‘Opah Pesan, Jangan Marah Anak Buat Sepah. Itu Tanda Anak Sihat, Nanti Masuk Asrama Sunyi Rumah.’ Deep Perkongsian Ni!

Share

Apabila sudah berkahwin, kelahiran cahayamata memang amat dinantikan. Namun apabila anak semakin bertambah dan kian membesar, pelbagai karenah anak-anak kena hadapi. Ada ibu ayah mula menjadi seorang pemarah. Rumah bersepah pun marah. Hingga mereka lupa nikmat karenah anak-anak itu, itulah kemanisan sebuah keluarga. Momen yang akan dikenang bila meniti usia.

Sebagaimana perkongsian ini. Seorang ‘opah’ memberi peringatan bahawa nikmatilah momen-momen manis bersama ‘kenalan’ anak-anak sebelum mereka membesar.

Ikuti perkongsian ini.

Umie tengah solat kat bilik lain. Tengah-tengah solat tiba-tiba bau harum semerbak. Ni mesti ada yang tumpah.

Tak perfume, losyen. Dan hasilnya, Adik dengan penuh redha menerima musim salji yang tiba-tiba turun di Malaysia

Nak marah? Tak boleh marah sebab comel sangat.

Semoga semua ibu-ibu diberi kesabaran seluas langit dan bumi melayan karenah anak-anak yang sihat sejahtera.

Opah yang umur 87 tahun pesan:

“Biar kita penat jaga anak yang aktif, sihat dan banyak akal. Ramai orang yang nak anak dia berlari-lari, nak anak dia boleh jalan, nak anak dia boleh bergerak. Dan jangan lupa, berapa ramai orang yang bertahun menangis merayu kat Allah nak anak.

Jangan marah anak buat sepah. Tu nikmat tanda ada anak yang sihat sedang membesar dalam rumah. Bukan lama pun penat tu. Nanti dia dah masuk sekolah, dah masuk asrama, sunyi rumah.”

“Opah bukan nak cakap apa, tapi Opah perasan mak ayah sekarang ni sangat kurang sabar dengan anak. Anak salah sikit, laju je tangan tu nak cubit pukul anak. Lama-lama anak dah biasa kena cubit kena pukul, dia ingat benda tu betul, dia buat kat orang lain.”

Banyak lagi butiran permata tentang parenting dari Opah. InsyaAllah nanti saya share lagi.

Opah berpengalaman membesarkan 9 anak kandung, 4 anak tiri. Pagi-pagi sebelum Subuh keluar menoreh bawak anak. Ikan kembung 2 ekor boleh cukup makan 13 orang anak.

Lepas bersalin agak-agak badan dah segar terus pergi menoreh. Pantang tradisional nenek moyang 44 hari memang tak wujud dalam hidup Opah. Bawak baby kat depan, belakang dukung lagi sorang. Pernah ada ketikanya, menoreh dengan bawak 3 orang anak.

Tak boleh bayang macam mana kan?

Sekarang ni kacau gulai sambil dukung anak pun dah rasa terbeban sangat kan.

Macam mana Opah dulu boleh keluar menoreh sebelum Subuh, bawak anak-anak. Menoreh bukan senang. Tempat menoreh bukan dekat. Kena naik basikal dalam gelap-gelap tu. Bila menoreh pulak bukan senang. Kena membongkok-bongkok.

Hebat kan mak-mak zaman dulu?

Kredit: Salsabiila Sofian