
Mungkin ada antara kita yang sudah terbiasa untuk meninggalkan anak-anak di dalam kereta buat seketika untuk membeli barang atau singgah di kedai berhampiran.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Meskipun kita merasakan selamat, dek kerana parking kereta berdekatan namun hakikatnya keadaan tersebut sama ada sedar atau tidak kita telah mendedahkan anak-anak kepada risiko diculik oleh individu yang merbahaya.
Kejadian ini turut dilalui sendiri oleh seorang ibu berdepan dengan keadaan yang cemas apabila mendakwa nyaris anaknya di bawa lari oleh orang yang tidak dikenali apabila meletakkan kenderaannya di stesen minyak Batu 9, Teluk Panglima Garang.
Difahamkan dalam kejadian sekitar jam 9 pagi itu, ibu berkenaan singgah sebentar di sebuah kedai makan untuk membeli sarapan sementara 3 orang anaknya ditinggalkan di dalam kereta memandangkan hujan ketika itu.
Pun begitu tiba-tiba dia ternampak kelibat seorang lelaki keluar daripada kereta Proton berwarna hitam yang sengaja diberhentikan di belakang keretanya. Dan apabila diperhatikan lelaki tersebut berdiri di dalam keadaan mencurigakan dengan menundukkan badan melihat di bahagian dalam kenderaanya sambil cuba untuk membuka pintu belakang.
Melihat kejadian tersebut, ibu ini terus berlari ke arah keretanya dan terus menyoal lelaki tersebut. Bagaimana pun lelaki warga asing itu memberi alasan kononnya pintu kereta tidak rapat sebelum berlalu pergi.
Klip rakaman CCTV daripada stesen minyak tersebut kini tular selepas dimuat naik oleh pengguna Facebook Hizam Husband Nora.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet lega lelaki tersebut tidak berjaya membuka pintu kenderaan tersebut dan dalam masa yang sama turut mengingatkan agar lebih berhati-hati agar kejadian seperti ini berulang kembali.
ARTIKEL MENARIK : Rupanya Kena ‘Unlinked’ Akaun Tabung Haji Dengan Mybank2U, Elak Duit Hilang Angkara Scammer!
Baca Ini Juga :Main Kon Tersangkut Di Kepala, Anak Darjah 4 Terpaksa Tahan Sakit 30 Minit!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Sumber : Hizam Husband Nora
Pernah Viral Surprise Isteri Naik Kereta Mewah, Kini Coretan Cara Memahami Wanita Tarik Perhatian Warganet. Deep!

Memahami dan menghargai isteri adalah salah satu tanda suami yang penyayang. pasangan suami isteri itu mendapat kebahagiaan bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh pasangan tersebut dalam mengatur urusan rumah tangganya.
Keharmonian dan kemesraan sesama suami isteri adalah lambang kebahagiaan yang diharapkan. Berbahagialah kepada pasangan suami isteri yang cuba membahagiakan sesama mereka.
Untuk itu ada beberapa perkara yang jika diamalkan barangkali boleh membantu pasangan suami isteri mencapai atau menciptakan suasana yang menyenangkan dalam rumah tangga till jannah.
Menarik coretan saudara Eddie Dieana di facebook miliknya mengenai cara memahami wanita. Biarpun perkongsian nampak biasa-biasa aje tetapi itulah perlu ada dalam rumahtangga kekal harmoni.
Ikuti perkongsian ini.
Haritu masa video saya viral saya suprisekan wife bawak naik Mustang dan bawak dia pergi candle light dinner. Banyak jugak komen-komen yg saya terbaca di Metro Online & page² lain.
Mereka cakap. “Alah, baru kahwin boleh la.
Cuba dah lama kahwin. Cuba dah ada anak.” *Dari sewa Mustang baik beli emas”
“Bazir duit je buat macamtu dekat bini” Ternyata mereka silap.
