Halaman rumah kalau ditanam dengan pokok-pokok berbunga, secara semulajadinya akan nampak lebih berseri dan indah. Apatah lagi jika bunga-bungaannya merimbun seperti mana pokok bunga petunia ini. Cukup memukau!
Namun, untuk memastikan tanaman bunga dilaman rumah kita terlihat indah seperti ini, nyata perlu kita ketahui tentang tip penjagaan yang dikongsikan oleh pokok.my ini. Diharapkan pendedahan ini dapat memberi pencerahan sebelum memulakan usaha untuk berkebun bunga. Jom semak.
TIPS PENJAGAAN PETUNIA
Petunia adalah tumbuhan berbunga yang:
1. SUKA CAHAYA MATAHARI PENUH
Maksudnya Petunia tak suka tempat teduh atau tersembunyi. Kalau letak dalam pasu gantung di balkoni atau garaj, cari kawasan yang dapat cahaya matahari lebih banyak. Kalau letak tempat teduh, alamatnya tak berbunga sangatlah dia. Dan ada pula kes yang Pokok Petunia dia menjalar turun sebelah pasu sahaja. Sebelah lagi tak ada daun dan bunga. Sebabnya tak kena matahari. Nak bunga petunia dalam pasu menjalar membulat macam pokok saya? Teruskan membaca.
2. PETUNIA TAK SUKA KENA SIRAM AIR BANYAK TAPI POKOK PETUNIA KUAT MINUM AIR
Maksudnya Petunia cukup disiram ala kadar sahaja. Tak perlu air disiram sampai beriya melimpah dan menitik keluar dari pasu. Air membazir, baja pun keluar sekali. Lagi satu, kalau siram banyak banyak pokok akan lemas dan mudah terkena serangan penyakit. Tapi, tuan puan kena tahu Petunia juga kuat minum air. Jadi kena rajin buat siraman setiap hari. Tambahan pula medium tanaman Petunia jenis tidak menakung air. Jadi, air dalam pasu cepat kering.
Sebaiknya pada musim panas, pokok disiram pagi dan petang. Jika musim hujan, cukup dengan siram waktu pagi sahaja. Tapi ingat, siram sikit sahaja dah cukup. Sekadar membasahkan tanah. Siram pada tanah atau pangkal pokok, bukan pada daun.
Ads
3. GUNA MEDIUM TANAH YANG TAK MENAKUNG AIR
Elakkan tanam Petunia dalam medium tanah yang menakung air sebab pokok jenis ini takkan subur dan cepat mati dek serangan penyakit pada daun, batang dan akar pokok. Sebaiknya ada campuran cocopeat, tanah merah bakar, sekam bakar, baja tahi ayam (sikit) dan saya selalu letak peatmoss juga sikit. Nak senang beli saja tanah 6in1 kat nurseri tu.
4. JIKA BARU BELI DI NURSERI: PERIKSA POKOK, KEMUDIAN TUKAR TANAH DAN PASU
Kalau pokok baru dibeli daripada nurseri, jika bernasib baik dapatlah yang subur berbunga. Kalau tak, kurus dan sedih je tengok kan. Jadi sebaiknya, selepas bawa balik kat rumah. Tukar tanah dan pasu baru. Sebabnya, kebiasaannya Pokok petunia yg dlm pasu nurseri akar pokok dah padat sangat dah. Tanah pun kurang nutrisi. Jadi sebaiknya pindahkan pokok dengan membuang tanah yg melekat pada akar pokok sedikit dan masukkan tanah baru. Kalau tukar pasu lebih besar lagi bagus. Tak percaya cuba la buat.
5. NAK PETUNIA BERBUNGA SEPANJANG MASA?
Ramai tanya saya macam mana nak bagi Petunia berbunga sepanjang tahun. Sebenarnya jawapannya kena rajin sikitlah. Petunia ni manja, kena selalu belek. Seminggu sekali buatlah Pinching process iaitu proses memetik dan membuang bunga serta daun yg layu. Bunga petunia yg layu biasanya akan meninggalkan tangkai bunga. Dalam tempoh 3-4 hari tangkai halus tersebut akan mula keluarkn biji benih.
