Jika dulu, ramai yang lebih gemar pergi membeli barangan dapur di pasaraya seperti Giant dan Tesco namun sejak kehadiran pasaraya 99Speedmart, ramai yang lebih suka membeli belah di sini kerana harganya berpatutan selain memudahkan masyarakat mendapatkan barangan keperluan.
99 Speedmart juga mudah didapati bukan sahaja di bandar tetapi di kawasan luar bandar.
Walau bagaimanapun, pasti ramai yang tidak tahu siapakah individu di sebalik kejayaan pasaraya ini. Malah tentu anda tidak sangka, individu tersebut merupakan seorang OKU sejak kecil lagi.
Individu yang dimaksudkan adalah Lee Thiam Wah. Dilahirkan pada tahun 1954 dan mempunyai 11 orang adik-beradik. Bapa Lee merupakan buruh pekerja binaan manakala ibunya seorang penjual makanan jalanan.
Sewaktu kecil, Lee telah diserang penyakit Poliomyelitis ketika berusia 8 bulan menyebabkan dia terpaksa menggunakan kerusi roda sehingga sekarang.
Disebabkan kemiskinan, beliau hanya bersekolah setakat darjah enam kerana ibu bapanya tidak mampu membiayai persekolahannya pada masa itu.
Namun keadaan itu tidak menghalang Lee dari terus mengapai cita-citanya sebagai seorang ahli perniagaan.
Menurut laporan, walaupun tidak bersekolah, Lee selalu meminjam buku dari jiran-jirannya dan banyak menghabiskan waktu bersama neneknya. Nenek Lee merupakan individu yang banyak memberikan galakan padanya dan sering mengatakan bahawa Lee hanya caca fizikal tetapi keupayaan mental masih sempurna.
Ads
Semasa berusia 14 tahun, Lee mula menjual makanan ringan di luar rumahnya di Jalan Kampar, Klang. Semasa berusia 23 tahun, dia berjaya mengumpulkan RM17,000 dan dijadikan modal untuk buka kedai runcit pertamanya yang dinamakan Pasar Raya Hiap Hoe.
Dari perniagaannya itu, Lee banyak belajar apa yang dimahukan pelanggan dan belajar tentang pembekal dan harga. Lee juga banyak mempelajari mengenai pesaingnya secara mendalam.
Kemudian pada tahun 1992, Lee telah menjual kedai runcit berkenaan pada harga RM88,000 dan membuka sebuah pasar mini untuk mencabar dirinya dengan menjalankan perniagaan yang lebih besar.
Pada 1999, Lee telah menbuat penjenamaan semula terhadap pasar mini tersebut kepada 99Speedmart yang boleh kita lihat kini selalu berada di kawasan-kawasan sekitar kita.
Ads
Pada awal perniagaan, dia mensasarkan jualan kepada pelanggan yang berpendapatan rendah. Oleh sebab itu, Lee terpaksa mengorbankan margin pada sesetengah produk untuk dijual pada harga rendah berbanding pasaran untuk membina reputasi perniagaannya.
Ibu pejabat pertama kedai ini dibina pada Oktober 2002. Gudang berkeluasan 80,000 kaki persegi itu merupakan bangunan yang serba lengkap dengan perkhidmatan susun berpusat, penyimpanan dan pergudangan.
Pada Julai 2008, pusat pengedaran kedua telah siap dibina.
Ia diwujudkan untuk membolehkan rantaian itu terus menawarkan barangan dan perkhidmatan baharu dan canggih sambil mengembangkan rangkaian pasaran kecil di seluruh negara.
Sejak itu, mereka telah membuka sehingga 10 pusat pengedaran. 99 Speedmart juga menerima Anugerah Pilihan Pengguna dari tahun 2006 hingga 2009 dan pada tahun 2012.
Pencapaian ini membuktikan bahawa strategi pemasaran 99 Speedmart yang hampir dan menjimatkan berfungsi.
Ads
Sehingga November 2021, 99 pasar mini Speedmart telah membuka lebih daripada 2,000 cawangan di seluruh Malaysia dan beliau telah digelar The King Of Mini Market.
Lee juga berjaya mengembangkan perniagaannya ke peringkat antarabangsa dengan pembukaan 99 Speedmart pertama di Singapura di 110 Sims Avenue pada tahun 2019.
