“Orang Tu Ambik Rantai Kak Ngah.” Ibu Ni Kongsi Kisah Anak Trauma Selepas Rantai Kena Ragut

Share

Malang tak berbau. aktiviti riadah bersama keluarga sepatutnya berlangsung penuh keriangan akhirnya bertukar duka bila mana anak menjadi mangsa ragut.

Kejadian hitam itu berlaku ketika keluarga ini berkunjung ke Jom Heboh di Batu Kawan baru-baru ini. Dalam sekelip mata ia berlaku, namun kesannya cukup mendalam. Si anak yang menjadi mangsa ragut oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Kisah ini dimuat naik sendiri oleh Siti Haryani Azmi menerusi laman facebook. 


Kejadian hitam di Jom Heboh Batu Kawan yang takkan kami lupakan sampai bila-bila.

29 September. Hari Ahad. Hari kami sekeluarga nak beriadah, berseronok, happy-happy tapi sebaliknya berlaku.

Rantai leher Anelia kena ragut kat jom heboh. Baru saja kami sampai sana. Masa tu tengah jalan dekat bahagian orang jual barang 1 beg rm10. Ada jacker, zess apa semua tu.

Sedar-sedar Anelia menangis. Tanya-tanya dia jawab “orang tu amek rantai kakngah”. Baru perasan tengok leher takdak rantai dah. Merah habis leher dia kesan kena tarik. Ya Allah, kesian anak aku 😭

Jenguk-jenguk cari memang tak tahu siapa yang amek . Gelabah cikni dah macam apa kat sana. Nak menjerit, nak melolong pun tak guna. Peragut mungkin ada sebelah cikni saja tapi kita tak tahu siapa dia.

Suami cikni pegang tangan Anelia time tu. Orang memang ramai bersesak. Dengan bising speaker main lagu, dengan bising penjual dok bercakap pakai mic. Pandai sungguh peragut cari tempat dan masa.

Akibat kejadian tersebut, si anak menjadi trauma selain turut mengalami luka kecil kesan merah akibat kuku

Rantai tak kisah. Ada rezeki boleh beli lain. Tapi anak yang penting. Mujur tak luka apa. Cuma kesan merah-merah dengan kesan kuku saja kat belakang. Kalau cikni jumpa pelaku, cikni cakar-cakar dia balik.

Jom heboh memang tak pernah bawak depa mai. Sampai depa dah besar sikit ni baru jejak kaki.

Ibu mintak maaf kat Anelia. Kesian dia trauma sampai balik ke rumah still dok gitao “orang tu amek rantai kakngah, nanti kita habaq kat polis, orang tu perempuan tak pakai tudung, orang tu jalan dua orang, orang tu gemuk, orang tu rambut panjang.”

Semua details dia cerita. Wallahualam sama ada betul atau tak gambaran dia bagi tu. Tapi setiap kali tanya, cerita dia sama.

Moga jadi pengajaran buat cikni dan semua yang ada anak dara. Kalau pakai barang kemas, bukaklah bila ke tempat sesak dan ramai orang. Spesies jahat lani ada di mana-mana. Tergamak buat dekat insan sekecil tu.

Dan untuk pelaku tersebut, kami sekeluarga memang tak dapat buat apa. Tapi ingatlah Allah ada. Dan setiap perbuatan buruk pasti ada balasannya.

Tolong doakan Anelia dapat lupakan kisah hitam ni ya 😔

Hati-hati buat semua tak kira ke mana kita pergi. Orang jahat sedang memerhati dan menunggu masa terbaik saja untuk lancarkan kerja.

 

Kredit fb Siti Haryani Azmi