Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan kehadiran si kecil dalam rumah tangga. Bagi yang bertuah mungkin awal kahwin sudah dikurniakan rezeki ini tapi tak kurang juga yang terpaksa menanti lama baru dapat.
Ada juga pasangan yang berkahwin bertahun-tahun namun belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri.
Terbaru, Achey memberitahu sterinya, Nor Hasanah Yahaya ingin menjalani rawatan kesuburan menerusi proses ujian persenyawaan in vitro (IVF) sebagai salah satu usaha untuk mereka menimang cahaya mata sendiri.
“Awal bulan Disember tahun lalu, saya dan isteri memang ada rancang nak buat IVF. Cuma memikirkan mungkin banyak program komedi pada hujung tahun, perancangan itu agak susah kerana nak buat proses tersebut tak boleh stres.
Menurut Achey, dia dan isteri memang mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata selepas mengambil anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia dua tahun.
Pada masa sama, katanya, dia tidak kisah sekiranya ada rezeki untuk mengambil anak angkat lagi.
“Tak kisah sebenarnya kalau tambah anak angkat lagi. Bila dah ada seorang jadi seronok. Cuma, kalau boleh nak puas jaga sampai umurnya tiga tahun. Mungkin tambah seorang anak lelaki pula.
Sumber: Astro Gempak
Gambar: acheykintangkintung