“Orang Kagum & Suka Tengok Famili Kami Sekarang. Tapi Jangan Lupa Apa Berlaku 10 Tahun Lalu-Norman Hakim

Share

Melihat kepada hubungan baik antara mereka berempat membuatkan netizen kagum dan terharu. Jika dahulu mereka pernah melalui kontroversi seketika, namun semuanya dilupakan demi kesejahteraan anak-anak. Ikuti perkongsian dari Norman Hakim berkenaan hal ini.

“Apa yang saya boleh katakan adalah semuanya kena kembali kepada fitrah. Berpegang pada tujuan dan matlamat untuk kembali pada jalan Allah. Itu akan mengembalikan kejernihan dalam jiwa kita.

“Semua ini tak boleh dilakukan sendirian kena semua orang buat sama-sama. Cakap memang mudah tapi yang melalui sahaja dapat merasainya.

Korbankan ego demi anak

“Orang kagum dan suka tengok famili kami sekarang. Tapi jangan lupa 10 tahun apa yang berlaku. Namun saya bersyukur kerana Tuhan pilih kami untuk melalui semua ini. Alhamdulillah, kami jalani ujian tersebut sehingga sekarang.

Norman dalam pada itu mengharapkan  apa yang berlaku dulu menjadi iktibar bukan sahaja kepada mereka bahkan orang lain juga supaya tidak memilih jalan untuk bermusuh kerana yang jadi mangsa dan kesiannya  adalah anak-anak.

“Korbankan rasa ego dan tengok air muka anak-anak serta harapan mereka untuk melihat ibu bapa bersatu jadi famili yang sakinah, mawadah.

Morning person

Melihat kepada penampilannya yang mengalahkan anak muda, akui Norman Hakim, sejak dahulu lagi dia sangat mementangkan penjagaan diri.

“Setakat ini saya mengamalkan kehidupan yang sihat, positif dan berdispilin. Kebetulan saya jenis ‘morning person’. Biasanya awal pagi dalam pukul 4.30 pagi dah bangun jadi minda pun lebih fresh.  Pada saya, untuk memulakan kehidupan adalah dengan jalan kaki ke masjid untuk solat subuh.

“Perkongsian ini bukan mahu saya mahu menunjuk-nunjuk atau riak tapi ini adalah cara saya  mengambil aura positif untuk ekonomi dan kehidupan sosial.

“Saya juga ada anak lelaki yang sedang meningkat remaja, jadi melalui cara ini dapat mendidik anak-anak dalam menjaga kesihatan dan penampilan, malah sekarang anak lelaki, Danish pun berkongsi pakaian dengan saya,” jelas Norman lagi.

Sumber gambar: IG normanhakim_786