Baru–baru ini, Lee muncul sebagai pemegang saham utama dalam Alliance Bank Malaysia Bhd, dengan 5.076 peratus kepentingan.
Lee merupakan pemegang saham ketiga terbesar Alliance Bank selepas Vertical Theme Sdn Bhd sebanyak 29.06 peratus dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 10.5 peratus.
Lee adalah contoh yang baik tentang bagaimana anda tidak boleh membiarkan kecacatan fizikal anda berdiri dalam cara mencapai impian anda.
Hidup berjiran ni, ada macam-macam ragam. Nak tak nak, kena lah hadap. Tapi yang pastinya, nak hidup harmoni dengan jiran perlulah amalkan sikap toleransi dan bertimbang rasa. Kalau tak ada dua benda ini, boleh berperang dengan jiran tau!
Misalnya seperti yang berlaku pada pasangan suami isteri ini yang perlu berdepan dengan masalah jiran mereka yang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian rumah sehingga meninggalkan kesan pada rumah mereka.
Menerusi video yang dkongsikan oleh si isteri di laman Tiktok, kelihatan keadaan dinding di rumah mereka yang berlubang akibat besi tertembus ke bahagian dalam rumah.
Menurutnya, ini bukan pertama kali mereka berhadapan dengan situasi ini. Mereka suami isteri akan menampal semula bahagian dinding rumah yang berlubang dengan simen dan tidak memanjangkan isu tersebut.
“Tengah siap-siap nak keluar, tiba ternampak dinding bilik sebelah bergegar. Terus panggil husband tengok sama kejadian tersebut. Nasib tak keluar rumah lagi. kalau tak balik dari keluar mesti terperanjat tengok dinding rumah dah berlubang. So kita settlekan tengok rumah tu sampai tukang sebelah bolongkan dinding.
“Sadisnya.. Kita sebagai owner rumah bila jadi gini. Taktau nak sedih ke nak ketawa.
“Bukan kali pertama ni tukang buat jadi berlubang dinding. ni kali ke 3 dah. Pening tuan rumah. Penukang energynya terlebih sangat. tu yang bolong aje dinding rumah guwe.
“Jiran sebelah yang renovate kita yang kena tempiasnya. Bertabahlah wahai hati. Berhuhuhu jela. bersyukur dinding xroboh sudah laa. settle je berlubang dinding rumah, husband terus keluar jumpa tukang sebelah terus dia tampal dinidng dengan simen.” tulisnya dalam video.
Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama memuji sikap sabar yang ditunjukkan oleh pasangan suami isteri ini. Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang meminta mereka untuk mengambil tindakan terhadap jiran mereka itu sebelum kejadian yang lebih buruk berlaku pada masa hadapan.
Dulu-dulu memang susah untuk kita lihat dengan mata kepala sendiri pokok epal andai tidak ke luar negara. Namun sekarang ini, bukan perkara asing lagi untuk menanam pokok epal di laman rumah sendiri.
Ini pastinya membuatkan ada antara kita teruja untuk mencuba teknik tanaman pokok epal dengan menggunakan semaian biji benih. Jadi bolehlah selain dapat merasa sendiri hasil tuaianya nanti bila berbuah dan secara tidak langsung anak-anak juga dapat mengenal pokok epal dengan lebih dekat lagi. Pasti ianya akan menjadi pengalaman yang istimewa buat mereka.
Apatah lagi cara untuk mendapatkan biji benih tersebut cukup mudah, jadi boleh sangatlah untuk dicuba menanam pokok epal ini.
Nak tahu lanjut proses seterusnya ayuh ikuti perkongsian daripada Zubir Bin Ali Zubir ini.
Salam pagi Jumaat penghulu segala hari.Saya baru join KBJTS ni…Harap semuanya sudi menerima saya berkongsi ilmu di ruangan ini.
Siapa yang berminat menanam pokok epal melalui semaian biji benih?
Kita biasa makan buah epal dan terjumpa bijinya yang telah cambah tetapi kita terus buang kerana kita fikir pokok epal tidak boleh tumbuh di tanah rendah dengan cuaca yang panas.Sebenarnya dari biji benih itulah boleh disemai menjadi pokok epal.
Cara-cara penyemaiannya:
1. Jika terjumpa biji benih yang telah cambah dalam buah epal janganlah di buang…simpan dalam tisu yang dilembabkan bagi memastikan biji benih tersebut kekal segar sementara kita menyediakan medium untuk tapak semaian.
