Olah Resipi Pasar Malam, Ayam Gunting Rangup Buat Sendiri Di Rumah Je!

Share

Kalau pergi ke Pasar Malam tak sah rasanya kalau tak membeli kudapan untuk di bawa pulang. Ayam Gunting Pedas merupakan salah satu resipi wajib buat anak-anak kita. Kita pun tak ketinggalan juga menggemari isi ayam rangup yang satu ni.

Tak perlu ke Pasar Malam lagi semata-mata untuk membeli Ayam Gunting Pedas ini kerana di rumah pun anda boleh sediakan sendiri, sama seperti resipinya.

Perkongsian Puan Salimah Olie di facebooknya buat kita yakin untuk mencuba. Nampak mudah dan ringkas cara pembuatannya. Jom cuba petang ni. Anak-anak yang bercuti sekolah pasti teruja bila ibu sediakan satu resipi baru. Best pulak tu!

Ayam gunting, rangup diluar, lembut dan juicy didalamnya. Langkah dan bahan ada kat gambar. Saya buat cara paling mudah dan senang. Guna tepung goreng serbaguna Bestari je…hihi. Dah takyah pergi pasar malam petang ni ya!

Resipi Ayam Gunting Pedas

Bahan-bahan:
Isi dada ayam -yang telah dileperkan
Tepung serbaguna bestari
1 sudu kecil soda bikarbonat
Telur
Sedikit garam -pukul perlahan
Sedikit paprika

Caranya:


1. Masukkan isi ayam dalam plastik dan ketuk jadi sedikit leper.

2. Sudahkan kesemua isi ayam.

3. Golek isi ayam pada tepung.

4. Celup dalam telur kemudian golekkan semula pada tepung.

5. Goreng dalam minyak yang panas (tenggelam).

Selamat mencuba!