ayah kepada 4 cahaya mata ini. Dr Syahr Musafir  cukup ringan tulang dalam membantu isterinya menguruskan anak-anak. Bahkan, setiap pagi bangun awal bagi menyediakan bekal dan sarapan untuk mereka sekeluarga. Salute!

Baca perkongsian Dr Syahr ini. Moga menjadi panduan dan manfaat untuk kita bersama!


“Walaupun setiap pagi saya sebagai suami dan ayah sediakan sarapan dan bekal sekolah, sediakan air mandian anak-anak, tukar lampin, dukung anak, kemas dapur, ada masanya seterikakan baju sendiri dan anak-anak, sediakan susu anak dan sebagainya saya bukanlah orang yang paling kalut dan penat berpeluh setiap pagi… Kerana orang yang paling kalut, penat dan letih setiap pagi adalah sorang wanita bergelar isteri dan ibu.

“Setiap malam saya lihat isteri saya nak pastikan suaminya ini dapat tidur yang cukup, tak nak ganggu tidur suami dan sebagainya, penat pun tak kejut suami jaga anak-anak waktu malam, kecuali saya sedar sendiri. Paginya pula isteri inilah check baju yang dah siap gosok itu sempurna atau tidak, sebab nak pastikan suami pergi kerja baju bergosok elok, bersih, wangi, anak ke sekolah dalam keadaan selesa, bersih, kemas.

 

“Air mandian anak pun isteri check cukup suam atau terlalu panas atau terlalu sejuk, lampin anak pun jika saya lambat atau tak sempat tukar isteri inilah reminds atau pergi tukar sendiri, sambil dukung anak ke hulu ke hilir, layan anak nangis, betulkan tudung, pesan kalau saya penat atau terlewat tak perlulah kemas dapur nanti dia boleh kemaskan, tolong pastikan saya dah ambil kunci kereta, enjin dah dipanaskan ke belum, buka pintu pagar, bla bla bla.

Baca senarai itu, boleh faham siapa paling kalut, penat, berpeluh dan letih setiap pagi, kan?

With all these sacrifices made, this is why I cannot fathom and comprehend why there are husbands who don’t love their wives.

Kepenatan baru pulang bermusafir semalam masih belum hilang, saya tak larat nak masak jadi saya sediakan sandwich saja untuk #SarapanPagi dan #BekalSekolah hari ini:

1. Roti dan daging burger ayam jenama Ramly (goreng guna air fryer), letak sos dan timun saja.

2. Roti saya sapu peanut butter dan hirisan pisang. Resepi rakan sekerja (orang putih berasal dari Kanada) masa kerja di Australia dulu. Super sedap!

3. Malam semalam sempat singgah pasar malam on the way balik rumah, beli ayam goreng, potato springs dan keropok. Tak habis makan, simpan dalam peti sejuk, pagi ini panaskan semula bolehlah makan untuk sarapan pagi.

Tetapi isteri saya tak pernah check makanan yang saya sediakan itu bagus ke, sedap ke tak sedap ke. Dia percaya suaminya ini masak sedap kot. Heheh, saya puji diri sendiri ni….??

Wahai suami sekalian, sama-samalah kita menghargai isteri(-isteri) kita.

#DapurDrSyahr #SuamiMasak #KeluargaDrSyahr 17/02/2019.