“Oksigen Anak Saya Dah Drop Mengejut..”-Datuk Aliff Syukri Mohon Doakan Kesembuhan!

Share

Sebagai ibu ayah tentu tahu bagaimana perasaannya bila berdepan dengan anak yang jatuh sakit. Hati akan rasa risau, sedih dan dalam masa yang sama sangat berharap agar segera sembuh. Tidak sanggup rasanya untuk terus melihat anak menanggung kesakitan.

Begitulah juga yang dilalui detik ini oleh Datuk Aliff Syukri dan isteri bila mana berkongsi keadaan terkini anak bongsunya Luqman Al Haqeem yang tidak sihat hingga terpaksa diberikan bantuan pernafasan.

“Mohon doa kalian.. oksigen anak saya dah drope mengejut nasib baik @shahidadherbs perasan.. susah hati saya. Benda yang paling abah tak sanggup tengok bila tengok anak abah sakit..tambahan pula luqman baru menginjak 2 bulan,” luah Datuk Aliff Syukri sebagai bapa yang risau dengan keadaan anaknya kini.

Difahamkan kandungan oksigen anak kecil itu drop disebabkan serangan virus  RSV atau Respiratory syncytial virus adalah sejenis virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan. Ia sering kali berlaku kepada kanak-kanak di bawah usia 2 tahun.

“Ada 2 virus yang menyerang Luqman iaitu virus RSV dan Adenovirus…hari ni oksigen luqman dan muka drop dan saya berterima kasih kepada @dr_iqbal_paeds_ qbal nurse di KPJ Damansara yang merawat anak saya di sini..dan wife saya ..Semoga anda semua sudi mendoakan kesembuhan buat anak saya Luqman Al Haqeem B Aliff Syukri.”

Berkongsi pengalaman yang sama mommy_Hanahumaira turut meninggalkan komennya di posting tersebut,”Anak saya umur hampir 3taun positif adeno pn da teruk amat keadaan die mstu..but syukur alhamdulillah..seminggu lebih die sakit,terus sembuh..smg Allah sembuhkan Luqman..Aamiin.”

Kongsi alinenorin pula yang turut mendoakan semoga cepat sembuh buat luqman, tulisnya,”Anak saya pernah kena rsv,dia tengah takde imune badan masa tu,memang tengah 0, sebab baru lepas kimo, masa tu umur setahun..Hampir-hampir  nak masuk icu, memang virus tu bahaya. Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat Luqman .”

“Sedikit tips bg ex patient(anak sy) 2 virus ni. Lepas keluar ward terus balik rumah dan kalau boleh elakkan ke tmpat crowded sebab akan trigger batuk balik. Bila dah batuk susah sikit nak baik semula kene stand by inhaler pulak”, kongsi mika_2314 pula.

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club