Bagi pasangan yang telah berkahwin, sudah semestinya mahukan anak sebagai penyambung warisan dan sekali gus menyempurnakan dan menceriakan lagi rumah tangga yang dibina.
Pun begitu, rezeki setiap antara kita berbeza. Ada yang dikurniakan anak dalam tempuh yang cepat dan tidak kurang pula ada yang perlu menunggu dalam tempoh yang lama untuk menimang cahaya mata.
Umpamanya bagi Mohd Saiful Azmi Shamsudin Khan yang dianugerahkan anak sulung ketika berusia 43 tahun setelah 15 tahun menanti.
Kehadiran Putri Edreehana Masyael yang kini berusia dua bulan disifatkan hadiah teristimewa dalam hidup pemandu lori itu hasil perkahwinan keduanya selama tiga tahun bersama isteri, Mastura Pin, 46.
Kisah pasangan ini viral bila mana video dikongsikan oleh isterinya di akaun tiktok memperlihatkan Mohd Saiful Azmi yang sebak saat pertama kali melihat dan mendukung anak sulungnya itu meraih perhatian wargamaya.
Memetik berita di Harian Metro, Mohd Saiful Azmi berkata, dia tidak menyangka diberikan rezeki terindah itu ketika usianya mencapai 43 tahun, sementara isteri berusia 46 tahun.
Menurutnya, seperti lelaki lain dia juga mengimpikan zuriat daripada keturunannya, namun reda apabila rezeki itu tidak diberikan sebelum ini.
“Perkahwinan pertama selama 12 tahun berakhir kerana sudah tiada jodoh dan takdir menentukan saya tiada zuriat daripada ikatan itu sebelum bertemu jodoh dengan Mastura, ibu tunggal lima anak tiga tahun lalu.
Ads
“Ketika itu saya tidak fikirkan sangat soal anak kerana usia kami tidak muda lagi, malah sangat bersyukur dapat menumpang kasih anak tiri yang dianggap seperti anak sendiri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, saat diberitahu isteri mengenai berita kehamilan itu, dia seolah-olah tidak percaya namun mengakui ia adalah hari terindah dalam hidupnya.
“Ini perkara teristimewa dalam hidup saya dan saat pertama kali melihat dan mendukung anak perasaan itu bercampur baur ada sebak, sedih, terharu dan gembira.
“Tak sangka selepas melalui pelbagai dugaan hidup Allah SWT hadirkan ‘puteri’ untuk saya. Apa yang Allah berikan ini mengingatkan saya kesabaran itu berakhir dengan sesuatu yang manis dan setiap perancangan ada hikmah-Nya,” katanya yang tinggal di Taman Pinji Mewah, di sini.
Menurut Mohd Saiful Azmi, kehadiran Putri Edreehana Masyael memberinya semangat untuk terus kuat mencari rezeki buat keluarga mereka, malah mengakui ‘sindrom’ bapa yang baru menimang cahaya mata juga sedang dilaluinya.
“Saya rindu bau ‘baby’, setiap hari perlu buat panggilan video dan saya akan cuba balik rumah juga untuk melihat anak kerana sebagai pemandu lori kontena dari Ipoh ke Klang saya selalu menghabiskan masa di jalan,” katanya.
Ads
“Lucu juga apabila di usia begini ada anak kecil..”
Berhubung videonya, Mohd Saiful Azmi berkata, pada mulanya dia agak malu kerana ia mendapat perhatian ramai, namun dia terharu selepas membaca semua komen positif yang turut gembira dan mendoakan mereka sekeluarga.
“Lucu juga apabila di usia begini ada anak kecil, malah ketika keluar ada yang tanya ‘baby’ anak atau cucu kerana janggut saya sudah beruban tetapi saya dengan senang hati beritahu itu anak,” katanya.
Sementara itu, Mastura berkata, hatinya tersentuh melihat reaksi suami yang melihat anak mereka di hospital, namun mengakui video itu dikongsi di TikTok hanya untuk menyimpan memori keluarga kerana bimbang video akan hilang di telefon.
Katanya, sepanjang tiga tahun melayari perkahwinan bersama, suaminya itu melayani lima anak serta empat cucunya dengan baik seperti keluarga kandung.
Ads
“Riak kegembiraan dan sebak memang jelas terpancar di wajah suami dan saya tahu dia sangat teruja kerana memegang zuriatnya sendiri.
“Sebenarnya saya takut juga hamil di usia 46 tahun tetapi saya tahu ini rezeki untuk kami terutama suami.
“Alhamdulillah proses melahirkan puteri kami berjalan lancar dan ini hadiah saya untuk suami,” katanya.
Dapur kaca meletup bukan perkara asing yang berlaku. Hari ini memang ada bermacam jenis dapur gas seperti stainless steel dan yang paling popular sekali adalah dapur gas kaca yang jenis built-in.
Tarikan utama dapur jenis ini ianya nipis dan kelihatan bergaya. Ramai suri rumah yang memilih untuk menggunakannya. Memang tidak dapat dinafikan dapur jenis ini cantik tetapi hakikatnya ia agak berbahaya.
Terdapat beberapa insiden di mana dapur gas kaca meletup dan pecah berderai. Memang sayang bila beli dapur mahal-mahal dan pecah tetapi lagi sayang kalau keselamatan diri tergadai kan?
Kena faham yang dapur gas sebegini tidak mampu untuk menampung berat yang melampau. Anda perlu mengelak daripada menggunakan periuk yang besar dan memasak sesuatu dengan kuantiti yang banyak dan berat. Jangan pakai lenjan je letak periuk yang berat-berat atasnya. Jenis dapur gas kaca ni selalunya dia ‘ ditanam’ dalam kabinet jadi mana boleh tampung berat yang melampau sangat.
Selepas aktiviti memasak, pasti terdapat sisa-sisa makanan yang tertumpah atas dapur. Bagi mereka yang menggunakan dapur gas kaca ini, jangan terus serta merta mengelap dapur anda selepas menggunakannya. Terutamanya jika anda menggunakan kain basah kerana ia amat berbahaya. Tunggu permukaan dapur gas sejuk terlebih dahulu barulah lap.
PASTIKAN ADA RUANG PADA BAHAGIAN BAWAH DAPUR
Perlu ketahui yang dapur kaca jenis ini ianya direka khas mengikut saiz kabinet agar terdapat ruang pengudaraan di bahagian bawahnya. Amatlah berbahaya jika anda letakkan di atas kabinet sebegitu sahaja tanpa ada ruang udara pada bahagian bawah dapur. Bahang panas memasak yang terkumpul dan ia boleh menyebabkan kaca retak kerana suhu yang panas.
JANGAN MASAK TERLALU LAMA
Jangan masak terlalu lama jika anda menggunakan dapur kaca. Dapur jenis ini mempunyai tahap limit penggunaanya. Apabila anda masak terlalu lama dapur akan menjadi over heat dan boleh menyebabkan ia meletup.
PASTIKAN DAPUR KACA BERKUALITI
Jika ingin membeli dapur kaca pastikan dahulu kualiti rekaannya dan diiktirafkan. Biar mahal asalkan keselamatan anda terjamin berbanding membeli yang murah dan tidak berkualiti, mampu membahayakan anda.
Tular baru-baru ini satu kisah yang cukup menyentuh hati. Bila mana sang suami tiada pekerjaan akibat PKP. Dek kerana tekanan perasaan sehingga menyebabkan ketua keluarga ini hilang arah pedoman. Inilah ujian yang terpaksa dilalui puan Natasha Khairul sekeluarga.
Kisah wanita tabah ini tular selepas empunya diri berkongsi luahan di Facebook miliknya baru-baru ini.
Ibu kepada empat orang cahaya mata hasil dari perkahwinannya bersama Khairul berkongsi dugaan sang suami, yang kini menjadi pesakit psikiatri akibat ketiadaan pekerjaan sejak awal PKP lalu.
Menurut Natasha, sebelum disahkan menjadi psikiatri, suaminya tidak tidur selama empat hari dan empat malam Situasi susmi nya membuatkan Natasha tidak senang duduk.
Ceritanya lagi, suaminya pernah menunaikan solat sunat sehingga 7 rakaat tak siap-siap kemudian dengan tiba-tiba saja dia menangis.
Kelakuan pelik suaminya membuat Natasha risau. Lebih membimbangkan, suaminya kelihatan seperti terkena histeria. Malah pernah mengatakan isterinya adalah klon.
Bimbang dengan keadaan sudmi, Natasha memutuskan untuk menghubungi pihak klinik melalui whatsapp. Pada awalnya dia hanya meminta nasihat kepada pihak klinik apakah tindakan yang harus dilakukan.
Namun kelakuan Khairul semakin merisaukan membuatkan Natasha menghubungi ambulans apabila mendapati suaminya mula bertindak untuk mengamuk.
Menurut puan Natasha, pernah suatu ketika, Khairul mendukung anak-anak mereka dan mengatakan “Inilah harta aku” sambil mendukung anak-anaknya. Ramai orang memujuk Khairul ketika itu.
Akhirnya selepas dua kali lari membawa anak satu hospital, Khairul diikat dan diberi ubat penenang. Bermulalah suaminya menjadi seorang pesakit psikiatri yang disahkan oleh pihak hospital selepas rawatan.
Menurut Natasha lagi, setiap hari dia berdoa agar diberikan kekuatan hati dan emosi dalam menempuh cabaran yang baru dilalui dalam hidupnya ini.
Terbaru menerusi facebooknya, Natasha melahirkan rasa syukur atas keprihatinan orang ramai yang menghulurkan bantuan kepada keluarganya.
Assalamualaikum,,
Dengan besar hati saya ucapkan terimakasih pd yg hulurkan tangan bantu sy..
Xterlintas kat fikiran akan ada rmai org ingin membantu..
Alhamdulillah sejak semalam bermacam segi bantuan disalurkan pd saya..
Perwakilan rakyat kampung pon datang membawa perkhabaran akan membantu dari segi perlengkapan PDPR,.
Hanya Allah mampu membalas jasa tuan2 semua..
Kalau ada kerja yg bole sy buat dari rumah sangat saya Alu-alukan agar saye dpt pastikan pelajaran anak2 tak tercicir..
Jika ada kesilapan dtg dari saya,, maafkan sy.. kerana yg baik datang dari Allah taala
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.