Orang dulu-dulu mudah sangat memberi nama anak. Tidak perlu merujuk pada mana-mana kitab, mereka melihat keindahan alam keliling dan terus mendapat ilham untuk memilih nama bagi bayi yang baharu lahir. Kadang-kadang janin baharu melekat pada rahim, macam-macam nama telah difikirkan.
Kalau yang lahir bayi perempuan bunga di halaman rumah akan dijadikan nama anak. Sebab itu nenek-nenek kita ada yang nama Melati, Ros, Cempaka, Kemboja, Melur, Kuntum. Tetapi mereka hanya pilih bunga yang sedap disebut. Sebab itu tidak ada anak yang dinamakan Tahi Ayam.
Nama bunga memang sesuai untuk perempuan. Tentulah tidak sedap dan janggal disebut sekiranya buah-buah pun dijadikan nama anak. Kalau tidak pasti ada opah kita yang bernama Kundur, Duku, Rambai, Durian Belanda, Jambu Batu dan sebagainya.
Sesetengah nama lelaki pun diambil dari alam keliling. Salah satu yang saya ingat sangat ialah nama rakan sekelas sejak darjah satu, iaitu Mohd Dahan. Dalam cerita-cerita rakyat kita ada tokoh lelaki bernama Demang Lebar Daun. Agaknya dia lahir di bawah pokok ketapang yang daunnya lebar.
Ikut Buku
Orang sekarang mudah memilih nama anak, sebab ada banyak buku khusus untuk memilih nama bayi. Nama-nama dalam buku berkenaan biasanya diambil dari al-Quran dengan makna yang cantik dan menarik. Kata opah, nama saya adalah dari bahasa Arab yang bermaksud ‘tinggi’. Secara kebetulan, saya paling tinggi dalam keluarga.
Ads
Tetapi ada juga memilih nama bayi tanpa merujuk mana-mana pihak. Nama diberi keranya sebutannya yang indah. Hanya setelah besar baru diketahui nama yang diberi itu membawa erti yang tidak berapa sedap, seperti yang dihebuhkan di media mengenai nama perempuan yang bermaksud ‘tempat keluar darah’.
Ada juga nama yang sebutan Arabnya indah tetapi membawa makna yang tidak sedap apabila diterjemahkan ke bahasa Melayu, seperti ‘binatang’, ‘penzina’, ‘sejahat-jahat makhluk’ dan sebagainya. Seorang kawan saya namanya juga dari istilah Arab. Baru sekarang dia tahu namanya jika diterjemahkan ke bahasa kita maknanya ‘unta’.
Sebenarnya nama-nama orang putih pun bukan semua cantik maknanya. David Copperfield (padang tembaga), Blacksmith (tukang besi). Ada juga orang putih yang menggunakan alam keliling untuk nama, seperti George Bush (semak-samun).
Ini biasa berlaku
Ads
Dalam masyarakat kita nama cantik pada kad pengenalan pun tidak semestinya disebut cantik dalam kehidupan harian. Contoh: Zubaidah dalam sijil beranak, tetapi hari-hari disebut ‘Bedut’. Ada yang nama hebat dalam kad pengenalan, tetapi dipanggil dengan pelbagai gelaran seperti ‘Ketot’, ‘Sendo’, ‘Batman’, ‘Mat Tempe’, dan sebagainya.
Agak-agak apa nama yang paling panjang? Walaupun sesak nafas untuk menyebutnya, saya mengucapkan tahniah kepada Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam. Dia telah diiktiraf sebagai nama terpanjang pernah didaftarkan di Jabatan Perdaftaran Negara (JPN) sejak jabatan itu beroperasi pada tahun 1948.
Seperti yang dilaporkan media, nama terpanjang lagi unik itu diumumkan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Sulaiman Keling ketika berucap pada Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi 2014 di Ibu Pejabat JPN. Difahamkan, pada ketika itu pemilik nama terpanjang di Malaysia itu berusia lapan tahun, dan masih menuntut di sebuah sekolah rendah. Cuba kira berapa usianya sekarang?
Setelah dikira, inilah nama paling banyak huruf – 67, termasuk ‘binti’ – setakat ini. Ada sesiapa yang ingin memecah rekod nama terpanjang ini? Sebelum ini saya ingat pelakon orang putih bertubuh sasa, Arnold Alois Schwarzenegger – 25 huruf – adalah nama terpanjang dalam dunia. Syabas, orang Melayu telah memecahkan rekod nama terpanjang dunia. Pasti ini boleh masuk dalam Guinness Book of World Records.
Gabung Nama
Ads
Ada pasangan suami isteri yang mencantumkan nama mereka untuk dijadikan nama anak. Sekiranya nama suami ‘Ramli’ dan isteri ‘Azilla’, anak mereka dinamakan ‘Ramzilla’. ‘Gafar’ dan ‘Sawiyah’ digabungkan menjadi ‘Gayah’. ‘Aziz’ dan ‘Salwa’ menjadi ‘Azwa’.
Tetapi, kena hati-hati juga sekiranya hendak menggabungkan nama, terutama sekiranya suami ‘Bahar’ dan isteri ‘Ruby’. Kalau tersilap gabung jadi nama ‘Baby’. Walaupun ejaannya macam istilah Inggeris, tetapi sebutan Melayunya tidak berapa sedap, orang tidak berani hendak sentuh.
Kesimpulannya, kalau ditanya apa ada pada nama, jawapannya ‘macam-macam ada!’
sumber :Abd Jalil Ali
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lumrahnya bila sebut tentang membebel, kaum perempuan
begitu sinonim dikaitkan berbanding lelaki.
Namun sedar atau tidak, sebenarnya wanita atau seorang ibu itu lebih suka membebel disebabkan oleh banyak faktor.
Wajar bagi si suami memahami keadaan isterinya. Jangan pula
disindir atau diajuk setiap bebelan tersebut kerana bimbang mendetangkan kesan yang negatif.
Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh saudara Mohd Fhais ini. Jom semak.
Jangan gelak, ajuk atau sindir pada isteri membebel. Lebih lebih lagi masa di depan anak.
Mula memang nampak macam kelakar tapi hakikatnya isteri sedang dalam kesakitan emosi.
Dan paling sakit lagi bila anak anak mula hilang hormat pada mak mereka.
Ya, cara kita yang mula kelakar tadi di lihat anak anak sebagai satu amalan yang patut di ikuti.
Anak anak ni dia tak belajar dengan kata-kata dan arahan tapi mereka belajar dengan melihat contoh dari kita.
Dan contoh dari seorang ayah paling senang di ikuti anak anak.
Bagaimana kita buat begitu la dia akan tiru. Jika kita gelak masa isteri membebel, maka dia pun akan gelak bila ibunya membebel.
Paling bahaya lagi takut apa yang dia belajar ni jadi tradisi pula. Sampai kahwin di buat benda yang sama pada isteri mereka pula.
Oleh itu, kita kena la ambil serius bila isteri membebel atau merungut jika ada sesuatu yang tak kena.
Walau kelakar sekalipun saat itu jangan gelak di depan anak anak, cuba buat muka serius. Bila anak dah tak ada nak gelak gelak la puas puas.
Tapi sebaiknya daripada gelak baik tunjuk sifat empati sebab isteri tu membebel bukan untuk buat kelakar tapi nak bagitahu dia sedang sakit emosi dan kepenatan.
Sumber :
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pejam celik pejam celik, rupanya begitu cepat masa berlalu. Seakan terasa baru semalam kisah pasangan suami isteri ini viral di media sosial kerana lelaki ini berkahwin dengan pasangan yang mempunyai saiz badan yang kerdil seperti kanak-kanak.
