Orang Melayu kaum paling ramai lahirkan bayi. Jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan sebanyak 10.2 peratus iaitu 100,732 kelahiran pada suku kedua tahun ini berbanding 112,197 kelahiran pada tempoh sama tahun lalu.
Orang Melayu Kaum Paling Ramai Lahirkan Bayi
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, berdasarkan laporan Perangkaan Demografi bayi lelaki melebihi bayi perempuan dengan 51,759 kelahiran berbanding 48,973 kelahiran.
Beliau berkata nisbah jantina bagi kelahiran hidup ialah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan.
“Secara purata seorang bayi dilahirkan pada setiap minit, 47 bayi bagi setiap jam dan 1,119 bayi sehari pada suku kedua 2024,” katanya.
Mohd Uzir berkata, Selangor mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 19,320 manakala kelahiran hidup terendah dicatatkan di Wilayah Persekutuan Labuan iaitu 324 kelahiran.
BELIAU BERKATA, ETNIK MELAYU MENYUMBANG 67.4 PERATUS ATAU 67,859 KELAHIRAN HIDUP DARIPADA JUMLAH KESELURUHAN PADA SUKU KEDUA 2024 BERBANDING 67.1 PERATUS DALAM TEMPOH SAMA TAHUN LALU.
Kelahiran hidup bagi etnik Cina dan India pula masing-masing menurun kepada 9.7 peratus dan 3.7 peratus berbanding 9.9 peratus dan 4.4 peratus bagi suku kedua 2023,
Sementara itu, Bumiputera lain mencatatkan peningkatan kelahiran hidup kepada 12.9 peratus berbanding 12.5 peratus untuk tempoh sama.
Mohd Uzir berkata, sebanyak 48,460 kematian telah direkodkan pada suku kedua 2024, iaitu penurunan 5.4 peratus berbanding 51,234 kematian bagi tempoh sama 2023.
KATANYA SELANGOR MEREKODKAN BILANGAN KEMATIAN TERTINGGI IAITU 7,459 KEMATIAN MANAKALA WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA MENCATATKAN BILANGAN KEMATIAN TERENDAH DENGAN 65 KEMATIAN.
Secara purata, Mohd Uzir berkata satu kematian direkodkan pada setiap dua minit, manakala 22 kematian direkodkan setiap jam dan 538 kematian sehari pada suku kedua 2024.
Ads
Beliau berkata, penduduk Malaysia pada suku kedua tahun ini meningkat 1.9 peratus iaitu 34.1 juta berbanding 33.4 juta pada suku kedua 2023.
“Jumlah penduduk terdiri daripada 30.7 juta warganegara dan 3.4 juta bukan warganegara,” katanya.
Mohd Uzir berkata komposisi penduduk bekerja berumur 15-64 tahun dan penduduk tua berumur 65 tahun ke atas masing-masing meningkat kepada 23.9 juta dan 2.6 juta, berbanding 23.3 juta dan 2.5 juta pada suku kedua tahun lalu.
Satu cabaran mak ayah hari ini adalah mendidik anak untuk jadi yang lebih baik. Pun begitu bila anak ingkar atau lambat mengikut kata mak ayah, keadaan ini buatkan satu kesukaran dalam mendidik.
Mendidik anak-anak perlukan kesabaran yang tinggi namun cara mendidik juga perlulah bertepatan dan bersesuaian.
Tip yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol ini mak ayah perlu cuba.
Tujuh cara mudah untuk anak lebih dengar kata mak ayah
Tujuh cara ni simple je sebenarnya tapi boleh buatkan anak kita tu lebih dengar cakap kita berbanding kita duk jerit atau pukul.
Bila anak tak nak dengar cakap kita, tengok sama ada keperluan asas dia dipenuhi atau tak.
Adakah dia lapar, penat, tak cukup tidur, rimas atau emosi tak stabil sebab bergaduh adik beradik.
Kalau semua keperluan asas dia dah dipenuhi, kita boleh tengok tujuh cara ni pula.
1. Bercakap sambal pandang mata anak pada sama aras. Maknanya kita kena melutut atau duduk supaya kita separas dengan anak.
2. Peluk anak 8 kali sehari.
3. Gunakan ayat yang pendek dan ringkas.
4. Buat sesi one on one dengan setiap anak.
5. Bermain dengan anak-anak.
– Main pun kena focus.
– Bila kita bergelak ketawa dengan anak, hormone oxytocin akan buat kita jadi tenang dan bahagia.
6. Kurangkan berkata JANGAN.
Contoh baik: “Adik kat dapur kena jalan perlahan.”
7. Cakap terima kasih pada anak.
Contoh baik: “Terima kasih tolong papa sangkut tuala cantik-cantik.”
Contoh tak baik: “Dah habis mandi nanti jangan tinggal tuala kat lantai pula.”
Seperti mana kita bina ‘connection’ dengan orang disekeliling untuk dapatkan kepercayaan mereka, macam tu juga kita kena bina ‘connection’ dengan anak sendiri.
Percayalah bila kita cuba buat perkara ni, kita akan jadi lebih rapat dengan anak.
Anak akan rasa ‘connected’ dan percaya dengan kita. Waktu tu lebih mudah untuk dia ikut cakap kita.
Ramai yang menggunakan botol minuman untuk mengisi air baik air kosong mahupun yang manis. Namun, kekerapan menggunakan botol minuman boleh menimbulkan bau busuk.
Malah, bahagian dalamnya terutama di celah-celah mula kelihatan berselaput dengan daki dan kotoran. Justeru, ia perlu dibersihkan setiap hari atau dua hari sekali dengan cara yang betul.
Berikut adalah cara membersihkan botol minuman yang disarankan:
1. Gunakan Air Hangat dan Sabun
Keluarkan cairan dari dalam botol, kemudian masukkan air hangat yang sudah dicampur dengan beberapa titis sabun.
Tutup botol, lalu goncang selama beberapa minit. Gunakan juga berus botol untuk membersihkan bahagian dalam, terutama jika botol memiliki leher yang sempit.
Selanjutnya, bilas sampai bersih lalu biarkan semalam hingga benar-benar kering
2. Gunakan Cuka
Cuka adalah pembersih semula jadi yang baik untuk membunuh beberapa jenis kuman dan bakteria. Caranya adalah dengan membersihkan botol terlebih dahulu dengan air panas dan sabun seperti tip yang pertama.
Setelahnya, masukkan cairan cuka putih dalam botol, campurkan dengan air sejuk. Biarkan selama satu malam, lalu bersihkan keesokan harinya.
3. Gunakan Serbuk Penaik
Jirus botol minuman dengan menggunakan air panas. Jika kotoran ataupun daki pada bekas minuman begitu sukar ditanggalkan, isikan penuh-penuh air panas di dalam bekas minuman dan letakkan sedikit pencuci pinggan mangkuk. Biarkan selama 20 minit.
Setelah itu, buang air di dalam bekas minuman dan isikan dengan 1/3 cawan beras dan 1/3 cawan baking soda.
Beras sangat efektif untuk menyingkirkan daki yang kering pada permukaan botol minuman manakala baking soda digunakan untuk membasmi bau botol yang kurang menyenangkan.
Kemudiannya isikan sedikit dengan pencuci pinggan mangkuk dan air panas separuh. Tutup botol minuman dengan penutupnya dan goncangkan.
Setelah menggoncang botol minuman beberapa kali, buka penutup botol dengan berhati-hati untuk mengelakkan ‘letupan’ gara-gara kesan baking soda. Tuang lebihan ke dalam sinki.
Bilas dengan air yang bersih. Keringkan sepenuhnya di atas rak pinggan secara terbalik. Akhir sekali, bilas sekali lagi sebelum ingin digunakan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pantang ada yang tak puas hati dengan orang, usaha lah guna bantuan ‘makhluk halus’ untuk menjatuhkan orang lain. Meskipun sekarang dunia dah maju, tetapi pemikiran seperti ini masih di takuk yang lama.
Misalnya seperti yang berlaku pada pemilik Tiktok ini, disebabkan terdengar salakan anjing dan bunyi enjin kereta yang kuat, dia terjaga daripada tidur sekitar 2.35 pagi. Apabila melihat di luar rumah, dirinya sangat terkejut apabila ada seorang wanita menabur sesuatu di hadapan pagar rumahnya ketika itu.
Biarpun sempat merakam aksi mencurigakan itu, namun pemilik akaun atau nama sebenarnya Puan Ana akui kaki dan tangannya sedang menggeletar ekoran pertama kali situasi itu berlaku di hadapan matanya sendiri.
Keesokan harinya, ketika menghantar anak pergi ke sekolah, Puan Ana sempat meninjau ‘benda’ yang ditabur oleh individu misteri tersebut. Ujarnya terdapat banyak kesan pasir serta garam ditemui di hadapan rumah, walhal sebelum ini kawasan berkenaan ada rumput hijau sahaja.
Video tersebut mendapat perhatian umum dengan peroleh 3.2M tontonan dan meninjau di ruangan komen, rata-rata meminta untuk Puan Ana berjumpa dengan ustaz untuk berubat bagi mengelak segala benda buruk berlaku. Malah, ada yang mengatakan pasir yang ditabur itu mungkin tanah kubur untuk porak perandakan keluarga.