Perkahwinan campur antara pasangan yang berbeza bangsa dan agama bukanlah sesuatu yang asing di negara kita. Perkahwinan bangsa Melayu dengan Cina umpamanya boleh dijadikan sebagai contoh penyatuan yang istimewa yang biasa kita lihat di negara kita. Begitu juga orang India berkahwin dengan orang Cina dan sebagainya.

Berkongsi lanjut tentang itu, Adam Kelvin seorang guru tuisyen online selain aktif berkongsi berkaitan subjek Matematik dan Matematik Tambahan, malah dia juga  sering berkongsi kisah kehidupannya setelah berkahwin dengan wanita Melayu pilihan hatinya yang bernama Nurul Shifa’ Binti Kamardin.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP

 

 

Baru-baru ini bersempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal diraikan,  Adam Kelvin turut berkongsi berkenaan kenapa orang Cina suka sangat minum air berkarbonat di musim perayaan dan turut berkongsi kenangan lucunya bila pertama kali dirinya dan isterinya meraikan perayaan Hari Raya dan Tahun Baru Cina ketika di awal perkahwinan mereka.

Kenapa minuman ni femes sangat masa CNY?

“Orang Cina Jarang Sangat Nak Bancuh Air..”-Suami Ni Kongsi Cerita Sambut Raya Vs Tahun Baru Cina!

Ads

Orang Cina ni jarang sangat nak bancuh air buat tetamu. Macam buang masa pastu leceh nak mengemas membasuh bekas air bagai.

So minuman dalam tin ni memang sangat memudahkan tuan rumah. Dah ready-made, just bukak dan minum saja.

Jangan lupa masa CNY, memang banyak promo tau air bertin ni. Itu yang orang Cina berebut beli berkarton-karton.

 

 

Satu lagi, sebab air ni untuk sejukkan badan. Masa raya kan banyak berjalan. Badan kita akan berpeluh dan berpotensi kehilangan air. Jadi, air tin ni lah yang dapat topup air yang kurang dalam badan.

Ads

Jangan expect masa raya di rumah kawan-kawan Cina, mereka hidangkan makanan berat. NOPE.

Yang ada hanyalah makanan ringan seperti biskut dan kerepek-kerepek tu saja. Makanan berat hanya disediakan untuk dinner sekeluarga. Bukan untuk tetamu ya.

“Orang Cina Jarang Sangat Nak Bancuh Air..”-Suami Ni Kongsi Cerita Sambut Raya Vs Tahun Baru Cina!

Berbeza dengan Hari Raya yang saya lalui berbanding Raya Cina.

Wife saya pun terkejut kena makan kat kedai mamak dulu sebelum beraya di rumah saudara-mara saya.

 

“Orang Cina Jarang Sangat Nak Bancuh Air..”-Suami Ni Kongsi Cerita Sambut Raya Vs Tahun Baru Cina!

Saya pun terkejut bila Hari Raya, walaooo.. banyaknyaa makanan! Laksa dan bihun sup selalu ada! Orang Kedah memang pandai masak sedap-sedap! Ingatkan ada biskut-biskut saja. Tak sangka tuan rumah akan sediakan main meal!

Jadi kami berdua sama-sama terkejut dengan budaya berbeza ni. Haha!

Ads

Sumber : Adam Kelvin 

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Orang Cina Jarang Sangat Nak Bancuh Air..”-Suami Ni Kongsi Cerita Sambut Raya Vs Tahun Baru Cina!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI