
Usahawan dan hos terkenal, Neelofa berkongsi perkembangan anak pertamanya yang sudah mulai belajar meniarap.
Perkongsian tersebut dikongsikan Neelofa menerusi Insta Storiesnya serta media sosial Tiktok.
Sambil berkongsi ragam anak hasil perkongsian hidup bersama suami, Haris Ismail atau PU Riz itu, bekas hos MeleTOP ini turut merakamkan figura Bilal yang ‘semangat’ buat tatapan peminat.
“Bilal nak pandai meniarap dah ni. Orang puasa pun boleh lapar tengok tangan paha Bilal ni,” tulisnya.
Manakala di dalam foto Bilal yang seterusnya, Neelofa turut mengambil single pertama suami, Zikir, Selawat & Pesanan Untuk Bilal sebagai latar muzik.
Terdahulu media melaporkan, lirik lagu berkenaan dihasilkan bersama komposer dan penyanyi, Fahimi Rahmat yang didedikasikan buat Bilal.
Ia dirakam dan dihasilkan sebelum Ramadan dan mengambil masa 10 hari untuk disiapkan termasuk penggambaran video muzik.
Sumber: Neelofa
ARTIKEL MENARIK: “Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!
ARTIKEL POPULAR: “Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai Terhibur
BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Adik Beradik Left Group, Seumpana Memutuskan Silaturahim. Ini Darah Daging Bukan Kawan-kawan

Pertelingkahan atau ketidak persefahaman antara adik beradik bukanlah perkara asing dalam institusi kekeluargaan.
Malah banyak insiden mengerikan berlaku sama ada di dalam mahupun luar negara.
Pun begitu, hubungan antara adik-beradik sering disifatkan sebagai ‘air yang dicincang takkan putus’.
Menerusi nukilan Setiausaha Majlis Ulama Isma (MUIS), Dr Ahmad Sanusi Azmi, mendoakan adik-beradik sendiri adalah sifat yang mulia dan ia dinyatakan dalam al-Quran.
Perkara ini dapat dilihat apabila Nabi Musa mendoakan abangnya Nabi Harun.
Hubungan abang adik ini adalah antara perkara yang menarik untuk diterokai kerana kehidupan mereka yang digambarkan di dalam al-Quran sebagai adik-beradik yang saling bantu-membantu antara satu sama lain dalam usaha dakwah.
Nabi Musa dan Nabi Harun memiliki dua karakter berbeza yang ditampilkan di dalam al-Quran.
Nabi Musa orangnya keras, sedangkan Nabi Harun itu sikapnya lembut.
Ini dapat dilihat daripada peristiwa yang berlaku setelah kaum mereka menyeleweng dari ajaran Islam, Musa memarahi abangnya Harun dengan menggenggam janggutnya dan menarik rambutnya.
Namun Harun membalas dengan baik dengan katanya yang bermaksud:
“Wahai anak ibuku (Nabi Musa)! Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku.
Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: “Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrail sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku!” Surah Taha: 94.
Nabi Harun orangnya fasih sedang Nabi Musa barangkali tuturnya tidak berapa lancar.
Artikel Berkaitan
Perkara ini diakui sendiri oleh Nabi Musa ketika meminta bantuan daripada Allah supaya Allah mengutuskan Harun sebagai pembantunya kerana beliau lebih fasih dalam bertutur.
Kata Nabi Musa yang bermaksud: “Dan saudaraku Harun, dia lebih fasih dari diriku” Surah al-Qasas: 34.
Walaupun memiliki karakter yang berbeza, dua beradik ini adalah pasangan yang ideal dalam dakwah.
Ketika Allah memerintahkan Nabi Musa untuk berdakwah kepada Firaun, beliau memohon supaya Allah melantik Harun, abangnya sebagai pembantu.
Pelantikan Nabi Harun sebagai pembantu Nabi Musa ini disebut berulang-ulang kali di dalam al-Quran yang menggambarkan betapa besar peranan Harun sebagai pembantu misi dakwah tersebut.
Allah menceritakan dialog Musa ini di dalam al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “Dan jadikanlah bagiku, seorang pembantu dari keluargaku. [30] Iaitu Harun saudaraku [31] Kuatkanlah pendirianku dengan sokongannya [32] Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku [33] Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu [34] – Surah Taha: 30-34.
Bukan sahaja saling membantu, Nabi Musa juga direkodkan sebagai mendoakan keampunan buat abangnya. Berapa ramai dalam kalangan kita yang mendoakan sesama adik-beradik sendiri?
“Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam syurga.” (Surah al-A’raf:151)
Melihatkan kepada doa ini, alangkah baiknya andai sesama adik-beradik itu saling mendoakan kebaikan dan keampunan sesama mereka agar mereka semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah.
Jika timbul masalah sesama adik-beradik, selesaikan secara baik menerusi perbincangan tanpa perlu mengambil langkah tidak matang seperti left WhatsApp group!
Sumber : Mstar
Artikel Berkaitan
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Kadang Saya Terpaksa Tebalkan Muka…”-Hidup Dalam Kesempitan, Mohon Diberi Bantuan!

