
Balik kampung kadang benda yang tak best bila tidur, nyamuk datang buat rombongan datang ‘beraya’. Kalau gigit kita ok lagi, anak-anak yang kena kan dah tak comel sana sini merah. Belum lagi bila gatal kerja nak merap je suruh garu.
Nak pasang ubat nyamuk, kadang lupa beli lah, bau tak sedap lah, ada banyak asap lah! Haaa tak payah nak pening-pening kepala, ikut je cara individu ni kongsi di laman Tiktoknya. Confirm menjadi! Jom tengok bagaimana caranya…
HILANGKAN NYAMUK GUNA 1 BAHAN SAHAJA
Tidak pernah terjangka serbuk sabun yang kita gunakan untuk mencuci pakaian boleh bertindak menghalau nyamuk!
“Hanya 1 bahan ni, nyamuk hilang. Share kepada kawan-kawan yang rumah banyak nyamuk.
Cara penyediaan mudah sahaja dan tidak mengambil masa begitu lama.
Bahan-bahan:
Satu sudu serbuk sabun
Air
Dalam bekas kosong, masukkan satu sudu kecil serbuk sabun.
Tuangkan air dan kacau hingga sebati.
Letak bekas berisi air sabun ke sekeliling rumah atau di tempat yang mempunyai banyak nyamuk.
Mudah sahaja kan? Jangan lupa cuba!
Sumber: TikTok Jason Jezi
Petua Mudah Semburan Bunga Cengkih Untuk Suburkan Pokok Dan Elak Serangan Serangga Perosak. Buat Sendiri Memang Berkesan!

Bila bercucuk tanam tentu hadapi masalah serangga/ulat perosak. Daun bergulung, kerinting, berlubang, layu, buah dimakan ulat dan sebagainya.
Apa kata cuba pula semburan yang menggunakan air rebusan cengkih. Boleh bantu suburkan tanaman.
Ikuti perkongsian ini.
Cara buat air rebusan bunga cengkih utk tanaman
Fungsinya adlh utk mematikan hama,semut, aphid dan sbgainya selain mmpercepat pucuk pucuk baru.Air rebusan bunga cengkih ni yg paling kerap saya guna utk semua tanaman saya selain air kunyit+cili padi + bawang.Kekerapan sembur, seminggu 3 kali, waktu ptg sahaja.Cara ada di bawah.
Saya guna 2 paket bunga cengkih.
Rebus dgn 8 gelas air sehingga mndidih.
Air rebusan bunga cengkih yg tlh siap disejukkn.
Masukkn ke dlm botol spray. Jgn tambah air lagi.
Spray pada pokok cili atau lain lain pokok yg brmasalah. InshaAllah sihat dan subur.
Cantik daun selepas semburan bunga cengkih.
Sumber: Liyana Mohd Poad
Belian menarik di sini
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Rindunya Pada Kakak Hanya Allah Saja Yang Tahu.” Meruntun Jiwa Luahan Hati Seorang Ibu Kehilangan Anak Akibat Kanser

Kasih ibu kepada anak tiada penghujungnya. Melihat anak membesar didepan mata, namun hanya seketika, pastinya merentap jiwa.
Begitulah suratan takdir yang ditempuhi seorang ibu ini apabila anak tersayang meninggal dunia akibat kanser pada penghujung bulan April.
Catatannya mengenai anak tersayang di laman facebooknya adalah luahan rindu seorang ibu kepada seorang anak yang telah pergi selamanya.

Hari jumaat kedua tanpa dirimu sayang..
hari ni baru ibu kuat untuk luahkan apa yang yang terpendam dalam hati ibu..
30092011 ~ 26042019
Alfatihah buat anak syurga ibu IMAN ZARA BINTI ZAMZURIN..
Selama 8 tahun Allah swt bagi pinjam kakak untuk ibu.. dah tiba masa kakak kembali ke pangkuan ilahi.. kakak penghuni kedua rahim ibu selepas ibu keguguran.. tapi kakak yang pertama bagi ibu merasa nikmat sbg ibu.. kakak yang pertama bagi ibu pengalaman berjaga malam,tukar lampin dan menyusu.. sungguh indah pengalaman itu kakak.. hari ke hari kakak membesar di depan mata ibu.. membesar sebagai anak yang bijak.. anak yang sangat sopan.. alhamdulillah.. rezki ibu dpt anak seperti kakak..
