
Bila sebut tentang memasak, mestilah kita orang perempuan yang selalu masuk ke dapur untuk sediakan menu untuk keluarga. Biasanya kita akan pastikan menu yang dimasak bukan sahaja sedap rasanya malah kita akan ambil kira bentuk masakan itu juga agar nampak menyelerakan, sempurna dan cantik bentuknya. Maklumlah, bukan ke wanita ini begitu teliti orangnya.
Untuk itu, sekiranya sebelum ini anda pernah menyediakan kuih bom sebagai menu minum petang atau sarapan, dan keadaan ‘rupa parasnya’ mengecewakan apa kata anda cuba ikut petua yang dikongsikan oleh Marlia Lia bersama MAHN.
Jadi selepas ini, kuih bom yang dimasak bukan sahaja sedap malah cantik bentuknya dan membuatkan seisi keluarga tidak sabar untuk menjamahnya. Jom semak perkongsian bermanfaat ini.
TIPS Kuih BOM kekal cantik membulat
Anda boleh mengikuti beberapa tips dibawah supaya kuih bom tidak meletup di dapur
1.Campurkan sedikit GULA ke dalam adunan tepung pulut dan tepung gandum
2. REHATkan doh 1-2jam sebelum mula menggoreng. Seelok²nya semalaman / boleh juga disimpan dalam CHILLER beberapa jam sebelum goreng.
3.Masukkan kuih ke dalam minyak yang dah CUKUP PANAS.
4. Guna api yang KECIL semasa mula masukkan kuih, dan SEDERHANA semasa kuih dah hampir masak. Bijan boleh masak garing dan tak serap minyak
5.Pastikan minyak mencukupi semasa menggoreng.. 3/4 MENUTUPI keseluruhan kuih
6.Semasa menggoreng, balik²kan kuih supaya MASAK RATA
“Mujur Isteri Tahu CPR.” Setelah 5 Minit Lemas, Anak Ini Dapat Di Selamatkan. Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas, Moga Jadi Iktibar!

Siapa sangka dalam waspada menjaga keselamatan anak, kejadian yang tidak diingini tetap berlaku.
Bukan tidak prihatin tentang soal keselamatan anak-anak terutama di sekitar rumah.
Namun anak yang lincah kadang kala ibu ayah terlepas pandang.
Begitulah yang terjadi kepada sebuah keluarga ini yang hampir kehilangan anak tersayang akibat lemas dalam kolam buatan sendiri.
Anaknya yang masih kecil tanpa disedari keluar ke halaman rumah tanpa sengaja telah jatuh di dalam kolam.
Setelah hampir 5 minit telah berjaya diselamatkan oleh ibunya sendiri dengan bantuan CPR.
Siapa yang tidak sedih dan trauma kejadian ini terjadi kepada darah daging. Lebih lagi kejadian berlaku didepan mata.
Jauh di sudut hati tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada keluarga lain, pasangan suami isteri ini berkongsi detik cemas itu. Ikuti perkongsian saudara Abdul Rahim menerusi facebooknya.
Moga jadi ikhtibar!
Pengajaran buat kami sekeluarga hari ini.
Pertama, betapa penting pengetahuan CPR.
Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, petang tadi Atikah Mohd Ramzan dapat kembali anak bongsu kami selepas berjaya buat CPR sejurus selepas angkat dari kolam. Hampir 5 minit ibunya buat CPR anak kandung sendiri. Super Mom.
Kedua,
Penghadang yang lebih tinggi dari kepala pun dia boleh ambil kerusi dan panjat.
Jadi berwaspadalah sentiasa dengan anak kecil.
Kolam ni dah pun kami simpan.
Tak pasang dah lepas ni.
Pasang sebelum ni pun untuk ajar anak-anak berenang dan apungkan badan.
Kakaknya dah mahir, dia saja belum.
Mohon doakan banyak2 lagi untuk anak bongsu kami Alita Raysha Abdul Rahim.
Update dari ward kanak-kanak HRPB yang Alita mungkin dimasukkan ke ICU malam ni.
