Semenjak dua tiga hari ini, kisah curang atau sondol suami orang hangat diperkatakan apabila ianya dikaitkan dengan pergolakan rumah tangga oleh seorang selebriti.
Di laman instagram pakar motivasi terkenal, Dr Fadzilah Kamsah turut menyuarakan pendapat mengenai perkara ini.
Menurutnya, individu yang melakukan curang dalam satu hubungan tidak akan mengaku salah dengan kesilapan yang dilakukan.
‘Orang yang curang akan berusaha meletakkan kesalahan diri sendiri kepada orang lain. Dalam erti kata lain, salah tersebut berpunca daripada pasangan atau orang ketiga.’
Ketahuilah bahawa meraka yang curang ini tak tunggu kita buat salah.
Itu bukan salah kita. Itu realitinya salah pasangan.
Sebab curang ini bukan paksaan tetapi pilihan.
Berdasarkan kes yang pernah diuruskannya, Fadzilah mendedahkan individu yang teraniaya sering kali yang sudah cukup sempurna dari segala aspek.
Banyak kes yang saya uruskan, orang tu sudah buat yang terbaik. Boleh kata dah sempurna.
[TRENDING] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan
Itulah yang kena tinggal. Itulah yang kena tipu dan pasangannya berlaku curang.
Maka, jangan pernah rasa down. Rasa diri ini tak berguna bila pasangan sendiri yang memilih untuk curang.
Dalam pada masa yang sama, Fadzilah turut memberi peringatan dengan menyatakan orang yang tidak bersyukur serta melakukan perkara yang dilarang termasuk dalam golongan orang yang tidak mendapat reda Allah.
Topik curang semakin hangat diperkatakan semenjak dua menjak ini. Oleh itu, kupasan dari pakar terutamanya amat diperlukan bagi memastikan masyarakat lebih peka dan positif mengenai perkara ini.
Sumber: Instagram @fadzilahkamsah
[BIAR BETUL] ‘Baru Tahu Peel Anak-Anak.’ Awal Ashaari Kongsi Pengalaman Bercuti Tanpa Pengasuh
[MESTI BACA]
- Bantal Kepam Kini Seperti Baru. Guna 3 Bahan Ini Sahaja
- Berkat Kesabaran Berhadapan Dengan Suami Panas Baran, Lisdawati Kini Bersyukur Suami Lebih ‘Cool’
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club