Saya dah pun hampir 10 tahun kahwin. Dan dah ada 2 orang anak. Tetap sama je layanan saya terhadap isteri saya. Dan takkan lah saya nak post saya beli pulut dakap,pulut serunding pulut durian apa semua. Kang orang cakap riak dan menunjuk² pulak. Biarlah saya bahagiakan isteri saya dengan cara saya sendiri.
WANITA INGINKAN PERHATIAN
Ni saya nak share sedikit pengalaman saya sepanjang 10 tahun kahwin. Apa yg saya pelajari tentang perempuan ni terutama sikap isteri saya. Mereka bersikap inginkan perhatian. Terkadang apa yg saya perasan. Saat saya tiada di rumah.
Isteri saya mampu lakukan semua kerja A to Z.
Tapi bila saya ada di rumah je. Automatik dia jadi tak pandai semua perkara.
Dan dia akan meminta saya membantunya. Tapi takpelah. Isteri sendiri kan.
So tolonglah, bukan isteri orang lain. Bila dah tolong ni.
Dia punya happy tu kita akan nampak, dia akan beriya buat sesuatu atau bersungguh² buat sesuatu.
Contohnya bila masak. Tetiba datang ke depan cium pipi kita then akan tanya siap² kita nak air apa dan dia akan hidang dulu supaya kita boleh minum masa menunggu dia masak.
Antara lain, apa yg saya dapat belajar dan fahami tentang perempuan ni.
SUKA KEJUTAN
Mereka suka akan suprise. Bila balik ke rumah bawak bunga RM 10 bagi dekat dia pun.
Dia punya happy tu. Dia akan cepat² peluk dan cium kita. Kita akan nampak yg dia hargai apa yg cuba kita buat. Inikan pulak bila kita suprise dia yg lagi besar macam bawak pergi candle light dinner naik kereta mustang tu. Lagilah berdouble² happy dia.
Terkadang, 10 minit dah nak sampai rumah. Saya sengaja call wife, tanya apa yg dia teringin nak beli dan kirim. Benda ni nampak remeh sebenarnya. Tapi benda ni lah yg buat mereka rasa happy.
Menandakan kita ingat kepada mereka. membuatkan mereka rasa di hargai. perkara ni keluar dari mulut wife saya sendiri. Sebab saya suka bertanya apa perkara yg dia suka dan tidak suka dalam hubungan.
MUDAH TERASA HATI
Wife saya ni, dia sangat expert memasak bila dalam rumah sendiri. Tapi, bila datang rumah mak saya. Automatik saya akan dengar dia tanya A sampai Z.
“Mak, bawang ni nak potong macamne?” “Sambal ni nk tunggu kering dulu ke?”
“Ayam ni nk kena tunggu lama lagi ke?” antara ayat2 yg akan keluar bila tiba rumah mak saya. Automatik dia jadi kelu dan kaku. Walaupun dah hampir 10 tahun jadi menantu dalam umah mak saya. Rasa malu dia masih tinggi. Kalau dia marah anak sampai tepuk kaki tangan tu semua tak apa. Tapi kalau kita naik suara dengan anak je.
Automatik dia akan terasa hati dan mula masam muka dengan kita.
Hahahaha..
Ini tidak adil. Bila mereka marah anak. dengan kita yg tengah duduk diam ni tak pasal
kena bising skali. Terpinga² jap. hahaha. Dan apa yg saya lihat.
SUKA JIKA SUAMI TEMAN
Perempuan atau isteri ni. Mereka suka di teman dalam setiap perkara.
Contoh di dapur, walaupun kita tak buat apa-apa.
Cukuplah kita ada dekat situ supaya teman dia membawang dan berbual.
Mereka dah appreciate. Belum anda tolong lagi.
Kalau anda semua tolong lagi lh double rasa happy tu. Bila jaga anak pulak, mereka tak kesah mereka lebih penat jaga anak. Asalkan bila kita ada sekali dirumah. Kita layan anak², biar dia berlari sana sini urus susu dan keperluan anak pun takpe.
