Ada benarnya, bila kita berpeluang membersihkan rumah secara bergotong royong dengan ahli keluarga, setiap kerja yang berat itu akan menjadi ringan.  Jadi ambil kesempatan di musim cuti sekolah ini untuk libatkan anak-anak untuk membantu.

Bila ramai yang tolong pastinya masa yang diperuntukkan untuk mencuci, menyental atau membersihkan ruangan kediaman dapat dilakukan dengan mudah dan terlajak pantas. Jadi dapatlah anda lebih banyak masa untuk beristirahat bersama keluarga dan seterusnya melakukan aktiviti lainnya pula.

Sebelum itu, ketahui dulu tip atau cara membersihkan rumah dengan menggunakan bahan alami yang bukan sahaja menjimatkan malah kesan ‘bersihnya’ juga cukup hebat. Nak tahu apa caranya, jom semak 5 cara ini.

  1. Perabot bebas habuk

Lapkan perabot dengan menggunakan bancuhan air bersama pelembut fabrik dengan kadar 1 nisbah 10.

2. Lantai berkilat seperti cermin

Operasi Bersihkan Rumah Time Cuti Sekolah Lebih Berkesan Bila Buat 7 Cara Ni!

Ads

Campurkan pencuci lantai dengan cuka dan air panas. Kemudian mop lantai seperti biasa.

3. Wangikan udara dalam rumah

Campurkan pelembut kain dengan cuka. Kemudian masukkan ke dalam botol spray dan semburkan di sekeliling rumah terutama pada bahagian langsir, sofa dan kemasan lembut yang lainnya.

4. Menyegarkan bilik air

Ads

Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat dengan 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Kemudian masukkan ke dalam botol penyembur dan semburkan di sekitar bilik air.

5. Harumkan peti sejuk

Operasi Bersihkan Rumah Time Cuti Sekolah Lebih Berkesan Bila Buat 7 Cara Ni!

Matikan suis dan kemudian keluarkan semua yang ada di dalam peti sejuk. Bersihkan dengan tuala bersih. Selepas kering sapukan dengan esen ros pada tuala tersebut dan lap pada keseluruhan dalamaan peti sejuk.  Kemudian tutup peti sejuk selama 30 minit sebelum dimasukkan dengan barang-barang lainnya.

Ads

6. Kilat dan bersihkan sinki

Buah lemon di potong dua dan kemudian gosokkan pada seluruh bahagian sinki dan terutamanya tempat yang kotor/berkerak.  Kemudian taburkan dengan garam dan gosok dengan berus. Setelah itu bilas dengan air panas.

7. Cuci perkakasan seramik

Ambil beras dan campurkan bersama dengan air panas dan sedikit serbuk pencuci. Kemudian masukkan ke dalam pasu seramik atau hiasan lainnya yang sukar dibersihkan pada bahagian dalamnya. Goncang-goncangkan beberapa kali dan dengan sendirinya bahagian dalaman hiasan seramik dapat dibersihkan daripada habuk dan sebaginya.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI