Orang Lain Tanam Petunia Ni Subur Je Nampak. Tapi Bila Kita Tanam, Asyik Tak Menjadi. Ni Sebabnya Kena Tahu!

Share

Halaman rumah kalau ditanam dengan pokok-pokok berbunga, secara semulajadinya akan nampak lebih berseri dan indah. Apatah lagi jika bunga-bungaannya merimbun seperti mana pokok bunga petunia ini. Cukup memukau!

Namun, untuk memastikan tanaman bunga dilaman rumah kita terlihat indah seperti ini,  nyata perlu kita ketahui tentang tip penjagaan yang dikongsikan oleh pokok.my ini. Diharapkan pendedahan ini dapat memberi pencerahan sebelum memulakan usaha untuk berkebun bunga. Jom semak.

TIPS PENJAGAAN PETUNIA


Petunia adalah tumbuhan berbunga yang:

1. SUKA CAHAYA MATAHARI PENUH

Maksudnya Petunia tak suka tempat teduh atau tersembunyi. Kalau letak dalam pasu gantung di balkoni atau garaj, cari kawasan yang dapat cahaya matahari lebih banyak. Kalau letak tempat teduh, alamatnya tak berbunga sangatlah dia. Dan ada pula kes yang Pokok Petunia dia menjalar turun sebelah pasu sahaja. Sebelah lagi tak ada daun dan bunga. Sebabnya tak kena matahari. Nak bunga petunia dalam pasu menjalar membulat macam pokok saya? Teruskan membaca.

2. PETUNIA TAK SUKA KENA SIRAM AIR BANYAK TAPI POKOK PETUNIA KUAT MINUM AIR

Maksudnya Petunia cukup disiram ala kadar sahaja. Tak perlu air disiram sampai beriya melimpah dan menitik keluar dari pasu. Air membazir, baja pun keluar sekali. Lagi satu, kalau siram banyak banyak pokok akan lemas dan mudah terkena serangan penyakit. Tapi, tuan puan kena tahu Petunia juga kuat minum air. Jadi kena rajin buat siraman setiap hari. Tambahan pula medium tanaman Petunia jenis tidak menakung air. Jadi, air dalam pasu cepat kering.

Sebaiknya pada musim panas, pokok disiram pagi dan petang. Jika musim hujan, cukup dengan siram waktu pagi sahaja. Tapi ingat, siram sikit sahaja dah cukup. Sekadar membasahkan tanah. Siram pada tanah atau pangkal pokok, bukan pada daun.

3. GUNA MEDIUM TANAH YANG TAK MENAKUNG AIR

Elakkan tanam Petunia dalam medium tanah yang menakung air sebab pokok jenis ini takkan subur dan cepat mati dek serangan penyakit pada daun, batang dan akar pokok. Sebaiknya ada campuran cocopeat, tanah merah bakar, sekam bakar, baja tahi ayam (sikit) dan saya selalu letak peatmoss juga sikit. Nak senang beli saja tanah 6in1 kat nurseri tu.

4. JIKA BARU BELI DI NURSERI: PERIKSA POKOK, KEMUDIAN TUKAR TANAH DAN PASU

Kalau pokok baru dibeli daripada nurseri, jika bernasib baik dapatlah yang subur berbunga. Kalau tak, kurus dan sedih je tengok kan. Jadi sebaiknya, selepas bawa balik kat rumah. Tukar tanah dan pasu baru. Sebabnya, kebiasaannya Pokok petunia yg dlm pasu nurseri akar pokok dah padat sangat dah. Tanah pun kurang nutrisi. Jadi sebaiknya pindahkan pokok dengan membuang tanah yg melekat pada akar pokok sedikit dan masukkan tanah baru. Kalau tukar pasu lebih besar lagi bagus. Tak percaya cuba la buat.

5. NAK PETUNIA BERBUNGA SEPANJANG MASA?

Ramai tanya saya macam mana nak bagi Petunia berbunga sepanjang tahun. Sebenarnya jawapannya kena rajin sikitlah. Petunia ni manja, kena selalu belek. Seminggu sekali buatlah Pinching process iaitu proses memetik dan membuang bunga serta daun yg layu. Bunga petunia yg layu biasanya akan meninggalkan tangkai bunga. Dalam tempoh 3-4 hari tangkai halus tersebut akan mula keluarkn biji benih.

Pokok petunia yg mula mengeluarkan biji benih akan kurang serta malas berbunga dan lama kelamaan ia akan mati. Untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku. Buang tngkai bunga tu sebanyak yg boleh. Daun yg layu juga petik buang terus. Jangan biar rosak di dalam pasu.

6. TRIMMING: KERATAN RANTING

Ada yang sayang pokok tak mahu kerat ranting. Salah tu. Sebulan sekali sebaik baiknya buatlah keratan. Trim la mana patut. Kalau biar sahaja nanti pokok jadi kurus, daun mengecil, bunga mengecil. Sakit mata tengok. Tapi ada yang jenis suka biar Petunianya menjalar turun dari pasu. Pokok pun jadi kurus melidi. Terpulanglah. Kalau saya punya cara suka trim bagi membulat dan subur seerti dalam gambar.

7. BAJA

Sama macam pokok lain, Petunia juga perlukan pembajaan. Untuk Petunia saya, saya guna 4 jenis baja iaitu baja pertumbuhan (hijau), baja penggalak bunga (pink), baja organik tayam dan baja organik soya. Baja saya beli di Giant (kalau tuan puan nak beli dari otai otai baja dalam group ni lagi bagus!). Brand saya beli macam macam. Baja bunga saya beri seminggu sekali. Satu pasu cukup satu sudu kfc tu. Baja pertumbuhan dan baja organik saya isi berselang seli iaitu dua minggu sekali. Kuantiti bagi baja pertumbuhan yg hijau tu sama seperti baja bunga. Kalau baja organik letak lebih sikit tak apa.

8. TANAM SEMULA PETUNIA

Bila kita nak tanam satu satu pokok, elok ambil tahu ilmu sedikit tentang pokok tersebut. Sebabnya tak mahu pokok terseksa. Beli dekat nurseri elok, balik rumah mati. Rugi dan kesian

Jadi, untuk pengetahuan tuan puan, petunia ni pokok bermusim, usia normal pokok ini hanya 9-10 bulan sahaja. Ada yang boleh tahan sampai dua tahun kalau pandai jaga. Apa pun, untuk elakkan kes kena beli pokok baru sebab pokok mati. Saya sarankan untuk tanam semula Petunia ni sebelum induk pokok mati.

Cara pertama:

Kalau ada ranting petunia yang patah (atau potong sendiri ranting), ambil ranting tersebut, buang semua daun. Dan cucuk ranting tersebut dalam medium cocopeat yang lembab. Sembur air setiap pagi. InshaaAllah nanti akan keluar akar dan bila dah besar sikit boleh pindah masuk pasu. Kalau pokok masih kecil tapi dah gatal nak berbunga, buang kuntuman bunga tu dulu. Hehe. Satu lagi pesanan, semasa proses semaian, jangan terlebih siram air. Nanti ranting rosak. Aduh padan muka

Cara kedua:

Semaian biji benih. Benih petunia boleh dikumpul dari induk pokok. Caranya, tinggalkan sekuntum dua tangkai bunga besar petunia pada induk. Biar bunga gugur dahulu. Bila tangkai tersebut dah keluarkan buah. Biar pula benih itu kering sepenuhnya. Bila dah kering, ambil benih dan taburkan atas medium cocopeat lembab juga. Letak di tempat yg tidak terdedah pd matahari. Sy letak dlm rumah je. Sembur dgn air dua hari sekali. Dalam seminggu akan keluar anak pokok. Bila anak pokok dah keluar 4 helai daun. Boleh pindahkan anak pokok dalam pasu kecil untuk monitor tumbesaran. Nak senang beli je benih petunia dekat kedai. Setel masalah.

9. SERANGAN SERANGGA PEROSAK?

Walaupun bau tumbuhan Petunia ini tak adalah wangi macam bunga lain, tapi serangga tetap ada yang menyerang seperti bena putih. Kalau tak kawal. Pokok boleh mati. Jadi untuk elakkannya berlaku. Seminggu sekali semburlah racun organik (utamakan semburan di bahagian bawah daun) untuk menghalau serangan serangga tersebut.

sumber : pokok.my