Asalkan kita bantu pegang anak. Tapi kalau kita bantu benda lain lagilah dia akan bertambah happy.
SUKA MENGADU
Bila isteri mengadu dia penat tu. Bukanlah dia tak bersyukur dikurniakan anak.
bukanlah tanda dia mengeluh. Cuma dia nak kita dengar apa sahaja luahan hati dia. Biar dia rasa puas dan lepastu dia akan kembali normal.
SUKA PUJIAN
Antara perkara lain yg saya perasan. Perempuan ni suka kan pujian dari suami.
Contoh bila makan masakan isteri. Pujilah apa ayat sekali pun. Mesti mereka akan happy.
Bila mereka bersiap². Pujilah yg mereka tak perlu cantik².
Sebab azalinya mereka memang dah cantik. Korang akan nampak wife korang akan bersiap lebih cepat dari biasa. Silap² tak sampai 5 minit dah siap.
Kalau tak, tunggulah 45minit dalam kereta kalu korang tak puji apa².
WANITA NI SENSITIF
Perkara yg perempuan amat sensitif ialah jangan cakap pasal gemuk atau tak cantik.
Contoh bila wife dah semakin gemok.
Just cakap “awak mesti happy dengan saya kan. Awak yakin bila bersama dgn saya.
Sebab tu awak makan je tak berhenti.”
Jangan sesekali cakap yg kita suka perempuan kurus atau suruh mereka kurus.
Cukuplah bagi hint nanti kita² bersenam biar sama2 sihat dan cantik.
Perkara ni paling penting yg lelaki semua perlu tahu. Setiap apa yg ditanya oleh isteri tu.
90% dia dah tahu jawapan.
Cuma nak tengok kejujuran dari mulut suami. Jadi bila ada wanita lain yg cuba dekat atau kacau hubungan kita. Jangan lupa untuk berterus terang agar tiada rasa curiga dalam perhubungan. Letakkan kepercayaan 100% pada pasangan sebab kebanyakkan pasangan tak suka bila dituduh buat perkara yg bukan2. tapi dalam kepercayaan yg kita bagi mestilah kena ada sedikit keraguan kerana diluar dari rumah suami anda sentiasa menjadi perhatian wanita lain lagi² bila suami anda seorang yg berjaya dan handsome seperti saya.
RASA HARGAI BILA SUAMI UPDATE AKTIVTI
Perempuan jugak akan suka bila suami mereka tahu jaga diri dan dalam masa yg sama suka update apa yg mereka buat.
Contohnya.
“Honey, sekarang Hubby dah sampai tempat kerja.” *Honey, sekarang waktu rehat.
Hubby nk g makan dgn kawan² kerja sekejap.” “Honey, Hubby otw balik rumah.
Nak kirim apa² tak.”
Cukup dengan 3 mesej ringkas seperti ini pun. Mereka akan rasa dihargai.
Bukanlah mereka nak kongkong kita dan nak suruh kita update lokasi setiap masa.
Tapi bila berlaku apa2 kemalangan. Atleast isteri di rumah tahu cerita yg anda pergi kemana sebelum kemalangan terjadi. Antara perangai pelik perempuan.
Tak ada angin tak ada ribut dia tetiba diam.
Ah sudah. Kenapa pulak ni. Bila ditanya dia jawab “cuba fikir apa yg awak dah buat.”
Manalah kita tahu apa yg kita dah buat. Rupanya setelah dipujuk dan pujuk dan pujuk.. pun tak jalan. Peluk dia dari belakang. Dan cuba tanya kenapa.
Baru dia jawab. “U ingat tak bulan lepas u dah janji, gaji nanti nak makan shellout”
Ah, parah. Bila pulak kita janji. Memang langsung tak ingat tapi nak taknak.
Kena bawak jugak sampai ke kedai tu. Dan perkara yg paling menyedihkan.
