Perkongsian daripada seorang suami ini menarik untuk dikongsikan. Sudah bertahun-tahun dia menghadiahkan kad Kreadit untuk isterinya dan apa sebabnya, jom semak perkongsian bermanfaat daripadanya.
Okay ke bagi kad kredit pada isteri?
Saya belajar tips ni dari orang lama yang berpengalaman. Almaklumlah saya waktu tu baru nak berjinak-jinak membina rumah tangga. Memang banyak kena belajar dengan orang lain yang dah menempuhinya, terutama di era modenisasi dan liberalisasi ini.
Saya tanya bagaimana beliau menguruskan perihal nafkah untuk isteri sesuai dengan arus pemodenan semasa. Isteri beliau tu bekerja sebagai guru. Waktu itu saya tengah mencari mekanisma terbaik untuk menyalurkan nafkah supaya saya tidak termasuk dalam golongan suami yang mengabaikan tanggungjawabnya.
Jawabnya, beliau memberikan kad kredit tambahan (supplementary) kepada isterinya untuk digunakan. Ikut pandai dialah nak belanja macam mana.
Maka lepas buat kaji selidik, analisa risiko dan sebagainya, saya pun berilah hadiah sekeping kad plastik kepada isteri. Kini dah nak masuk 6 tahun dah kot saya masih belum tarik lagi nikmat yang tak dapat didustakan itu. Hahaha!
Kawan-kawan,
Tak payah risau sangatlah bila bagi kad kredit kepada isteri. Kita boleh saja tetapkan limit untuk mereka berbelanja. Katakan gaji kita RM2,500 sebulan, buatlah limit kad isteri sebanyak RM500-RM1,000 sahaja.
Serius, mereka tak akan guna lebih pun. Nak beli apalah sangat? Shampoo, minyak rambut, deodoren? Semua tu bukannya setiap bulan kena restock. Beli baju raya? Setahun sekali saja. Baju kelawar pun tak adalah sampai setiap masa nak membeli. Beli bra, rasanya tunggu sampai dawai terkeluar baru nak ganti.
Last-last beli barang dapur juga. Itupun kita sendiri yang tumpang makannya. Cuma yang depa suka beli; sabun anak, losyen anak, pampers anak, baju anak, kasut anak, spender anak, mainan anak. Nak buat macam mana, dah kita sendiri malas nak pi beli. Heh!
Pakai kad kredit ni ada baiknya. Depa akan guna bila perlu saja. Berbanding kalau kita bagi cash di tangan, tak adanya depa nak pulangkan kalau ada lebih. Kan bagus macam tu? Pay per use omputih kata.
Itu satu perkara. Perkara lain yang best adalah setiap perbelanjaan depa akan muncul dalam penyata. Tak payah dah kita susah-susah nak teka depa ni perabis duit dekat mana.
Macam saya, bila hujung bulan, saya akan verify balik setiap baris item dalam penyata. Waktu tu, bini mulalah gelabah cari resit letak kat mana, check akaun Shopee beli barang apa. Dalam masa yang sama, kita boleh didik mereka apa must have thing dan nice to have thing. Gittew!
Malam-malam pula jangan lupa panjatkan doa. “Ya Allah, tutuplah pintu hati isteriku dari boros berbelanja. Janganlah bagi dia mudah terpesona dengan tipu daya dunia. Kurangkanlah nafsunya bershopping sini-sana.” Haa! Amal lagu ni, insyaAllah kelia.
Alahh, depa berbelanja pun murah rezeki untuk kita juga. Apa nak susah hati sangat?
Sumber : Bijen Mohd