2. Apabila medium telah disediakan bolehlah kita semaikan biji epal tersebut.Kalau banyak biji yang kita dapat tanamlah 4 ke 5 ulas biji dalam satu bekas kerana kita tidak pasti yang mana satu yang boleh tumbuh.Pastikan tanah yang kita gunakan tanah campuran yang agah gembur dan kering.Jangan buat siraman air pada biji benih tersebut.
3. Selesai biji benih disemai buat sungkupan dengan plastik.Pastikan plastik tersebut tidak tembuk untuk mewujudkan wap air pada bahagian dalam sungkupan itu.Ikat dengan tali agak kemas supaya tiada ruang yang terbuka yang boleh mengeringkan wap air di dalamnya.Semasa proses semaian ini tidak perlu buat siraman.Memadailah wap air ini mengawal suhu di dalam sungkupan tersebut.
4. Apabila terlihat anak pokok epal telah tumbuh sebaik-baiknya jangan dibuka sungkupan tersebut.Jika dibuka dan terdedah dengan udara luar yang panas anak pokok ini boleh mati.Sabarlah menunggu anak pokok ini agak matang barulah dibuka sungkupan plastik tersebut.
5.Anak pokok epal yang agak matang ini bolehlah diasuh dengan disiram mengikut keadaan tanah tapak semaiannya.Jangan terlalu lembab.Masa ini kita boleh membaja bagi menggalakkan pertumbuhan pokok tersebut.
6. Apabila pokok telah tinggi melebihi 2 kaki bolehlah dipindahkan ke tanah untuk pokok ini terus membesar.
Bagi yang minat membuat laman ala Inggeris pastinya seronok jika di halaman rumahnya ada pokok epal.Tapi tak tahulah sama ada mahu berbuah ataupun tidak.Itu semua kuasa Allah.Kita hanya mampu berusaha mendapatkannya.Selamat mencuba.
Baru-baru ini tular di aplikasi Tiktok sebuah video yang memaparkan seorang bapa tunggal bekerja sebagai tukang kasut telah membawa 4 orang anaknya yang masih kecil bekerja.
Video ini mendapat perhatian para netizen yang benar-benar bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga ini lebih-lebih lagi melihat anak-anaknya yang masih kecil sabar menunggu sehingga ayahnya habis kerja.
Apa yang lebih menyedihkan bila melihat anak-anak itu ada yang tidur di lantai kaki lima dan kakak menjaga adiknya yang masih kecil.
Dalam video tersebut turut diberitahu lokasinya iaitu di Cimb Bank, Johor Jaya 6.
“Diminta sesiapa yang nak memperbaiki kasut anda, pergi depan CIMB sapot Abang ni. dia adalah ayah yang bagus, gigih mencari duit susu untuk anak-anaknya.” tulis pemilik akaun TikTok tersebut.
Dalam temuramah di sebuah akhbar, pemuda yang bernama Mohammad Khairul Nizam Mohd Tamyis atau lebih mesra dengan panggilan Mad, berusia 24 tahun ini mengatakan bahawa ia tidak mempedulikan tanggapan buruk sesetengah individu berkaitan kerjayanya sebagai tukang kasut jalanan kerana ia adalah rezeki halal demi empat orang cahaya mata.
“Saya tidak mengabaikan anak dan terpaksa bawa mereka ketika menjahit kasut kerana tiada pilihan.”
Menurutnya, dia juga sentiasa memastikan keselamatan anak mahupun keperluan mereka ketika bekerja.
Bagaimanapun dia berdepan cabaran menjaga anak-anak selepas berpisah dengan isteri sejak setahun lalu.
“Kami tidak serasi dan mengambil keputusan untuk bercerai dan buat masa ini saya menjaga dua orang anak berusia tiga dan enam tahun manakala bekas isteri menjaga anak sulung dan bongsu berusia lapan tahun dan bayi berusia setahun.
“Keluarga saya bukan orang senang, ibu saya menjual pisang goreng di Taman Puteri Wangsa manakala bapa masih menjadi tukang kasut jalanan di hadapan sebuah pasar raya di Taman Johor Jaya,” katanya yang tinggal bersama keluarga ibunya di Taman Puteri Wangsa.
Dalam dunia moden yang pantas, internet bukan lagi satu kemewahan ia adalah keperluan setiap keluarga moden! Dari si kecil yang sibuk menonton video YouTube,...