Setibanya di kedai makan tu. Kedai tu tak bukak. Kita jugak yg dipersalahkan sebab punca kedai tak bukak. hahahahahahaha
WALAUPUN DAH LAMA KAHWIN KENA SENTIASA FAHAMI PASANGAN
Walaupun saya dah hampir 10tahun menjalinkan hubungan rumah tangga.
Masih banyak perkara tentang perempuan/isteri yg masih belum dapat saya fahami.
Hanya sekadar 25-30% je tahap kefahaman saya tu. Betullah seperti yg tertera di gambar bawah. Buku setebal tu hanya baru untuk Bahagian 1.
Yang paling penting. Tolak ansur dalam hubungan dan cuba memahami pasangan.
Bila ada benda ni dalam hubungan, inshaAllah. Saya yakin anda akan kekal bahagia.
Saya share ni bukanlah saya bijak pandai dalam membahagiakan isteri.
Tapi hanya berkongsi cerita. Saya juga manusia biasa yg tak pernah lari dari melakukan kesilapan.
Sumber: Eddie Dieana
Pilih Buku Bacaan Anak Perlu Betul, Barulah Anak Kekal Minat Membaca. Wanita Ini Kongsi Tip

Rupanya hendak membeli buku ada caranya,bukannya hanya melihat bahagian depan buku sahaja yang menarik tetapi beberapa kriteria yang harus diambil kira. Melalui perkongsian puan Maryam Thoraya Arifin menjelaskan bahawa pemilihan buku yang sesuai boleh menggalakan anak kekal minat membaca. Ikuti tip puan ini.
5 Tips pilih buku untuk anak 7 tahun dan ke bawah
Saya sering mendapat soalan, puan buku mana yang sesuai untuk anak saya? Dia umur sekian sekian. Ya, pemilihan buku yang sesuai adalah amat penting untuk mengekalkan minat membaca anak.
1. Minat
Anak umur 7 tahun ke bawah, usaha pupuk mjnat membaca adalah penting mendahului usaha pandai membaca.
.
2. Simple
Pilih buku yang mempunyai tulisan yang tak banyak sangat. Biasanya saya akan recommend buku ssbegini untuk anak 6 tahun ke bawah. Tulisan kalau 1, 2 baris sahaja..itu sangat seronok. Kalau adapun banyak baris, max 5,6 baris, pastikan kita yang bacakan dan kita simplify cerita.
.
3. Gambar yang mampu menceritakan
Ilustrasi buku TERAMAT penting untuk anak umur ini. Saya akan pilih buku yang mampu menceritakan melalui gambar. Mampu membantu anak memahami cerita. Anak umur ini, mereka boleh explore buku dengan menjiwai gambar . Pada waktu ini, peranan Kita adalah meraikan cerita yang anak faham dari gambar, memberi respon dan galakan pada anak. Kalau ilustrasi bagus, satu page buku, boleh jadi 30 minit perbualan tau.
.
4. Perbualan
Cerita dan gambar yang menarik, mampu membawa perbualan yang mengashikkan. Tidak perlu sebuah buku habis sekali baca. Ia boleh di sambung hari lain. Buku yang menarik dan mampu dipanjangkan kepada perbualan, berpotensi dibuka banyak kali dengan kupasan berbeza. Skill tambahan yang perlu adalah KESABARAN dan kasih sayang.
.
Enganging
Kita lebih kenal anak kita. Bantu mereka sama-sama cari buku mana yang engaging. Ia banyak berkait dengan jalan cerita. Jalan cerita yang engaging, akan membantu anak nak baca lagi dan lagi. Ia adalah makanan penting agar membaca bukan paksaan. Tetapi ia keseronokan yang boleh dipupuk, mungkin mengalahkan keseronokan menonton TV dan gajet.
Semoga info yang dikongsi oleh puan ini dimanfaat bersama.
Doa Kunci Anak Senang Solat, Idea Ibu Ni Buat Anak Berdesup Nak Solat!

Mendidik anak untuk solat menjadi satu kepayahan buat ibu ayah. Ada anak yang terpaksa disuruh berkali-kali, diambil rotan dan sebagainya tapi masih tidak bangun untuk bersolat.
Perkongsian ibu ini, Wan Rohani Wan Ismail atau lebih dikenali Wan Anie di facebooknya berkongsi cara paling mustajab, iaitu dengan doa dan caranya sendiri untuk mendidik anaknya bersolat.
Paling menarik, doanya sangat berkesan dan anak lari berdesup untuk ambil wuduk. Hebat!
Berdoa Secara Terbuka Mendorong Anak Solat
Apabila anak semakin membesar, cabaran mendidik bertambah besar.
Pelbagai strategi dan teknik dipelbagaikan untuk mendorong anak-anak solat tanpa perlu menyuruh atau mempengaruhi mereka dengan ganjaran luar.
Solat memerlukan dorongan intrinsik yang kuat (Dorongan Intrinsik adalah dorongan atau tindakan yang tidak dipengaruhi oleh akibat atau ganjaran luar. Melakukan sesuatu kerana mengikut gerak hati.
Malam itu selepas berkumandang azan Maghrib, ibu mengajak anak-anak solat bersama. Namun anak-anak tidak mengendahkan, masing-masing ralit membina menara menggunakan kad.
Seusai ibu solat, anak-anak masih dengan aktiviti mereka. Bagaimana mahu mendorong anak-anak ini solat tanpa perlu memberikan arahan. Kita tidak mahu menyuruh-nyuruh anak solat setiap kali masuknya waktu solat.
Bagaimana mahu menanam kesedaran tentang solat di dalam diri anak-anak? Bagaimana mendorong anak menjadikan solat itu satu tanggungjawab yang perlu dilunaskan tanpa perlu disuruh-suruh?
Kali ini skrip yang digunakan sedikit berbeza. Saya pujuk anak yang lebih besar dahulu untuk solat.
Saya katakan kepada kakak, “Aiesyah, Aiesyah sudah besar. Ibu sudah tidak perlu lagi mengingatkan Aiesyah untuk solat setiap kali masuk waktu.” Aiesyah diam.
Saya menyambung, “Boleh Aiesyah solat Maghrib sekarang, sekejap lagi nak mula kelas mengaji.”
Kemudian, Aiesyah mula bersuara,”Ya Aiesyah solat.”
Apabila mendengar Aiesyah berkata begitu, saya diam dan hanya menunggu. Tidak mahu menyuruh lagi. Beberapa minit kemudian, Aiesyah bangun melangkah ke bilik air mengambil wudhuk. Kemudian menunaikan solat di ruangan tamu berhampiran tempat mereka bermain tadi.
Alhamdulillah kakak sudah solat, saya sudah merancang untuk berdoa secara terbuka memandangkan kakak solat berhampiran dengan dengan tempat adik bermain.
Selesai sahaja kakak Aiesyah solat, saya terus berdoa dengan kuat.
“Ya Allah berilah kebaikan kepada anak-anak ibu yang solat. Jadikan anak-anak ini anak yang soleh dan solehah”
Aiesyah memandang saya dengan senyuman. Umar (adik) juga memandang saya. Lagaknya seperti tidak berpuashati dengan doa tadi. Umar pun berkata, “Alaa.. Umar pun nak jugak!”
Lantas Umar bangun dan melunaskan tanggungjawab menunaikan solat. Seperti biasa, sebelum solat Umar akan bertanya solat apa dan berapa rakaat.
Usai Umar solat, saya mengulangi doa tadi seperti di atas. Kemudian mereka berdua mengemas mainan dan mengambil Quran memulakan kelas mengaji.
Nota: Berdoa adalah salah satu bentuk ganjaran sosial positif.
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
BK Solat Kembali lagi. Sambut bulan Ramadan dengan persiapan yang sempurna di Kem Solat kami!
Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut di 019 622 2989 atau boleh daftar terus di
https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat/
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club