“Oh Meletop.. Anak Dara Pun Kalah…” Ramai Korek Rahsia Makin Cantik Zizie Izette

Share

Mengekalkan kecantikan, seri wajah dan kelangsingan tubuh badan apabila telah beranak pinak bukanlah sesuatu yang mudah. Jika tidak punya desiplin dan kesungguhan, belum tentu bentuk tubuh idaman dapat dimiliki. Apatah lagi andai usia sudah memasuki lewat 40an, sudah terlihat garis-garis halus diwajah, tentu sukar untuk menyembunyikan kesan-kesan penuaan pada diri.

Namun berbeza sekali buat Datin Seri Zizie Izette. Perkongsian gambar terbarunya baru-baru ini di instagram miliknya telah mencuri perhatian ramai. Nyata dapat dilihat penampilan Zizie cukup memukau persis anak dara.

Ini kerana Zizie memuat naik foto terbarunya memakai baju dan seluar dalam rona ungu terang dilihat semakin kurus dan menawan.

“Oh meletop.. anak dara pun kalah…” itu antara komen yang diterima oleh pelakon Datin Seri Zizie Izette menerusi laman Instagram baru-baru ini apabila berkongsi gambar terbarunya.

 

Turut disertakan kapsyen, dimana Zizie memberitahu dia tidak tahu untuk memuat naik foto yang mana satu di Instagram: “Picture 1 or picture 2. I can’t decide so I put both. ,” tulisnya.

Perkongsian Zizie itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis serta netizen yang memuji perubahan pelakon itu. Malah, ada yang mengatakan Zizie persis anak dara serta seperti gadis muda remaja yang baru habis SPM.

Tidak kurang juga, ada segelintir netizen yang meminta tips daripada isteri kepada Datuk Bung Mokhtar Radin tips dan rahsia untuk tampil langsing.

Namun begitu, foto terbaru yang dimuat naik Zizie itu menampakkan dirinya tidak memakai tudung sebaliknya hanya mengenakan topi sahaja. Penampilan terkini Zizie itu telah menimbulkan tanda tanya. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik buat Zizie.

Sumber : IG Zizie Izette

ARTIKEL MENARIK : Selepas Balik Haji, Rico Rinaldi Tolak Tempahan Baju Seksi. Ramai Puji & Doakan Istiqomah!