Ads
Pokok petunia yg mula mengeluarkan biji benih akan kurang serta malas berbunga dan lama kelamaan ia akan mati. Untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku. Buang tngkai bunga tu sebanyak yg boleh. Daun yg layu juga petik buang terus. Jangan biar rosak di dalam pasu.
6. TRIMMING: KERATAN RANTING
Ada yang sayang pokok tak mahu kerat ranting. Salah tu. Sebulan sekali sebaik baiknya buatlah keratan. Trim la mana patut. Kalau biar sahaja nanti pokok jadi kurus, daun mengecil, bunga mengecil. Sakit mata tengok. Tapi ada yang jenis suka biar Petunianya menjalar turun dari pasu. Pokok pun jadi kurus melidi. Terpulanglah. Kalau saya punya cara suka trim bagi membulat dan subur seerti dalam gambar.
7. BAJA
Sama macam pokok lain, Petunia juga perlukan pembajaan. Untuk Petunia saya, saya guna 4 jenis baja iaitu baja pertumbuhan (hijau), baja penggalak bunga (pink), baja organik tayam dan baja organik soya. Baja saya beli di Giant (kalau tuan puan nak beli dari otai otai baja dalam group ni lagi bagus!). Brand saya beli macam macam. Baja bunga saya beri seminggu sekali. Satu pasu cukup satu sudu kfc tu. Baja pertumbuhan dan baja organik saya isi berselang seli iaitu dua minggu sekali. Kuantiti bagi baja pertumbuhan yg hijau tu sama seperti baja bunga. Kalau baja organik letak lebih sikit tak apa.
Ads
8. TANAM SEMULA PETUNIA
Bila kita nak tanam satu satu pokok, elok ambil tahu ilmu sedikit tentang pokok tersebut. Sebabnya tak mahu pokok terseksa. Beli dekat nurseri elok, balik rumah mati. Rugi dan kesian
Jadi, untuk pengetahuan tuan puan, petunia ni pokok bermusim, usia normal pokok ini hanya 9-10 bulan sahaja. Ada yang boleh tahan sampai dua tahun kalau pandai jaga. Apa pun, untuk elakkan kes kena beli pokok baru sebab pokok mati. Saya sarankan untuk tanam semula Petunia ni sebelum induk pokok mati.
Cara pertama:
Kalau ada ranting petunia yang patah (atau potong sendiri ranting), ambil ranting tersebut, buang semua daun. Dan cucuk ranting tersebut dalam medium cocopeat yang lembab. Sembur air setiap pagi. InshaaAllah nanti akan keluar akar dan bila dah besar sikit boleh pindah masuk pasu. Kalau pokok masih kecil tapi dah gatal nak berbunga, buang kuntuman bunga tu dulu. Hehe. Satu lagi pesanan, semasa proses semaian, jangan terlebih siram air. Nanti ranting rosak. Aduh padan muka
Cara kedua:
Semaian biji benih. Benih petunia boleh dikumpul dari induk pokok. Caranya, tinggalkan sekuntum dua tangkai bunga besar petunia pada induk. Biar bunga gugur dahulu. Bila tangkai tersebut dah keluarkan buah. Biar pula benih itu kering sepenuhnya. Bila dah kering, ambil benih dan taburkan atas medium cocopeat lembab juga. Letak di tempat yg tidak terdedah pd matahari. Sy letak dlm rumah je. Sembur dgn air dua hari sekali. Dalam seminggu akan keluar anak pokok. Bila anak pokok dah keluar 4 helai daun. Boleh pindahkan anak pokok dalam pasu kecil untuk monitor tumbesaran. Nak senang beli je benih petunia dekat kedai. Setel masalah.
9. SERANGAN SERANGGA PEROSAK?
Walaupun bau tumbuhan Petunia ini tak adalah wangi macam bunga lain, tapi serangga tetap ada yang menyerang seperti bena putih. Kalau tak kawal. Pokok boleh mati. Jadi untuk elakkannya berlaku. Seminggu sekali semburlah racun organik (utamakan semburan di bahagian bawah daun) untuk menghalau serangan serangga tersebut.