Pernahkah anda lalui situasi tersepit dalam kehidupan kerana kekurangan wang? Kisah kali ini mengenai sebuah keluarga yang dilanda kesusahan yang tidak dapat dielak kecuali dengan bantuan orang ramai. Kisah sebuah keluarga yang mengalami ziro wang.
Keluarga Nurie
Tersebutlah kisah seorang wanita yang dikenali sebagai Nurie Azzarina Noor Abdullah.
Nurie seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai 4 orang anak. Bekalan makanan dan kewangan kini terputus habis.
“Dulu suami memang bekerja dan suami start tidak dapat kerja dari tahun 2020 sebab dia kerap masuk hospital. Dulu dia bekerja sendiri macam ambik order dari bank untuk tarik kereta orang yang tidak bayar. Gaji suami masa tu dalam RM800” kata Nurie
Suami Nurie tidak mampu bekerja sekarang oleh sebab penyakit yang dialaminya dan kekerapan mendapat rawatan di hospital.
Keadaan suaminya tidak bertambah baik malah semakin teruk disebabkan ususnya yang bocor bercampuran dengan najis dan air kencingnya sendiri.
Suaminya hanya bergantung kepada ubat untuk teruskan kehidupan dan adakalanya suami tidak dapat mengambil ubat kerana tiada wang.
Anak-anak Nurie pula yang berumur 13 tahun dan 14 tahun terpaksa ponteng sekolah berulang kali kerana kehabisan wang.
Bukan setakat duit belanja sekolah yang tidak mampu diberi, duit minyak untuk menghantar mereka ke sekolah pun tidak mencukupi.
Dimanakah saudara-mara keluarga Nurie?
Pada asalnya, keluarga Nurie dapat hidup dengan menggunakan pencen bapa mertua tetapi sudah habis sekarang.
Keluarga mertua tinggal di bawah bumbung yang sama bersama keluarga Nurie.
Bil api dan air keluarga Nurie dibayar oleh adik iparnya.
Jika anda tertanya-tanya kenapa saudara-mara keluarga Nurie tidak memberi bantuan yang lebih, bukan kerana sikap kedekut, tetapi saudara-maranya juga merupakan golongan yang susah.
Jadi keluarga Nurie pun tidak boleh meminta lebih kerana saudara-maranya perlu mengutamakan keluarga mereka sendiri.
“Kadang saya terpaksa tebalkan muka untuk berhutang demi membeli beras, makanan basah buat masak” kata Nurie
Bagaimanakah kami boleh bantu keluarga Nurie?
Kita sebagai rakyat boleh membantu keluarga Nurie dengan sumbangan.
Kalau anda tidak mampu beri sumbangan dalam bentuk wang, anda boleh menjalankan tanggungjawab anda sebagai netizen yang prihatin dengan mengongsikan kisah keluarga Nurie di platform media sosial anda.
“Saya mencuba nasib mohon bantuan dekat Marhaen saja dan andai bukan rezeki saya pun saya faham sebab situasi saya masih boleh ditanggung oleh pihak mertua biar pun hanya ala-ala kadar sahaja. Semoga ada Hamba Allah yang sudi merenungkan nasib saya dan keluarga dan saya doakan agar penderma-penderma sentiasa dimurahkan rezeki. InsyaAllah” kata Nurie
Untuk membuat sumbangan wang kepada keluarga Nurie, sila layari laman web ini: https://marhaen.my/campaign/512?ref=nurie1
Terima Kasih.
Sumber: Yati (@hyyatii) di Twitter
ARTIKEL MENARIK : Adunan Tak Naik? Wanita Ni Kongsikan Sebabnya Pada Yis!
Baca Ini Juga :Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Memiliki Rumah Pertama Tak Susah Mana Pun, Ni Panduannya Untuk Yang Tak Tahu!

Mendirikan rumah tangga tentu sahaja di awal perkahwinan kita sudah impikan dapat tinggal di rumah sendir yang bukan sahaja selesa malah menepati citarasa keluarga. Pun begitu, senario pasangan suami isteri hari ini, walaupun sudah 10 tahun hidup berkeluarga namun masih belum mampu membeli kediaman sendiri.
Mungkin selama ini tidak betul cara atau usaha yang dilakukan untuk merialisasikan memiliki kediaman sendiri. Untuk itu, apa kata semak panduan yang diberikan ini untuk pastikan kediaman impian keluarga dapat dimiliki pada tahun akan datang. Selamat mencuba!
PANDUAN JIKA BELUM ADA RUMAH PERTAMA.
Berdasarkan survey malam tadi masih ramai pembaca saya belum ada rumah pertama.
Saranan saya ini berdasarkan suasana Tuan Cik Puan hadapi.
1. Rumah Pertama sebaiknya rumah pelaburan, bukan rumah yang kita nak duduk.
2. Cari kediaman yang bawah RM300,000 dulu untuk bermula.
3. Jika gaji kita RM3500 sebulan, rumah yang baik untuk kita adalah RM273,000 sahaja.
Bagaimana hitungnya.
4. Gaji bulanan x 12 bulan x 6.5 = Harga Kediaman Sesuai untuk kita.
5. Hutang pembiayaan rumah sendiri sebaiknya tak lebih dari 35% gaji. Contohnya gaji RM3500 x 35% = RM1,225 sebulan.
6. Rumah pertama sebaiknya 3 bilik 2 bilik air. Jangan malu bermula dengan rumah pangsa, apartment atau kos rendah rumah rakyat.
7. Jangan percaya mitos rumah turun harga, yang turun harga itu rumah yang ‘over price’ yang dijual dulu kala oleh pemaju tamak haloba.
8. Jangan ‘tunggu untuk beli rumah’ tetapi ‘beli rumah dan ‘tunggu’. Pasti ada kenaikkan nilai baru pada hartanah.
9. Jangan malu malu cari ilmu, baca blog atau baca buku saya. Mesti beli banyak rumah punya
10. Jika gaji kecil, buat pendapatan tambahan untuk sokong pengajian kita. Jangan mengalah.
11. Jika rumah baru mahal, beli rumah lelong atau terpakai. Masih banyak diluar sana.
12. Jika malas baca buku datang seminar ini, ramai yang datang tak beli rumah sebiji tetapi dah banyak rumah dibeli.
sumber : Azizul Azli Ahmad