Alih-alih bila meninjau di akaun TikTok Yaya mekcekk telah ada beberapa video yang dikongsikan yang memperlihatkan betapa gembiranya pasangan ini dalam menanti kelahiran anak sulung mereka yang bakal lahir 2 bulan lagi.
Dalam video yang dikongsikan Yaya yang membahasakan dirinya ‘ibu’ mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang membawanya keluar untuk membeli belah.
Dapat dilihat dalam video yang ditonton hingga lebih 12 juta view ini, walaupun Yaya sarat mengandung dengan keadaan fizikalnya yang kecil namun tetap lincah dan bertenaga berjalan-jalan untuk membeli belah.
Aksinya berjalan sambil mengusung perutnya yang membulat sempat mencuri perhatian orang ramai.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan Yaya yang dilihat masih bertenaga untuk ke sana dan ke sini dalam keadaan kandungannya yang semakin sarat.
Malah tidak kurang juga yang mengusik mengatakan betapa comelnya ibu genit ini. Tidak dengan itu ada juga yang melahirkan rasa risau dan mendoakan agar dipermudahkan untuk melalui proses bersalin kelak dengan selamat.
Anda mungkin pernah menyaksikan situasi ini: Sebuah keluarga dengan anak kecil yang suka menjerit sekuat-sekuatnya di khalayak ramai.
Naik geram dibuatnya! Sungguh mencabar tugas ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
Jadi begiini cara untuk mengendalikan anak sebegini. Ikuti perkongsian ini.
Anak suka menjerit
Anak kuat menjerit sebab dia senang triggered! Bukan dia suka-suka nak jerit tapi yang sebenarnya dia sendiri tak dapat nak kawal kotak suaranya.
Terutamanya bila dia rasa 5 emosi besar ni : – marah – sedih – gembira – takut – terkejut
Automatik, dia akan triggered dan terus menjerit secara spontan. Anak tak salah pun sebenarnya, ia di luar kawalan, tapi dia selalu rasa bersalah. Ini pasti! Sebaiknya kita didik anak cara untuk meluahkan emosi dengan betul. Itu lebih baik.
1 – Kenalkan anak dengan 5 emosi utama. Boleh guna mimik muka, buat muka dengan emosi berbeza-beza dan minta anak teka. Anak lebih senang belajar guna bahasa tubuh berbanding kata-kata. Boleh juga jadikan games cuba teka emosi ibu hari ini. Hihi
2 – Ajar anak labelkan emosi dia Bila dia jerit kita buat-buat tanya dia, “Abg marah ke sebab ibu kata tak boleh main luar?” Lama-lama nanti anak sendiri pandai ucap bila dia rasa marah. Silap hari bulan, dia tak jerit lagi dah.
3 – Latih anak tenangkan dirinya sendiri Tips 1 : Bila marah boleh ajar anak urut dadanya dari atas ke bawah. Ulang sampai tenang. Tips 2 : Tarik nafas 4-4-4 ( 4 saat sedut, 4 saat tahan, 4 saat hembus ) – ulang sampai tenang Tips 3 : Satu lagi teknik grounding ialah peluk diri sendiri seerat-eratnya sampai rasa tenang. Senang je.
Tak susah pun sebenarnya nak handle anak yang kuat menjerit ni, kita ajar dia kawal emosi dengan sendiri jerit dia pun terkawal. Yang penting, bila anak kuat menjerit kita jangan cepat triggered pula. Naya sungguh la gitu.
Anak menjerit, kita menjerit. Siapa pula yang nak tenangkan. Aduhai.. Sebab tu la kita sebagai ibu ayah kena mahir dulu skil kawal emosi ni, baru la senang nak tenangkan diri sendiri dan tenangkan anak. Wallahu A’lam,
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Dikurniakan rezeki usia yang panjang, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencipta sejarah apabila membuka semula kapsul masa yang dikenali sebagai Kapsul Masa...