Disahkan kanser tahun 2016
Pada tahun 2016 kakak diuji sakit.. Allah saja yang tahu peritnya ibu nak terima hakikat ini.. anak sekecil ini diduga sakit yang orang semua takut iaitu KANSER.. ibu mana yang sanggup nk terima?namun kakak lalui dgn tenang.. semangat kakak sangat kuat.. ibu dapat lihat kekuatan tu lahir dari diri kakak.. semangat itu yang buat ibu menjadi kuat dan tabah untuk harungi dugaan ini..
Kanser sudah tiada 2018 tapi sel kanser datang balik
Awal bulan Disember 2018 doktor sahkan sel2 kanser itu sudah tiada.. ya Allah.. ibu trus sujud syukur.. ibu sangat gembira sgt.. anak ibu dah kembali sihat.. dah boleh kembali kesekolah.. kakak pn tak sabar nk sekolah balik.. tp bila dah sekolah kakak sering kali penat.. ibu anggap kakak mungkin tak biasa lg dgn jadual sekolah.. hampir 3 minggu kakak tak nak sekolah.. kalau pergi pn separuh hari je.. tiba lah satu hari perut kakak sakit.. bila ibu nak urut ibu rase keras kt tgh2 perut tu.. ibu tak sedap hati ibu ajak abah pegi HKL untuk rawatan lanjut.. hasil ct scan keputusan sangat mengejutkan.. sel2 kanser tu datang balik!kali ni dah merebak ke hati,limpa,perut dan tulang.. Ya Allah… beratnya dugaan ini. Lg mengejutkan doktor sahkan kakak tak dapat teruskan rawatan lagi kerana kakak tak kan dapat bertahan lama… ibu menangis semahu-mahunya dpn doktor..semua yang berlaku bagaikan mimpi.. longlai tubuh ibu nak terima hakikat ini.. ibu dan abah buat keputusan untuk bawa pulang kakak ke kampung.. disana kita punya keluarga..kita punya sokongan di saat2 kita tgh sedih.. makin hari kesihatan kakak makin merosot.. bila tgk kakak sakit.. ibu redha kakak pergi.. ibu tak sanggup kakak tp kakak sangat kuat.. kalau sakit pun hanya airmata yang mengalir.. ibu genggam tangan kakak.. ibu ajar kakak berzikir.. agar kesakitan tu dpt reda sikit..makin hari perut kakak makin besar.. doktor pakar buat keputusan untuk tebuk perut kakak untuk buang cecair yang ada dalam perut kakak.
Kakak tinggalkan ibu selamanya.. Al- Fatihah
25.04.2019 kakak masuk hospital tp malangnya prosedur tu tak dapat diteruskan sbb result darah kakak kurang memuaskan.. terpaksa tunda sehingga result darah cantik.. malam tu kakak taknak tido.. kakak asyik meracau je..macam2 kakak cakap.. kakak nak relaks.. kakak nak masuk bilik.. kakak nak balik pukul 4pg kakak cakap ade orang datang.. ibu tengok xde sape pn dtg.. lepas tu kakak cakap sakit.. ibu bagi mkn ubt.. kakak meracau lg.. makin lama kakak makin kurang respon.. heartbeat kakak pon makin berkurang.. ibu ingt kakak nak tido biase lepas makan ubt tahan sakit kakak akan tido.. rupenya kakak tido selama lamanya. patut la kakak mmg xnak tido malam tu.. rupanya kakak nak tinggalkan ibu buat selama lamanya.
