Hubungan

‘Once Broken, Considered Sold.’ Amaran Padu Dari Dr Fadzilah Kamsah Buat Sang Pencurang

Share

Semenjak dua menjak ini, isu curang semakan menjadi-jadi di laporkan. Bukan sahaja dikalangan artis atau selebriti namun orang awan juga turut terlibat. Malah di laman sosial ramai yang ‘kantoi’ curang apabila pasangan mereka sendiri menangkap perlakuan pasangan mereka itu. 

Pakar motivasi terkenal, Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah tampil membuat satu kenyataan berkaitan isu curang dalam rumah tangga meraih tumpuan warganet yang sememangnya ‘panas’ dengan isu ini. 

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram, Fadzilah menulis bahawa sesuatu hubungan yang retak gara-gara dicurangi takkan pernah kembali normal walaupun kita berusaha untuk menjernihkannya semula.

Menurut Fadzilah, biarpun hubungan pasangan itu reda dengan pujukan namun luka tetap akan terpahat di hati biarpun sudah memaafkan.

“Hubungan takkan pernah kembali normal apabila pasangan berlaku curang.

“Benar, kita boleh memaafkan. la boleh dilafazkan dan keadaan nampak seperti kembali normal. Si dia ‘move on’ dan begitu juga dengan kamu.

“Tetapi kita kena sedar ni, memaafkan tak bererti melupakan. Sungguh, pasangan memujuk, “takpalah. Lupakanlah semua tu, maafkan saya ya.’

“Lalu, kamu pun mengiyakan. Niat untuk reda tetapi bukan senang nak lupakan. Luka di hati, kan? Siapa yang tahu,” kongsinya di Instagram.

Sehubungan dengan itu, Fadzilah yang sudah lama mengendali ribuan kes curang rumahtangga masyarakat turut memberi pesan terhadap mana-mana pasangan yang berlaku curang agar bersedia dengan kehilangan pasangan kelak.

“Maka buat kalian di luar sana yang bermain kayu tiga di belakang pasangan kamu, beringatlah sebelum terlambat.

“Ingatlah bahawa sebuah kepercayaan itu umpama kaca. “Once broken, considered sold.” Sekali pecah, kalian yang kena menanggung ‘harganya’.

“Maka siaplah untuk kehilangan pasangan, hatinya, kepercayaannya dan sudah cinta,” pesannya.

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club