Ya Allah permudahkanlah urusan kami.
Video untuk ikhtibar bersama
Video ini asalnya untuk rekod sahaja kepada doktor mengenai berapa lama durasi kanak – kanak tersebut lemas tanpa oksigen.
Alhamdulillah semuanya selesai dan saya boleh simpan sendiri video ni. Tapi saya tekad untuk kongsi kecuaian dan kelemahan diri saya ini supaya menjadi kesedaran kepada ibu bapa lain, bahawa ‘hazard’ ada di mana-mana dan dari perkongsian ini kemalangan seperti ini boleh dielakkan dan banyak nyawa kanak-kanak lain juga boleh diselamatkan.
Kerana kerusi atau alatan untuk anak memanjat halangan ini ada di mana – mana, bukan penghadang kolam saja, malah penghadang di rumah kondo atau flat.
Tentang pagar yang terbuka, kami berada di luar berhampiran ketika itu. Semua sedang mencuci seluruh rumah termasuk kolam tersebut. Tentang lalai kami akui. Kerana itu kami berkongsi.
Ini kelemahan kami pada waktu itu. Itu yang kami ingin kongsikan. Realiti tak sentiasa indah, Video berdurasi 3 minit. Kurang 10 saat selepas tu kami tiba dan dengan izin Allah sempat diselamatkan.
Tapi jika ingin berlaku kemalangan, 10 saat kecuaian kami pun sudah cukup. Tentang kolam pula, air akan dikosongkan atau kolam ditutup apabila tidak digunakan.
Saya mendoakan dan memohon kepada Allah SWT agar anda semua disini dihindari dan dijauhi dari perkara seperti ini berlaku kepada ahli keluarga anda. InsyaAllah.
Kronologi kejadian
Ini video & kronologi apa yang berlaku kepada keluarga kami dalam tempoh 24 yang lepas, harap jadi iktibar kepada ibu bapa yang lain;
1. (Video) Jam 3:20 petang anak bongsu kami Alita Raysha lemas dalam kolam ketika bermain. Dia telah ambil kerusi dari belakang rumah dan panjat penghadang.
2. Kemudian kebetulan abangnya lalu dan nampak Alita kaku di dalam kolam.
3. Abangnya panggil saya dan isteri. Isteri saya cepat – cepat angkat Alita yang dah kaku dari kolam.
4. Isteri saya, seorang bekas jururawat di PPUM, yang selayaknya digelar Super Mom Atikah Mohd Ramzan dengan tenang melakukan CPR keatas anaknya sendiri yang dah tak bergerak masa tu.
5. Badan Alita dah keras dan membulat masa buat CPR tu, tiada respon apa-apa langsung. Memang dah terasa seperti kehilangan anak kami masa tu.
6. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T setelah lakukan CPR dengan sabar sambil memanggil – manggil nama anak kami tanpa mengalah, Alita kemudian merengek dengan sangat perlahan. Anak kami telah kembali kepada kami 5 minit selepas lakukan CPR. Kami terus hantar ke Jabatan Kecemasan HRPB.
7. Ketika di Jabatan Kecemasan, setelah stabil anak kami dihantar ke PHDU, namun malam itu jam 10 malam, Alita diserang sawan yang memberi isyarat mungkin ada gangguan pada otak akibat terputus oksigen seketika pada insiden petang tadi.
8. Pada jam 10:30 malam, doktor telah memindahkan anak kami ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik untuk pemerhatian rapi.
9. Alhamdulillah, (Gambar) pagi ini Alita telah sembuh sepenuhnya dan menunggu tempoh 24 jam untuk discharge.
10. Kami jadikan ini pengajaran dan pengalaman betapa pentingnya pengetahuan CPR. Tanpa tindakan pantas isteri saya semalam, kami mungkin kehilangan anak kami selama – lamanya. Dan menghabiskan baki usia kami dengan penyesalan yang tak berkesudahan. Tak dapat malah tak sanggup kami bayangkan.
11. Kami juga jadikan ini pengajaran kepada kami yang mana setinggi mana penghadang sekalipun, anak tetap boleh ambil kerusi dan panjat. Pengawasan maksima keatas anak – anak sentiasa diperlukan.
12. Kolam itu tujuannya adalah untuk mengajar anak kami pengetahuan berenang dan apungkan badan dalam air ketika kecemasan. Dua orang kakak dan abangnya dah pandai, tapi Alita belum habis belajar lagi.
10. Harini kami ambil keputusan untuk simpan kolam ini, cuma mungkin pasang kemudian apabila anak dah betul – betul dewasa nanti. Mungkin juga tidak pasang terus.
11. Saya naikkan video ini hari ini agar menjadi pengajaran kepada yang lain untuk sentiasa berhati – hati. 5 minit sudah cukup untuk insiden seperti ini berlaku.
Hari ini, anak kami telah dikeluarkan dari ICU dan mungkin akan discharge sepenuhnya dalam tempoh 24 jam.
Alhamdulillah. Semuanya selesai.
Terima kasih kepada yang mendoakan.
Terima kasih juga kepada Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi HRPB yang memberi layanan terbaik kepada anak kami dan anak-anak kecil yang lain. Hanya Tuhan dapat membalas jasa baik kalian.
Semoga apa yang berlaku pada kami ini akan menjadi pengajaran pada ibu bapa yang lain juga.
Anak adalah rezeki dan juga tanggungjawab. Jagalah sebaiknya.
Sumber: Abdul Rahim
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Buat Kerja Dapat Upah.” Aktiviti Ketika PKP, Ibu Ni Buka Kedai Dalam Rumah. Anak Beli Guna Duit Jutaria. Kreatif!

Dalam menghadapi wabak Covid-19 ini, semua orang diminta untuk tinggal di rumah dan elakkan diri daripada keluar kecuali hanya untuk membeli keperluan dapur sahaja.
Tidak dinafikan ramai yang mengeluh bosan, mahu keluar dan pelbagai lagi rungutan apabila Perintah Kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan, namun ketahuilah ini adalah salah satu kaedah untuk memastikan kita dan keluarga tidak terdedah pada wabak yang kian meruncing ini.
Duduk di rumah bersama keluarga, boleh cipta sendiri aktiviti bersama. Seperti ibu bernama Farhana Ibrahim guna cara yang cukup kreatif.
Disebabkan PKP dipanjangkan lagi, maka ummi ambik peluang buka ‘kedai’ dalam rumah ni..
Sapa buat kerja, dapatla duit Jutaria. Pastu kumpui2, boleh la mai singgah kedai ummi. Tapi.. tapi setiap anak ada had membeli jgk la especially utk keropok. 😁✌🏻
Good idea!
Kredit: Farhana Ibrahim
Potato Fritters, Cucur Kentang Sagat Yang Nampak Biasa Tapi Serius Sedap, Sila Cuba!

Kalau tengok gambar macam cucur udang biasa je kan. Tapi serius bila dah cuba buat sendiri rasanya memang ada umphh. Kentang yang disagat halus memang tinggalkan rasa yang lain daripada yang lain.
Rasa kentang yang lemak buat kita rasa sedap nak mengunyah. Paling penting cara nak buatnya sangatlah mudah. Kalau hujung minggu boleh cuba buat resipi ni untuk anak-anak. Mesti anak-anak suka.
Resipi ini dikongsikan saudari Noraida Durani di facebooknya dan rata-rata ramai yang dah cuba mengatakan rasanya cukup umphh dan tip top. Kalau digoreng garing dan nipis mesti lagi meletup rasanya. Hebat!
Jom cuba!
POTATO FRITTERS
3 biji kentang (sagat halus)
4 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan tepung gandum
1 biji telur
Daun bawang
Serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Perasa -jika suka
1.Satukan kentang yang telah disagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan juga perasa. Gaul sebati.
2. Panaskan minyak masak, sudukan adunan dan goreng hingga kuning. Pastikan agak leper dan balik-balikkan. Biarkan hingga masak.
3.Tadaa….dah siap.
Sedap dimakan bersama sos
Kredit: Noraida Durani