Perkongsian pengalaman dari seorang wanita ini yang telah amalkan masker yang dibuat sendiri menggunakan bahan-bahan sedia ada di dapur, siapa sangka cukup mengujakan kesan yang dilihat pada kulit wajahnya.
Tak sabar nak tahu rahsianya, jom baca perkongsian tersebut.
Kenapa baru sekarang aku jumpa masker ni..sumpah best gila weh.
Mana tidaknya,lepas pakai masker ni,parut jerawat pudar,jerawat kecut,muka cerah,putih la senang cakap.Bila sentuh pipi,ya allah lembutnya,macam sentuh pipi baby.
Sebelum ni,aku ada terlihat ,sorang budak perempuan berkongsi petua untuk pudarkan parut jerawat dia,aku lihat hasil dari petua dia kongsi tu,boleh tahan juga la,dari muka berparut sampai hilang terus parut dia,licin weh…..
Dalam hati aku cakap,boleh cuba ni,sebab muka aku pun,ada la sikit parut jerawat,mana lah tahu boleh hilangkan jeragat keturunan aku ni sekali.
Dalam post budak tu,dia guna bedak sejuk,tapi kat rumah aku ni ,mana da bedak sejuk,lain la masa aku tinggal dengan mak aku dulu,boleh la ambik yg dia.
Disebabkan perasaan tidak sabar hendak cantik,sapa tak nak cantik,nak raya ni weh,aku hentam tepung pulut je,bedak sejuk pun dari beras juga,cuma cara penghasilan tu lain dari bedak sejuk..
Bahan-bahan
1sudu makan asam jawa.
1 sudu makan tepung pulut/tepung beras
Cara-caranya
1.Bancuh dahulu asam jawa dengan sedikit air,buang biji dia tu,kemudian masukkan tepung pulut,kacau,kalau nampak cair sangat tambah tepung pulut
2.Kalau pekat sangat tambah air.
3. Lepas tu,boleh la sapu dekat muka,sebelum pakai baca bismillah dulu,ketika sapu tu,selawatlah ke atas nabi muhammad s.a.w tiga kali,pahala pun dapat,cantik pun dapat.
4.Bila dah kering,boleh cuci muka,boleh lah anda rasa kelembutan bak kulit bayi tu.
Selamat mencuba.
Sumber :Rubiey Redzuan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cabaran pembelajaran anak-anak untuk sesi persekolahan tahun ini memang luar biasa cabarannya.
Bahkan kita sebagai ibu ayah juga perlu memberi lebih tumpuan dan kerjasama dalam menjayakan sesi PdPR ( Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah) kepada guru-guru yang mendidik anak-anak kita.
Melancarkan lagi perlaksanaan pembelajaran atas talian, guru-guru sudah mewujudkan group telegram untuk memudahkan info, borang dan sebagainya disampaikan kepada murid-murid dan ibu ayah.
Lantaran itu, bagi mengurus group telegram yang ibu ayah telah join, seorang ibu ini berkongsi ilmu untuk mewujudkan folder di telegram dan sekali gus cukup bermanfaat untuk dipraktikkan.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Dua hari lagi Kelas online (PdPR) akan bermula. Mak ayah dah sedia?
Cikgu-cikgu pun dah mula buat group TELEGRAM untuk memudahkan sesi pembelajaran.
Kami anak tiga ni memang banyak group sekolah kena join. Mujur telegram ada fungsi FOLDER. Senang nak buat group untuk setiap anak.
Kepada yang belum tahu, Nora tunjukkan caranya. Penerangan ada pada setiap gambar.
Selamat menjadi ‘guru’ buat mak ayah. Harap mak tak jadi hijau.
Step 1
Pastikan telegram kalian sudah di update dalam versi terkini untuk settong FOLDER. Cara hendak up date perlu masuk google apps, update Telegram
Step 2
Klik pada FOLDER untuk ceate folder. FOLDER ibarat kotak besar untuk menyimpan buku. Kalian juga boleh create CHANNEL untuk menyimpan kerja sekolah anak. Channe ibarat buku nota. Boleh simpan gambar, video, file dan lain-lain dari dalam group yang kita sertai.
Step 3
Klik Creat New Folder. Maksimum 10 folder dibenarkan. Setiap folder letak nama atau apa-apa yang mak ayah mahu.
Step 4
Klik ADD CHATS untuk group sekolah yang mak ayah dah join mengikut
ketegori folder yang dicipta tadi.
NOTA PASTIKAN NAMA FOLDER TIDAK TERLALU PANJANG MELEBIHI 12 HURUF (karang tak boleh nak SAVE)
Step 5
Group atau chats yang sudah dimasukkan didalam folder akan kelihatan seperti ini.
Senang mak ayak nak carik group anak
yang mana satu. Tak perlu nak scroll
semua chats. Kurang sikit pening kepala tu
Nota kecil :
Harap semua guru yang masih menggunakan wasup menukarkan kepada group Telegram. Ia lebih mudah diurus dan lebih efficient.
Sumber : Nora’s Noraziyan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Amalan meracun tumbuh-tumbuhan yang ditaman memanglah bertujuan untuk memastikan pokok bebas serangan serangga perosak dan yang penting dapat hidup dengan subur.
Namun mengenangkan bahaya racun kimia jika tidak diurus dengan baik, ada baiknya kita beralih pada racun yang boleh disediakan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada di rumah.
Pastinya, racun ini tidak mendatangkan kesan bahaya pada keluarga namun berkesan untuk mengatasi masalah-masalah serangan serangga perosak pada tanaman. Hal ini telah dikongsikan oleh dua orang yang dikenali sebagai Nur Amirul dan Azman di laman sosial. Kedua-duanya pula menggunakan bahan berbeza dan semoga ini dapat memberi idea dan variasi menjaga pokok-pokok yang ditanam di laman rumah. Jom semak perkongsian mereka.
“Di sini saya akan kongsikan secara ringkas buat racun organik bawang putih lak untuk racun serangga.. Boleh guna utk pokok cili dan lain2 pokok”-Nur Amirul Nur Azmi via KGTTS
Bahan-bahan:
200 gram bawang putih
3 sudu besar ketumbar
500ml minyak
Cara membuatnya :
1. Blender semua bahan tersebut dengan minyak
2. Masak menggunakkan kaedah double boiling selama 3 – 4 jam dengan api perlahan
3. Selepas itu tapis dan boleh digunakan.
Ini pula perkongsian ilmu daripada Azman Mohamed Ali via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri yang berkongsi cara untuk penyediaan baja menggunakan daun durian belanda yang dikatakan sesuai untuk menghindarkan maslaah Hama Trips daun cili yang kerinting. Nak tahu lanjut jom semak.
“Ok…siap…kena tunggu 2 hari baru boleh guna….Racun Organic dari daun Durian Belanda…untuk menghindarkan Hama Trips daun cili yang keriting….tak sabar rasanya nak cuba guna….”-Azman
Bahan-bahan :
50 helai daun belanda
2.5 liter air
8 ml serbuk pencuci kain
Cara penyediaan:
Ambil daun durian belanda yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda-dikoyak-koyakkan dan ditumbuk.
Masukkan daun yang telah ditumbuk tadi ke dalam bekas berisi air 2.5 liter.
Kacau rata dan masukan bersma 8ml serbuk sabun basuh.
Kemudian masukan air dalam botol dan tutup.
Biarkan selama 2 hari dan selepas 2 hari tapis ambil airnya sahaja.
Ekstra info :
“Untuk penggunan 1 liter boleh di campurkan dengan 5 liter air biasa , masukan dalam botol spay dan spary pada keseluruhan daun pokok cili, lakukan setiap dua hari. Hasilnya daun cili mula segar. Semburkan seminggu sekali.”
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...