“Orang Ingat Aku Takut Bini, Demi Allah Aku Buat Kerana Anak-Anak.” Joey Kongsi Cerita Anak Minta Jangan Sentuh Perempuan Ketika Berlakon. Deep!

Share

Sebak mendengar pengakuan ikhlas pelawak bernama Joey Daud ini. Jujur mengakui, ketika sibuk dengan melawak, dia terlalai sehingga terlupa akan tanggung jawabnya.

Tiga kali berkahwin namun mengalami kegagalan, Joey yang mempunyai tiga anaknya dari perkahwinan terdahulu ditinggalkan sejak kecil lagi. Kini semuanya sudah besar dan ada yang sudah memasuki usia 20 tahun.

 

Biarpun tidak bersama, namun mereka masih berhubung. Namun satu kejadian membuatkan dia tersentak dan terus berfikir di sebalik kejadian tersebut.

“Pernah anak-anak kena perli oleh kawan dan juga cikgu mereka sendiri sebab kelakuan ayah sendiri yang berlakon dan bersentuh dengan orang perempuan.

“Waktu itu anak-anak masih sekolah. Mereka hubungi saya dan meminta boleh tak kalau nak berlakon jangan itu ini. Ketika itu baru sedar aku rupanya ada anak.

 

“Jadi, setiap kali dapat tawaran, aku meminta boleh tak tidak bersentuh melampau dengan pelakon perempuan. Waktu itu orang beranggapan aku takut bini. Sebenarnya orang tak tahu, Demi Allah aku buat kerana anak-anak.

Joey dalam pada itu turut meminta maaf kepada ketiga-tiga anaknya.

“Aku nak minta maaf pada anak-anak aku iaitu  Wawa, Awin dan Zidani. Percayalah baba sayang sangat pada kamu semua. Percayalah kamu semua sentiasa ada di hati baba.

‘Sepanjang aku hidup dua perkara susah aku nak buat iaitu besarkan anak dan kerjaya sebagai pelawak. Orang nampak aku happy dan hiburkan semua orang.

 

 

“Bila aku  buat benda tak kelakar akan kena kecam tapi aku terima. Tetapi yang tak boleh terima bila anak-anak kecam  kerana aku tahu aku yang bersalah.

“Ampunkan babah kerana selama ini kita tak bersama, dan alhamdulillah aku dapat berjumpa dengan mereka. Malah aku juga sudah ada cucu. Alhamdulillah  AKU BERSYUKUR SANGAT kerana dapat berkumpul semula dengan anak-anak.  TERIMA KASIH ALLAH kerana menemukan aku dengan anak-anak aku semula.

Sumber: the Rohani

gmbar: IG tie_sadaliofficial