Kehidupan di dunia yang sementara ini sememangnya penuh dengan ujian. Setiap antara kita pasti merasai ujian dalam kehidupan masing-masing. Namun dengan adanya rasa yakin bahawa setiap ujian yang diberikan ada hikmahnya dan bukan sia-sia daripadaNya.

Begitulah jua kisahnya buat pasangan suami isteri ini apabila keduanya diuji dengan penyakit kronik. Di mana Auni Afiqah menghidap barah tiriod serta kegagalan buah pinggang tahap 5, manakala suaminya pula iaitu Norzam Iskandar mengalami  ‘Muscular Dystrophy’ yang menyebabkan otot lemah dan tulang belakang membengkok.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Pun begitu ia bukanlah penghalang untuk pasangan suami isteri ini terus menjalani kehidupan yang membahagian bahkan sentiasa saling menjaga antara satu sama lain.

Orang Selalu Doakan Rezeki Anak, Tapi Akak Tak Harap

Pasangan suami isteri ini sering dilihat berkongsi cerita kehidupan mereka di media sosial. Jadi tidak hairanlah ada antara wargamaya telah mengenali insan ini dan sekali gus mengagumi semangat yang dimiliki oleh Auni dan pasangannya. Malah tidak dinafikan turut  terinspirasi dengan kesabarannya dalam melalui kehidupan ini.

Baru-baru ini Auni ada menjawab persoalan daripada warganet berkenaan soal anak. Memandangkan sebagai pasangan suami isteri pastinya kita semua mahukan zuriat untuk menjadi penyambung keturunan.

“Orang Selalu Doakan Rezeki Anak, Tapi Akak Tak Harap…”-9 Tahun Berkahwin, Isteri Ni Kekal Positif Buat Netizen Terharu!

Ads

Menjawab hal berkenaan, Auni dilihat cukup tenang dan matang. Dia sedikit pun tidak meletakkan sebarang harapan tentang rezeki anak sejak berkahwin 9 tahun yang lalu.

 

Malah jika ada sekali pun, wanita berusia 32 tahun ini bimbang nasib anak tersebut mungkin terabai disebabkan keterbatasan dirinya dan suaminya.

Ujarnya lagi apa yang lebih diharapkan kini adalah direzekikan dengan kesihatan untuk dirinya dan suaminya. Itu pun sudah cukup memadainya buatnya.

@aunimuthallib Replying to @imanakif275 ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

 

Ads

Meninjau di ruangan komen perkongsian ini memberi pelbagai reaksi dan kebanyakkan memuji tahap kesabaran dan sikap positif pasangan suami isteri ini.  Ini sekali gus menyuntik semangat dan inspirasi pada yang di luar sana yang belum dikurniakan zuriat untuk sabar menerima ujian.

akk tahu tak, akk selalu bagi saya positive vibes🥺,, lurveee sgt❤️

its ok kak.. inshallh moga makbul doa kakak. Sedih sy dgr ayat mula tu.. sy pernah berada disitu dulu..

semoga akak sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan🥰

ya allah , kuatnya akak 😭❤️loveyouuu semoga dipermudahkan segala urusan

asalkan akak dengan suami sihat bahagia hingga ke jannah. semoga dimurahkan rezeki selalu 🤲🏻

Ads

Sumber : Tiktok @aunimuthallib

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Orang Selalu Doakan Rezeki Anak, Tapi Akak Tak Harap…”-9 Tahun Berkahwin, Isteri Ni Kekal Positif Buat Netizen Terharu!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI