Program Hari Keluarga memang seronok jika diadakan, macam-macam aktiviti kita boleh buat bagi memeriahkan suasana. Bukan untuk kanak-kanak sahaja malah seluruh keluarga akan terlibat dan jangan tak percaya, opah pun boleh kalahkan cucu cicit dalam pertandingan yang dianjurkan.
Contohnya macam video yang dikongsikan di aplikasi TikTok oleh @sayazafirah97, berkongsi momen indah dan ceria saat mengadakan perjumpaan hari keluarganya baru-baru ini selepas sekian lama tidak boleh berkumpul akibat pendemik Covid-19.
Balingan Opah Ha Tepat Menangi Hadiah Utama
Opahnya berusia 83 tahun berjaya menewaskan anak,cucu dan cicitnya dalam pertandingan ‘baling nasib’ dan ternyata bukan sahaja ahli keluarga gembira malah seluruh wargamaya yang menonton video tersebut turut terhibur dengan aksi yang ditunjukkan oleh opah tersebut.
Apa yang lebih mengujakan dalam pertandingan ini opah yang dikenali sebagai Opah Ha berjaya membolot hadiah paling utama iaitu berupa hamper dengan hanya sekali balingan.
“Opah selalu main guli ke kecil-kecil dulu” komen salah seorang warganet dan tidak kurang juga ada yang menyakat dengan menulis di ruangan komen, “Opah dapat bakul hamper, isi dalam semua kasi kat cucu”
Memetik perkongsian daripada cucunya iaitu Wan Norzafirah Jamaludin, 24 di mStar, menurutnya aktiviti dan pertandingan tersebut diadakan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan yang terpaksa berjauhan sebelum ini akibat pendemik Covid-19.
Mesra dipanggil Fira, peniaga dalam talian ini berkata, majlis hari keluarga seperti ini sebenarnya sering diadakan di rumah opah di Kampung Bekut, Sungai Siput, Perak, namun kali ini mereka memilih untuk meraikannya di Chalet Impian Teluk Batik.
“Event ini adalah sambutan hari keluarga adik beradik belah mak, sejak Covid ni susah nak berjumpa jadi bila dapat berkumpul itulah masa nak eratkan hubungan kekeluargaan.
Ads
“Jadi kami buat beberapa aktiviti, macam ‘game’ yang opah menang hamper tu kami namakan sebagai ‘baling nasib’ sebab bila baling tin tu kira nasib la dapat apa,” ujarnya.
Menurut Fira lagi, selain ‘baling nasib’, opahnya juga sporting menyertai pelbagai aktiviti lain seperti ‘balingan kasih sayang’ iaitu belon isi air, acara kepit belon, mandi tepung dan pertandingan tiub belon.
“Opah cuba juga nak tiub belon tapi belon tak kembung-kembung, dia cakap ‘gigi takde’ kesudahannya cucu dia dapat belon tu,” ceritanya lagi.
Satu Keluarga Bawa Satu Menu
Ads
Difahamkan juga sambutan keluarga kali ini telah disertai sekitar 40 ahli keluarganya.
“Kami gerak dari kampung secara konvoi, sampai je makan tengah hari dulu sebelum check in.
“Makanan pula kami buat pot luck, satu keluarga masak satu menu. Jadi kami ada 9 keluarga semua anak-anak opah, jadi adalah sembilan menu,”jelasnya yang turut memaklumkan olahnya mempunyai 28 cucu dan sembilan cicit.
Manakala untuk juadah makan malam, difahamkan keluarga ini ada buat BBQ. Tidak hanya itu, acara malam harinya turut dimeriahkan lagi dengan mengadakan pertandingan rebut kerusi kategori lelaki dan perempuan, penyampaian hadiah adik beradik, cabutan bertuah dan pemberian cenderahati kepada opah.
Sambal Ikan Bilis Garing memang enak dimakan tanpa mengira waktu. Sama ada dimakan bersama nasi panas mahu pun sekadar dibuat cicah dengan roti pun sudah terasa keenakannya hingga membuatkan makan berselera.
Ini tidak dinafikan oleh Puan Syarah Amanina, bila mana suaminya sendiri memang sangat suka makan sambal garing ikan bilis. Setiap kali masak 1kg ikan bilis, tak sampai seminggu habis licin dimakan. Laku keras katanya!
Untuk itu, dia turut berkongsi resipi dan tip untuk sediakan sambal bilis garing yang menjadi kegemaran mereka sekeluarga untuk anda cuba sendiri.
Jelasnya, “Resepi nya ada saya share pada gambar di bawah! Sangat mudah tau cuma nak blend tu je renyah yihhh. Tapi bila dapat makan dengan nasi pepanas Ya Allah tak pandang sekeliling dah.”
SAMBAL GARING IKAN BILIS
Bahan-bahan :
Cara Buat :
Langkah 1 : First goreng sampai garing ye ikan bilis ampaa. Tak kisah lah apa apa bilis pon. Nak cepat rangup guna yang dah siap kopek especially Bilis Mata Biru.
Tip elak ikan bilis liat : Orang Lumut ajar, basuh 1 kali je then tos airnya. Baru goreng. Minyak pepanas tau. Then kacau-kacau. Tinggal kejap je jangan lelama sebab kena kacau-kacau. Dah garing terus angkat tapis. Ratakan semua jangan selonggok.
Langkah ke 2 : Lepas goreng ikan bilis, buang minyaknya. Tinggalkan sikit jer. Then goreng pulak cili kering ni. Goreng sampai bunyi garing jugak tau !
Tips : Cili kering basuh ye. Sebab nak hilangkan debu. Lepstu cepat-cepat tos kan dia sebab tak nak basah waktu goreng. Nanti tak garing tak best. Dah basuh gunting buang biji. Tak nak biji bebanyak nanti apendix.
Langkah ke 3 : Dah siap goreng cili kering, bolehla pindahkan masuk dalam blender. Blend kering ye.
Ya Allahhh ni lah paling mencabar. Kena kejap-kejap bukak dan godak godak nak bagi semua hancur, sakit hidung! Oh yaa. Jangan lupa sebelum blend tu taburkan kiub ikan bilis. Saya guna maggi kiub pati ikan bilis.
Langkah ke 4 : Dah siap blend, masukkan balik dalam kuali. Make sure dah TAKDE MINYAK dalam kuali ye. Guna jer kuali sama tapi minyaknya tuang la ke lain. Kalau ada sikit-sikit minyak tu, halalkan je. Sedap jugak nanti gaul dengan nasi.
Campurkan sekali ikan bilis tadi. Gaul gaul gaul sampai sekata. Jangan lupa masukkan garam sikit dan gula secukup rasa ye.
Langkah ke 5 : Nak lagi sedap ? Tabur bawang goreng. Bau dia Yaaa Allahhhhh semerbakkkk bau. Terus rasa nak bukak periuk nasi cedok nasi ngapp !
Taraaa dah siapp. So simple so sedap. Lagi lagi jika malas masak, nasi panas panas makan dengan sambal garing ni perghhhhh wa kata luuuuu terangkat. No wonder la tak sampai seminggu habis.
Tidak ada yang lebih berharga dibandingkan kebahagiaan dan kegembiraan buat anak tersayang yang sentiasa menjadi penguat jiwa.
Itulah yang dirasai oleh primadona Erra Fazira yang sentiasa menitipkan kata-kata indah serta doa buat anaknya, Engku Aleesya Engku Emra.
Terbaru menerusi posting terbaru di Instagram, Erra jauh di sudut hatinya meluahkan rasa bahagia seorang ibu apabila melihat kegembiraan yang dikecapi oleh anak.
Mom bahagia sgt bila tengok senyuman anakanda .. tak sempat nak surprise kan dia.. dia dah sambar dulu iphone tu dr dlm kotak!! 😆 Tgk dia happy.. Hilang segala penat lelah Mom..
Engku Aleesya yang sebelum ini dilihat sebagai seorang pemalu, telah menarik perhatian peminat apabila beraksi gembira sambil memegang hadiah hari jadinya.
Rata-rata teruja dengan gelagat Engku Aleesya yang kelihatan ceria di samping Erra.
“Dia dgn mom nampak ceria kalau tak pemalunya ya ampun.
“Cuba perhatikan picture dia dgn org lain…mcm tak nak senyum sangat…tapi kalau dgn mummy dia ni…wahhh ceria n sporting betul.
“Bila dengan bunda dia nampak senyum dia.
“Nampak ceria gembira betul bila dengan Mom kesayangan.
“Dekat 10 x kita ulang tengok.. comel sgt nampak happy je 2 beranak.
Terdahulu, yang memyambut ulang tahun kelahiran yang ke-12 pada 30 Mac lalu.
Sakit gigi memang cukup menyeksakan. Walaupun satu tempat yang bermasalah, tetapi seluruh badan turut menerima kesannya.
Gusi menjadi bengkak, rasa ngilu dan berdenyut-denyut, sukar untuk mengunyah antara yang berlaku bila mana gigi sakit. Sekali gus menyebabkan segala rutin harian yang dilakukan juga menjadi terbatas.
Namun kesengsaraan sebenarnya boleh diatasi dengan cara cukup mudah, menggunakan bahan semula jadi iaitu kunyit.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Song J., Dkk. daripada Fakulti Sains Biologi,College of Natural Sciences, Wonkwang University, Korea kandungan utama kunyit yang bernama kurkumin dapat menghalang pembiakan bakteria yang menjadi punca gigi berlubang.
Selain, kunyit juga bermanfaat dalam meningkatkan daya ingatan, menyembuhkan selesema, hidung tersumbat dan sebagainya.
Caranya hanya berkumur dengan larutan air kunyit, sama ada kunyit hidup mahupun kunyit serbuk secara teratur. Ia merupakan salah satu petua untuk mencegah dan mengatasi pembusukan gigi (gigi berlubang).
Di samping itu, jaga kebersihan gigi. Pastikan gigi digosok sekurang-kurangnya dua kali sehari setiap pagi dan sebelum tidur.
Periksa tahap kesihatan gigi dengan melakukan pemeriksaan secara berkala setiap 6 bulan sekali.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pasangan suami isteri terkejut duit raya anak cecah lebih RM2000. Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati anak mereka yang baru berusia lima tahun berjaya mengumpul duit raya sebanyak RM2,000 selepas sambutan Aidilfitri yang lalu.