Ya Allah… kakak dah tinggalkan ibu,abah dan nia.. tinggallah kami di dunia ini.. berpisah di dunia selama lamanya.. ibu rasa ibu kuat rupanya ibu tak kuat kakak.. rindu nya pada kakak hanya Allah saja yang tahu.. tak puas lagi ibu jaga kakak.. tapi Allah lebih sayangkan kakak.. dari kakak menanggung sakit lebih baik kakak pergi.. ibu percaya di sana lebih indah.. tiada lagi kesakitan yang perlu kakak tanggung.. Alhamdulillah.. semua proses pengebumian kakak ibu dapat buat.. mandikan.. kafankan.. senyum je muka kakak.. cantik sangat.. tak puas ibu tgk.. seolah olah kakak sedang bergembira menuju kepada Allah.. ya Allah jagalah dia untukku.. sesungguhnya aku sangat rindu pada nya..
AL FATIHAH
**coretan ini bukan untuk menagih simpati sesiapa.. coretan ini hanya luahan hati seorang ibu yang kehilangan anaknya**
Sumber: Juwita Marlinda
Betul Ke Tak Boleh Gantung Gambar Dalam Rumah? Baca Dulu Penjelasan Ni.

Menjadi kebiasaan didalam setiap rumah, gambar kahwin, gambar keluarga, gambar anak-anak dan sebagainya digantung pada dinding rumah mahupun dibingkaikan untuk dijadikan sebagai perhiasan dan kenangan terindah. Namun seeloknya, jika ada menggantung gambar-gambar ini sebaiknya, turunkanlah. Tanggalkan ia simpanlah ditempat tertutup dan jangan pamerkan ia untuk tatapan didalam rumah.
Ini kerana dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud:
Daripada Ibnu ‘Abbas, “Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam Peperangan Badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata,
“MALAIKAT (PEMBAWA RAHMAT) TIDAK MASUK KE DALAM RUMAH YANG DI DALAMNYA ADA ANJING ATAU GAMBAR.” YANG DIMAKSUDKAN ADALAH GAMBAR YANG MENYERUPAI MAKHLUK BERNYAWA.”
(HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI, KITAB EKSPEDISI PEPERANGAN BERSAMA NABI (5/59), NO. 338)
Malaikat Rahmat terhalang untuk masuk ke dalam rumah jika mempunyai gambar-gambar mahkluk bernyawa ini. Akibatnya hilanglah kasih sayang sesama ahli keluarga didalam rumah yang didiami. Bukan itu sahaja, perselisihan faham, rumahtangga selalu ‘panas’, tidak bahagia, rezeki sempit serta ada sahaja masalah yang sering berlaku kerana tiada lagi rahmat dan keberkatan yang diberikan didalam rumah.
Sedangkan malaikat rahmat jika ada di sisi kita ia membawa 1000 rahmat dengan izin Allah iaitu hati menjadi lebih tenang, jiwa rasa cinta pada Allah SWT, rezeki juga sentiasa dipermudahkan Allah. Malah malaikat rahmat juga bertugas menjaga keselamatan diri kita jika kita banyak membaca al-Quran, zikir dan berdoa.
Panduan Simpan Gambar Sebagai Kenangan:
1.Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah Malaikat Rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah bagi gambar makhluk bernyawa iaitu manusia dan haiwan.
2.Dilarang menggantung mahupun mempamerkan gambar makhluk bernyawa ini pada dinding atau dibingkaikan untuk hiasan didalam kabinet seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.
3.Seeloknya gambar-gambar yang ingin dijadikan kenangan disimpan didalam album, handphone atau didalam komputer dan tidak dipamerkan didalam rumah sama sekali.
4.Gambar seperti keindahan alam semulajadi, tulisan kaligrafi, gambar permandangan, bunga-bungaan, kereta bangunan dan sebagainya yang BUKAN berunsur makhluk bernyawa adalah dibenarkan untuk dijadikan perhiasan didalam rumah.
5.Untuk patung permainan anak seperti barbie, teddy bear boleh digunakan untuk permainan tetapi selepas main perlulah diletakkan di dalam kotak mainan dan janganlah diletakkan di almari perhiasan mahupun dijadikan koleksi.
Semoga bermanfaat, kongsikan buat yang lain.Bersama-sama kita mengubah kebiasaan ini, untuk menjemput malaikat rahmat hadir ke rumah sekaligus memperolehi keberkatan dan kasih sayang dalam keluarga.
Sumber: Ust Sayuthi